Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Perodua QV-E Kini Sudah Ada Di Borneo
Kenderaan Elektrik (EV)

Perodua QV-E Kini Sudah Ada Di Borneo

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam30/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA kereta nasional, PERODUA mengesahkan penghantaran pertama model kenderaan elektrik (EV) sulungnya, QV-E ke Sabah dan Sarawak kini sedang berlangsung bagi memenuhi permintaan pelanggan di Malaysia Timur.

Langkah itu menandakan kemasukan rasmi Perodua ke pasaran EV nasional bukan sahaja tertumpu di Semenanjung Malaysia, malah turut melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak sejurus selepas pelancaran model berkenaan.

Pelanggan Malaysia Timur Boleh Lihat, Pandu Uji dan Tempah Bermula 15 Julai

Perodua memaklumkan model QV-E dijangka mula dipamerkan di bilik pameran terpilih di Sabah dan Sarawak bermula 15 Julai 2026.

Pengunjung buk an sahaja berpeluang melihat dengan lebih dekat EV pertama Perodua itu, malah boleh melakukan pandu uji serta membuat tempahan awal di pusat jualan yang mengambil bahagian.

Perluasan Jualan Ke Malaysia Timur Bukti Kesediaan Infrastruktur EV

Penghantaran awal ke Malaysia Timur turut menunjukkan keyakinan Perodua terhadap perkembangan infrastruktur pengecasan EV di Sabah dan Sarawak yang semakin berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, beberapa bandar utama seperti Kota Kinabalu, Kuching, Miri dan Bintulu kini menyaksikan peningkatan jumlah fasiliti pengecasan awam bagi menyokong pertumbuhan pemilikan kenderaan elektrik.

QV-E Dijangka Jadi EV Paling Mampu Milik Perodua

QV-E merupakan model EV pertama yang dibangunkan oleh Perodua dan dijangka memainkan peranan penting dalam mempercepatkan kadar penggunaan kenderaan elektrik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Model itu turut dilihat berpotensi menjadi antara EV paling mampu milik di pasaran tempatan berdasarkan reputasi Perodua yang terkenal dengan penawaran kenderaan praktikal dan harga yang kompetitif.

Ikuti Pengumuman Lokasi Pandu Uji dan Bilik Pameran

Perodua turut menasihatkan pelanggan di Malaysia Timur supaya mengikuti saluran media sosial rasmi syarikat bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai lokasi bilik pameran serta pusat pandu uji yang akan dibuka secara berperingkat.

Dengan penghantaran pertama kini dalam perjalanan ke Sabah dan Sarawak, pelancaran rasmi Perodua QV-E di Malaysia Timur dilihat semakin hampir dan dijangka menjadi antara model EV paling dinantikan tahun ini.

SUMBER: FB Perodua

kereta elektrik Malaysia Timur Pandu uji Perodua Perodua QV-E Sabah Sarawak
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

    30/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    30/06/2026
    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Auto Terkini

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    29/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.