Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000
Kenderaan Elektrik (EV)

Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam02/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGEDAR tempatan, Naza Eastern Motors rasmi melancarkan Suzuki e Vitara di Malaysia, sekali gus menandakan kemunculan model kenderaan elektrik (EV) pertama dalam sejarah global jenama tersebut.

Pelancaran itu juga membuka lembaran baharu buat Suzuki dalam perjalanan elektrifikasi, dengan Malaysia menjadi antara pasaran terawal di rantau ini menerima kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik berkenaan.

Ditawarkan Unit Terhad untuk Pemilik Terawal

Bagi fasa pertama, Suzuki e Vitara 2026 ditawarkan dalam unit terhad bagi memberi peluang kepada pelanggan terawal menjadi antara pemilik perintis EV pertama Suzuki di negara ini.

Menariknya, 10 pembeli pertama turut menerima pengecasan EV percuma selama lima tahun di pusat servis dan pengedar terpilih, tertakluk terma dan syarat.

Dibangunkan Berasaskan Platform HEARTECT-e Baharu

Suzuki e Vitara 2026 dibangunkan berasaskan platform khas EV baharu dikenali sebagai HEARTECT-e yang direka untuk menempatkan bateri secara lebih efisien tanpa menjejaskan ruang kabin.

SUV itu dibangunkan berasaskan falsafah ‘Emotional Versatile Cruiser’, dengan menggabungkan teknologi elektrifikasi moden bersama ciri praktikal dan ketahanan yang sinonim jenama Suzuki.

Motor Elektrik 172hp, Jarak Pemanduan 426km

SUV elektrik itu menggunakan sistem eAxle baharu yang menggabungkan motor elektrik, inverter dan unit pengurangan gear dalam satu modul kompak dan cekap.

Output kuasa disalurkan menerusi motor elektrik tunggal yang menghasilkan kuasa 172hp dan tork 193Nm bersama bateri litium-besi-fosfat (LFP) 61kWh, membolehkan Suzuki e VITARA 2026 mencapai jarak pemanduan sehingga 426km bagi sekali cas penuh.

Sokong Pengecasan DC, AC

Bagi pengecasan pantas (DC), bateri boleh dicas 10 – 80 peratus dalam masa sekitar 45 minit, bergantung kapasiti pengecas digunakan.

Pengecasan AC pula menggunakan pengecas 7kW pula memerlukan kira-kira 9 jam untuk mengecas bateri 10 – 100 peratus.

Tiga Mod Pandu Ikut Keperluan

Pemandu boleh memilih tiga mod pandu, iaitu Eco, Normal dan Sport bergantung kondisi jalan dan keutamaan penggunaan tenaga.

Pendekatan itu membolehkan pemandu memilih sama ada memaksimumkan jarak perjalanan atau mendapatkan respons pemanduan lebih pantas.

Rekabentuk Luaran Ilham ‘Metal Beast’

Dari segi penampilan, Suzuki e Vitara 2026 menampilkan identiti rekabentuk baharu Suzuki yang diilhamkan daripada konsep ‘Metal Beast’ dengan gabungan elemen futuristik dan imej SUV lasak.

Antara ciri menonjol ialah lampu depan tiga elemen LED, garis badan maskular, gerbang roda besar dan rim aloi 18 inci dengan tayar 225/55.

Dimensi Kompak, Tetapi Kabin Luas

Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026

SUV elektrik itu memiliki ukuran panjang 4,275mm, lebar 1,800mm dan tinggi 1,635mm, manakala jarak roda 2,700mm.

Walaupun kompak untuk kegunaan bandar, Suzuki e Vitara masih menawarkan ruang but sehingga 306 liter selain konfigurasi tempat duduk fleksibel untuk kegunaan harian.

Kabin Digital dengan Paparan Bersepadu

Ruang dalaman menampilkan pendekatan lebih moden menerusi penggunaan Sistem Paparan Bersepadu (IDS) yang menggabungkan kluster instrumen digital dan sistem infotainmen dalam satu panel besar.

Turut disediakan pengecas telefon wayarles Qi, port USB Type-A dan USB Type-C di depan dan belakang, konsol tengah apung dan sistem pemilih gear elektronik elektronik (shift-by-wire).

Material Premium Tingkat Suasana Kabin

Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026

Suzuki turut menggunakan gabungan kemasan Piano Black (hitam), perincian warna perak gelap dan upholsteri baharu bagi memberikan suasana lebih premium berbanding model Suzuki sebelum ini.

Tempat duduk pula menggunakan kombinasi material sintetik lelubang dan kemasan kulit sintetik untul memberikan keseimbangan antara ketahanan dan keselesaan.

Lengkap ADAS, Kamera 360º

Dari aspek keselamatan, Suzuki e Vitara 2026 dilengkapi pakej Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti Sokongan Brek Dwi-Sensor (Dual Sensor Brake Support II), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Monitor Titik Buta (BSM).

Turut disediakan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCYA), Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHB), Brek Multi Perlanggaran (MCB), dan sistem kamera 360º dengan paparan dongak (HUD) bagi memudahkan kerja memarkir dan manuver pada halaju rendah.

Waranti Bateri Lapan Tahun

Setiap pembelian Suzuki e Vitara didatangkan dengan waranti kenderaan lima tahun tanpa had perbatuan, dan waranti komponen EV selama lima tahun atau 100,000km.

Bateri pula dilindungi waranti lapan tahun atau 160,000km bagi memberikan keyakinan tambahan kepada pelanggan yang beralih kepada mobiliti elektrik.

Suzuki Perkenal Waranti Baharu Model Terpilih

Pada masa sama, Naza Eastern Motors turut memperkenalkan pakej waranti lima tahun tanpa had perbatuan untuk beberapa model Suzuki terpilih di Malaysia.

Antara model menerima manfaat tersebut ialah Suzuki Jimny AllGrip Pro, Suzuki Jimny Rhino Plus, Suzuki Fronx dan Suzuki Fronx Sport yang sebelum ini ditawarkan dengan perlindungan tiga tahun atau 100,000km.

Harga Mula RM188,000

Suzuki e Vitara 2026 ditawarkan pada harga atas jalan bermula RM188,000, tanpa insurans dan tersedia dalam lima warna pilihan seperti: Celestial Blue Pearl Metallic dan Land Breeze Green Pearl Metallic.

Dengan kemunculan e Vitara, Suzuki kini rasmi memasuki era elektrifikasi di Malaysia dan bakal bersaing secara langsung dengan beberapa SUV elektrik segmen-B di pasaran tempatan.

Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026
Suzuki e Vitara 2026
Kenderaan Elektrik Kenderaan Elektrik (EV) Mod Pemanduan Platform HEARTECT-e Roda4 suv jepun SUV kompak Suzuki e VITARA Suzuki e Vitara 2026
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.