Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Picanto Facelift Spesifikasi Eropah Tawar Enjin 1.0L Turbo, NA dengan Transmisi AMT
Roda4

Kia Picanto Facelift Spesifikasi Eropah Tawar Enjin 1.0L Turbo, NA dengan Transmisi AMT

Abang HirataBy Abang Hirata11/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA Picanto generasi ketiga ialah kereta bandar yang memiliki pakej menarik dan model ini sudah berada di pasaran sejak 2017 serta turut dijual di Malaysia. Masuk tahun keenam di pasaran Kia memutuskan mempertingkatkan tawaran sedia ada.

Picanto atau Morning facelift dilancarkan di Korea Selatan pada Mei lalu, dan kini giliran Eropah memperkenalkan model segmen-A itu yang dijadualkan memasuki pasaran pada suku ketiga tahun ini.

Seperti Perodua Axia atau Myvi yang mempunyai pelbagai varian, Kia juga menggunakan strategi multi tawaran untuk Picanto, iaitu ada model Standard, GT-Line dengan gaya sporty dan X-Line ala crossover mini.

REKABENTUK LEBIH SEGAR

Sebagai makluman, kedua-dua varian GT-Line dan X-Line sudah dipasarkan di negara kita pada tahun lalu. Bahagian depan GT-Line dan X-Line tampil baharu dengan gaya lebih garang. Komponen pencahayaan diperbaharui sepenuhnya dengan lampu utama dan empat kluster lampu siang (DRL) LED, serta diserlahkan dengan gril ‘hidung harimau’ yang menjadi signatur Kia.

BACA >>> Kia Picanto GT-Line Kini di Pusat Jualan Seluruh Malaysia, Harga RM57,888

Bampar depan dan belakang GT-Line sarat dengan lekuk tajam. Sebagai varian sporty, aksen merah dapat dilihat pada gril depan dan sepanjang skirt sisi dan difuser belakang. Kelihatan juga dua muncung ekzos tanpa fungsi yang nampak berlebihan.

Bagaimanapun, kedua-dua varian GT-Line dan X-Line menampilkan lampu belakang kombi LED baharu. Cuma rekabentuk bampar saja berbeza.

Jika GT-Line seperti model prestasi, X-Line pula membawa imej lasak ala crossover dengan plat skid pada bampar. Bahagian tepi pula dipasangkan skirt plastik (body cladding), termasuk difuser belakang yang juga plastik, sesuai dengan imej off-road bagi sesebuah kenderaan yang sinonim dengan permukaan jalan berlumpur dan berdebu.

Picanto Standard tampil sederhana dengan bampar depan dan belakang yang nampak sama seperti model pra-facelift. Lampu depan dan belakang kekal diperbaharui. Bahagian roda menampilkan  dua paten rim baharu, iaitu 14 inci 16-jejari, atau diamond cut dwi-tona 16 inci (foto atas).

BACA >>> 7 Perkara yang Perlu Anda Tahu Tentang Kia Picanto (2018) Serba Baharu

Ruang kabin menampilkan papan pemuka dengan unit infotainment skrin ‘terapung’ lebih besar bersaiz 8 inci dengan sistem audio visual navigasi (AVN) dan kluster instrumen digital 4.2 inci pada panel meter.

Selari trend kenderaan dengan sistem konektiviti masa kini, Picanto ditawarkan dengan sistem UVO yang membolehkan pemandu mengakses pelbagai maklumat seperti trafik, harga minyak, cuaca dan sebagainya. Aplikasi UVO pada telefon pintar pula membolehkan pemilik menggunakan pelbagai fungsi dari jauh seperti mengetahui lokasi kereta, menghantar arah lokasi sebelum memulakan perjalanan dan pelbagai lagi.

Bergantung varian dan pasaran, kerusi Picanto ditawarkan dalam fabrik hitam atau balutan kulit sintetik. Kemasan kabin lain pula berwarna hitam, perak atau hitam kilat. Model ini juga didatangkan dengan pakej Lime Pack, Orange Pack, Red Pack dan Green Pack dengan aksen mengikut tema warna yang menambah lagi keunikan dan personaliti mengikut cita rasa pelanggan.

BACA >>> #PanduUji: Kia Picanto yang Kecil-Kecil Cili Padi, Memang Menyengat!

TRENKUASA BERTENAGA, KESELAMATAN LENGKAP

Menggerakkan Picanto ialah dua pilihan enjin SmartStream baharu iaitu 1.0 liter T-GDI (Turbocharged Gasoline Direct injection) berkuasa 98hp dan 1.0L aspirasi natural (NA) berkuasa 65hp. Enjin tersebut lebih cekap dan mempunyai kadar emisi CO2 lebih rendah berbanding enjin sebelumnya.

Enjin baharu Picanto dipadan dengan transmisi manual automatik (AMT) 5-kelajuan dengan aktuator yang mana pemandu tidak perlu menekan klac untuk menukar gear. Ia seperti transmisi manual tanpa klac.

Ciri keselamatan Picanto pula mengikut spesifikasi varian, canggih dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), terdiri daripada:

  • Bantuan Elak Perlanggaran Depan (Forward Collision-Avoidance Assist, FCA) dengan Pengecaman Kenderaan dan Pejalan Kaki.
  • Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta (Blind-Spot Collision-Avoidance Assist, BCA)
  • Bantuan Kekal Lorong (Lane Keeping Assist, LKA)
  • Amaran Perhatian Pemandu (Driver Attention Warnng, DAW)
  • Bantuan Susur Lorong (Lane Following Assist, LFA)

Picanto turut dilengkapi ciri lain seperti Signal Henti Kecemasan (ESS), Kawalan Bantuan Daki (HAC), Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM), Pemvektoran Tork dengan Brek (TVB), Kawalan Brek Selekoh (CBC) dan Stabiliti Laluan Lurus (Straight Line Stability, SLS).

Ada tujuh beg udara disediakan, termasuk lutut, mengikut spesifikasi pilihan dan pasaran.

BACA >>> Kia Rio (2021) Facelift Kini Ada Enjin 1.0L Turbo dengan Hibrid Ringan (MHEV)

GALERI
Kia Picanto Standard
Kia Picanto X-Line
Kia Picanto GT Line
city car hatchback segmen-A Kereta Bandar Kia Kia Picanto Kia Picanto Facelift Kia Picanto Spesifikasi Eropah Roda4 segmen A
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    PHEV

    Denza B8 Rasmi DIlancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    21/05/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Roda4

    Honda V2H Stand: Peranti Bekalkan Elektrik Dari EV Ke Rumah

    21/05/2026
    Roda4

    Geely Preface TCR menang perlumbaan sulung di Misano!

    20/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.