• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Kia Picanto GT-Line Kini di Pusat Jualan Seluruh Malaysia, Harga RM57,888

February 11, 2019 By AI Leave a Comment


NAZA Kia Malaysia memperkenalkan Picanto GT-Line dengan penampilan bergaya dan agresif yang diserlahkan menerusi padanan trim merah pada kit badan bersama gril signatur Kia, 'hidung harimau'.

AKSESORI SPORTY

Picanto GT-Line baharu dipadankan rim aloi 16-inci, lampu siang LED dan lampu kabus bersama antena sirip yu dan penghidup tanpa kunci. Penampilan sporty dikuatkan dengan tambahan ekzos kembar bersama aksen merah di beberapa bahagian badan.

BACA >>> Kia Picanto Generasi Ketiga Lancar 10 Januari ini

CIRI TERKINI DALAM KABIN

KIA PICANTO GT LINE-7
KIA PICANTO GT LINE-9
KIA PICANTO GT LINE-8

Masuk ke dalam kabin tersedia skrin sentuh apung 7-inci dengan fungsi konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Ciri standard lain termasuklah stereng potongan D, paparan kamera undur, pengecas wayarles dan slot USB. Bagi keselesaan maksimum, Picanto GT-Line didatangkan dengan Kawalan Suhu Auto Penuh (FATC) untuk mengekalkan suhu kabin secara automatik.

SEGUDANG CIRI KESELAMATAN TERTINGGI

Picanto dibina menggunakan Keluli Kekuatan Tinggi Termaju (AHSS) pada bahagian badan dan dilengkapkan ciri enam beg udara, Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM) dengan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan Bantuan Daki Bukit (HAC).

BACA >>> Kia Picanto GT Line Buat Penampilan Sulung di Malaysia - Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi?

HARGA

KIA PICANTO GT LINE-14
KIA PICANTO GT LINE-10
KIA PICANTO GT LINE-2

Picanto GT-Line ditawarkan dalam tiga pilihan warna:  Titanium Silver (perak), Clear White (putih) dan warna eksklusif Aurora Black Pearl (hitam mutiara) pada harga RM57,888 (tidak termasuk insurans).

WARANTI

Demi ketenangan minda, Picanto GT-Line didatangkan dengan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan.

GALERI

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, hatchback, hatchback segmen-A, Kia, Kia Picanto, Kia Picanto GT Line, Naza Kia Malaysia, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Adakah Ini Nissan Grand Livina (2019)? Bakal Masuk Malaysia?Adakah Ini Nissan Grand Livina (2019)? Bakal Masuk Malaysia?
  • Suzuki Patenkan Enjin USD @ Terbalik, Swingarm Panjang dan Motor Jadi Lebih Stabil?Suzuki Patenkan Enjin USD @ Terbalik, Swingarm Panjang dan Motor Jadi Lebih Stabil?
  • Kelibat Yamaha Y15ZR Versi Monster Energy (2019) Dilihat di Malaysia?Kelibat Yamaha Y15ZR Versi Monster Energy (2019) Dilihat di Malaysia?
  • Harga Honda Dream (EX-5) Versi Thailand Boleh Cecah RM75k di VietnamHarga Honda Dream (EX-5) Versi Thailand Boleh Cecah RM75k di Vietnam
  • Harga Petrol RON95 & RON97 Naik Lagi, Diesel Kekal Mulai Esok (16/02/19)Harga Petrol RON95 & RON97 Naik Lagi, Diesel Kekal Mulai Esok (16/02/19)

PANDU UJI

#PanduUji: Volvo XC40 - Baby SUV Sweden Penuh yang Dramatik dan Berteknologi

BABY Sweden ini memberikan sesuatu janji yang berbeza kepada peminat … [Baca Lagi...]

Lepas Pandu Uji Lebih 250km, Ini Pandangan Abang Tentang Mitsubishi Triton (2019)

Abang bersama rakan media lain baru saja pulang dari Kota Kinabalu, … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my