Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PHEV»Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!
PHEV

Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

Abang HirataBy Abang Hirata02/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

AUTOMOBILI Lamborghini memperkenalkan Lamborghini Urus SE Performante 2027 sebagai varian prestasi tinggi terbaharu Super SUV hibrid plug-in (PHEV) jenama itu.

Model itu melakar penanda aras baharu dalam segmen menerusi gabungan prestasi lebih ekstrem, dinamik pemanduan lebih tepat, dan kecekapan aerodinamik dipertingkat, tanpa mengorbankan keselesaan dan praktikaliti yang menjadi identiti Urus sejak awal.

Enjin Paling Berkuasa dalam Sejarah Urus

Lamborghini Urus SE Performante dibekalkan enjin 4.0L V8 biturbo yang dipadankan motor elektrik magnet kekal dengan output kuasa gabungan 812ps (596kW) dan tork 1,000Nm, iaitu peningkatan 146ps dan 150Nm berbanding Urus Performante terdahulu.

Output kuasa disalurkan menerusi transmisi automatik 8-kelajuan yang ditala semula untuk respons lebih pantas, manakala sistem pacuan semua roda (AWD) dilengkapi diferensial belakang elektronik (ERD) kunci sendiri (self-locking) bagi menghasilkan karakter belok lampau (oversteer) apabila diperlukan.

Depan dan atas Lamborghini Urus SE Performante

Bateri litium-ion 25.9kWj yang dipasang di bawah ruang but membolehkan Lamborghini Urus SE Performante 2027 dipandu lebih 60km dalam mod elektrik penuh, dan mampu mencecah kelajuan lebih 130kmj menggunakan kuasa elektrik semata-mata.

Hasilnya, SUV PHEV itu mampu memecut 0 – 100kmj sepantas 3.3 saat, dan 0 – 200kmj sepantas 10.8 saat, manakala kelajuan maksimum 312kmj, sekali gus menjadikan model itu Urus terpantas pernah dihasilkan, termasuk didakwa Super SUV terpantas dunia.

Lebih Ringan, Lebih Agresif

depan Lamborghini Urus SE Performante 2027

Selain kuasa, Lamborghini turut memberi tumpuan besar kepada pengurangan berat. Berbanding Urus SE, model Performante itu 32kg lebih ringan dengan berat keseluruhan 2,473kg, menghasilkan nisbah kuasa kepada berat 3kg per ps yang didakwa terbaik dalam kelas.

Ini dicapai menerusi penggunaan gentian karbon pada bonet, bumbung, gerbang roda, skirt sisi dan bampar, iaitu jumlah terbanyak pernah digunakan pada sesebuah Urus.

Beberapa komponen lain turut menyumbang kepada pengurangan berat keseluruhan, sepert:

  • Ekzos Titanium Akrapovič mengurangkan berat lebih 10kg
  • Brek Kuasa Bersepadu (IPB) yang lebih ringan: kurangkan 4kg
  • Pakej NVH Dioptimum: Kurangkan 3.3kg
  • Bahan CorsaTex by Dinamica kabin dikurangkan 2.7kg

Dari segi rekabentuk, bonet gentian karbon baharu itu kini dilengkapi kubah kuasa (power dome) dan ventilator udara S-Duct, manakala rim aloi 23 inci rekaan Y-spoke dan difuser terbesar pernah dipasang pada Urus.

Dalaman Gaya Kokpit Pesawat Pejuang

Bahagian dalaman mengekalkan konsep Feel Like a Pilot dengan susun atur lebih berorientasi pemandu.

Bahan CorsaTex by Dinamica digunakan pada kerusi dan papan pemuka, manakala sistem infotainmen dinaik taraf dengan unit infotainmen tengah 12.3 inci memaparkan paparan antaramuka mesin dan manusia (HMI) baharu yang mengambil ilham Lamborghini Revuelto.

Aerodinamik Dipertingkat untuk Prestasi Lebih Optimum

Berbanding Urus SE, Lambrghini Urus SE Performante 2027 turut menawarkan peningkatan aerodinamik ketara:

  • Seretan udara (drag coefficient) dikurangkan 3 peratus
  • Daya mendap (downforce) meningkat 16 peratus berbanding Urus Performante terdahulu
  • Daya mendap meningkat 23 peratus berbanding Urus SE
  • Daya mendap gandar depan meningkat 22 peratus tanpa menjejaskan keseimbangan bahagian belakang
  • Kecekapan penyejukan brek dipertingkat 8 peratus menerusi saluran udara NACA

Peningkatan itu dicapai menerusi spliter depan baharu, spoiler belakang gentian karbon dan difuser yang direka semula, manakala sistem penyejukan kini bergantung kepada ventilator udara S-Duct pada bonet, liang udara pada fender, dan bukaan tambahan pada gerbang roda untuk mengeluarkan udara panas.

Teknologi Casis Baharu: AURA, Sensor 6D dan Rally Mode

Buat pertama kali dalam famili Urus, Lamborghini memperkenalkan sistem suspensi udara AURA dengan konfigurasi 2K2V dwi-kamber yang didakwa mengurangkan olengan badan sehingga 55 peratus ketika pemanduan sporty, dan mengurangkan getaran berkaitan keselesaan 25 peratus berbanding Urus Performante terdahulu.

Lebar trek turut ditambah 16mm, yang meningkatkan kestabilan dan ketepatan stereng.

Model tersebut turut menggunakan sensor 6º kebebasan (6D), iaitu teknologi yang sebelum ini hanya ada pada Lamborghini Fenomeno, tetapi dipasang berhampiran pusat graviti untuk mengukur pecutan tiga paksi dan pergerakan pitch, roll serta yaw.

Data itu digabungkan dengan lapan sensor pecutan (empat setiap roda, empat casis) dan sistem IPB, menghasilkan:

  • Kuasa membrek meningkat 10 peratus
  • Respons sistem meningkat 12 peratus
  • Jarak membrek 200 – 0kmj kurang daripada 130 meter
  • Nyah pecutan meningkat 9 peratus
  • Respons kenderaan 12 peratus lebih pantas
  • Perubahan arah halaju tinggi dipertingkat sekitar 6 peratus

Selain mod Strada, Sport, Corsa dan EV sedia ada, Lamborghini turut memperkenalkan Rally Mode baharu yang dibangunkan khas untuk laluan berbatu dan tanah, membolehkan pemandu menikmati karakter dinamik Urus SE Performante walaupun di laluan off-road.

Bunyi Ekzos Lebih Mengujakan

Sistem ekzos titanium baharu hasil kerjasama dengan Akrapovič turut tampil dengan dua laluan ekzos berasingan bagi menghasilkan bunyi enjin V8 lebih jelas dan agresif.

Menariknya, talaan perisian turut disesuaikan mengikut mod pemanduan. Bunyi bubbling lebih halus dalam mod Sport, tetapi menjadi lebih kerap dan lantang dalam mod Corsa.

Pilihan Tayar

Urus SE Performante dilengkapi tayar Pirelli P Zero saiz 22 inci atau 23 inci, serta Pirelli Scorpion Winter 2 untuk kegunaan musim sejuk, kesemuanya menggunakan teknologi Elect yang dibangunkan khas untuk kenderaan elektrik dan hibrid.

Bagi pelanggan yang kerap memandu di litar, Lamborghini turut menawarkan pilihan Bridgestone Potenza Race semi-slick bersaiz 22 inci.

Depan dan atas Lamborghini Urus SE Performante
depan Lamborghini Urus SE Performante 2027
Automobili Lamborghini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Lamborghini Lamborghini Urus Lamborghini Urus SE Lamborghini Urus SE Performante Roda4 SUV PHEV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.