• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia Picanto Generasi Ketiga Lancar 10 Januari ini

Kia Picanto Generasi Ketiga Lancar 10 Januari ini

January 4, 2018 By AI Leave a Comment

314
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMPENA pembukaan tirai tahun baru, Naza Kia Malaysia memperkenalkan Kia Picanto serba baharu yang bakal diperkenalkan secara rasmi ke pasaran tempatan, 10 Januari ini. Generasi ketiga model segmen-A itu akan berada di bilik pameran terpilih Kia seluruh Semenanjung Malaysia, manakala kemunculan di Sabah/Sarawak dijadualkan seawal Februari nanti.

Picanto serba baharu kini menampilkan rekabentuk baharu yang lebih futuristik, dengan ciri keselamatan dinaik taraf dan prestasi jentera lebih baik.

Kia mempertingkatkan ciri keselamatan menerusi penggunaan Keluli Kekuatan Tinggi Termaju (AHSS) dan pengenalan 6-beg udara yang diletakkan strategik di bahagian kokpit depan dan tepi setiap penumpang belakang.

Ruang kabin terhidang skrin sentuh 7-inci di tengah papan pemuka yang boleh disambungkan terus kepada Apple CarPlay dan Android Auto bersama ciri pengecaman suara. Picanto juga membenarkan pengguna  membuat akses telefon pintar menerusi antaramuka headunit untuk mendengar muzik, membuat panggilan, dan mesej serta melancarkan aplikasi navigasi.

Bahagian but juga boleh diluaskan apabila kerusi penumpang belakang boleh dilipat secara 60:40 yang menambah keluasan ruang kargo kepada 1,010 liter.

Kepada peminat Kia yang berminat melihat edisi terbaru Picanto, sila kunjungi Jelajah Roadshow Kia bermula 10 hingga 14 Januari nanti di  Highstreet, One Utama.

314
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kia, Kia Picanto, Kia Picanto (2018), Kia Roadshow Tour, Naza Kia Malaysia, Picanto, Roda4, segmen A

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my