Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS
Auto Terkini

Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

Abang HirataBy Abang Hirata30/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KIA terus mengembangkan potensi kenderaan elektrik pelbagai guna (PBV) menerusi PV5 WAV (Wheelchair Accessible Vehicle) yang kini dipilih sebagai model rasmi bagi program perintis Universal Design (UD) Taxi di Seoul, Korea Selatan.

Terdahulu, PanduLaju pernah melaporkan mengenai PBV ini pada Mei 2025.

Bermula 1 Julai hingga Disember 2026, sebanyak 12 unit Kia PV5 WAV akan digunakan dalam projek perintis hasil kerjasama antara Kia dan Kerajaan Metropolitan Seoul.

Menariknya, Kia Malaysia sebelum ini pernah mempamerkan PV5 di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS). Berkekalkan rekabentuk van berkotak ala van Jepun 80-an dan dimensi yang besar, PV5 terasa lapang dan selesa.

Di sebalik tarikan tersebut, Kia belum mengesahkan sama ada PV5 akan ditawarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

PV5 dilihat mempunyai potensi yang menarik untuk Malaysia menerusi reka bentuk moden, kabin yang luas dan konfigurasi fleksibel.

Selain sesuai dijadikan van perniagaan atau logistik, konsep yang dibawa juga menjadikannya berpotensi sebagai MPV elektrik untuk kegunaan keluarga.

Model Teksi Boleh Digunakan Semua Penumpang

Berbeza dengan teksi khas untuk orang kurang upaya, UD Taxi direka supaya boleh digunakan oleh pengguna kerusi roda serta penumpang biasa dalam satu kenderaan yang sama.

Program itu merupakan model pengangkutan pertama seumpamanya di Korea Selatan dan bakal memberi keutamaan kepada penumpang berkerusi roda. Penumpang biasa boleh menempahnya menggunakan kaedah dan tambang yang sama seperti teksi bersaiz sederhana sedia ada.

Data penggunaan serta tahap kepuasan pelanggan sepanjang tempoh percubaan enam bulan itu akan digunakan bagi menentukan sama ada perkhidmatan tersebut akan diperluaskan pada masa depan.

Direka Khas Untuk Mobiliti Lebih Inklusif

PV5 WAV dibangunkan sejak peringkat awal dengan memberi keutamaan kepada kebebasan mobiliti golongan kurang upaya serta warga emas.

Antara ciri utama yang ditawarkan ialah:

  • Kenderaan elektrik Universal Design pertama di Korea Selatan yang boleh digunakan oleh penumpang biasa dan pengguna kerusi roda.
  • Dibangunkan menggunakan platform khusus E-GMP.S dengan lantai rendah serta ruang kabin yang luas.
  • Sistem kemasukan Side Entry, membolehkan pengguna kerusi roda memasuki kenderaan melalui bahagian sisi.
  • Dilengkapi sistem pengunci kerusi roda bagi memastikan keselamatan sepanjang perjalanan.
  • Tempat duduk baris ketiga membolehkan penjaga menemani serta membantu pengguna kerusi roda ketika perjalanan.

Sebelum program bermula, Kia dan Kerajaan Seoul turut mendapatkan maklum balas daripada industri teksi selain mengadakan beberapa sesi demonstrasi bersama pengguna kerusi roda.

Kurangkan Kekurangan Teksi Khas OKU

Menurut Kia dan Kerajaan Seoul, program itu dijangka membantu menangani kekurangan teksi khas untuk orang kurang upaya di samping memenuhi permintaan mobiliti yang semakin meningkat daripada warga emas serta golongan berkeperluan khas.

Di negara lain, konsep teksi mesra semua pengguna seperti ini sudah lama digunakan menerusi Black Cab di United Kingdom dan JapanTaxi di Jepun.

Selain meningkatkan aksesibiliti, penggunaan satu kenderaan untuk operasi teksi biasa dan perkhidmatan kepada pengguna kerusi roda juga dijangka membantu meningkatkan kecekapan operasi serta keuntungan pengusaha teksi.

Kia turut memaklumkan kerjasama seumpama itu akan diperluaskan ke bandar dan wilayah lain di Korea Selatan pada masa akan datang.

Spesifikasi Kia PV5 WAV

Kia bagaimanapun tidak memperincikan spesifikasi teknikal kenderaan yang digunakan dalam program perintis itu.

Berdasarkan spesifikasi rasmi PV5 WAV Long Range yang dipasarkan di Korea Selatan, model tersebut menggunakan motor elektrik berkuasa 120kW dan 250Nm, dipadankan dengan bateri 71.2kWj yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 345km mengikut kitaran pensijilan Korea.

  • Motor elektrik menghasilkan 120kW dan 250Nm.
  • Bateri berkapasiti 71.2kWh.
  • Jarak pemanduan sehingga 345km mengikut kitaran pensijilan Korea.
  • Kecekapan tenaga 4.4km/kWj.

Dimensinya pula adalah:

  • Panjang: 4,695mm
  • Lebar: 1,895mm
  • Tinggi: 1,905mm
  • Jarak roda: 2,995mm

Harga Kia PV5 WAV

Di Korea Selatan, Kia PV5 WAV dijual pada harga bermula sekitar ₩51.1 juta selepas insentif cukai, bersamaan kira-kira RM134,000.

Sebelum insentif cukai, model itu berharga sekitar ₩53.82 juta atau kira-kira RM141,000.

Kia Kia PV5 Kia PV5 WAV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental di Thailand

    30/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Perodua QV-E Kini Sudah Ada Di Borneo

    30/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    30/06/2026
    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Auto Terkini

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.