Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental Thailand
Aksesori

General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental Thailand

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam08/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kilang tayar Continental di Rayong, Thailand

JENAMA tayar General Tire (GT) terus memperkukuh komitmen terhadap pasaran Malaysia menerusi pengukuhan rangkaian pengeluaran serantau susulan peluasan Fasa II kilang milik Continental di Rayong, Thailand.

Langkah itu dijangka meningkatkan kecekapan bekalan dan mempercepat penghantaran produk ke seluruh rantau Asia Pasifik, termasuk Malaysia, sekali gus memastikan pelanggan terus menerima bekalan tayar secara konsisten dan tepat pada masa.

Kilang Rayong Jadi Tulang Belakang Operasi Asia Pasifik

Kilang tayar Continental di Rayong, Thailand

Peluasan fasiliti pengeluaran di Rayong menjadi sebahagian strategi jangka panjang Continental untuk memperkukuh keupayaan pengilangan dan logistik di rantau ini.

Dengan peningkatan kapasiti tersebut, kedua-dua jenama Continental dan General Tire dijangka mampu bertindak balas lebih pantas terhadap perubahan permintaan pasaran dan keperluan pengguna di Asia Tenggara.

Direka untuk Kondisi Jalan Raya Asia Pasifik

General Tyre Grabber HT6
General Tyre AT6 Grabber 4

Walaupun dibangunkan berasaskan kepakaran kejuruteraan Jerman, General Tire turut memberi perhatian khas kepada corak penggunaan dan kondisi jalan raya di rantau Asia Pasifik.

Gabungan teknologi Continental bersama pengeluaran serantau membolehkan tayar tersebut menawarkan tahap ketahanan, kestabilan dan prestasi yang lebih sesuai dengan iklim tropika dan permukaan jalan raya di Malaysia.

Fokus Ketahanan, Penggunaan Harian

Kilang tayar Continental di Rayong, Thailand

Pengarah Urusan Malaysia dan Ketua Asean Continental, Andrea Somorova berkata, pengukuhan rangkaian pengeluaran serantau mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat untuk memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah.

Menurut beliau, General Tire memainkan peranan penting dalam mempeluas pilihan pengguna di Malaysia menerusi penawaran tayar yang menawarkan keseimbangan antara prestasi, ketahanan dan nilai untuk wang.

Popular dalam Segmen SUV, 4×4

Kilang tayar Continental di Rayong, Thailand

General Tire sebelum ini cukup dikenali dalam kalangan pemilik kenderasan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan pacuan empat roda (4X4) menerusi reputasi produk yang tahan lasak dan sesuai untuk penggunaan di jalan raya dan laluan off-road.

Kini, jenama tersebut turut mempeluas tawaran ke segmen kereta penumpang bagi memenuhi permintaan pengguna bandar yang mahukan tahap keselesaan, keselamatan dan ketahanan lebih baik untuk kegunaan harian.

Grabber HT6, Grabber AT6 dan Altimax GS6 Jadi Taruhan

General Tyre AT6 Grabber 4

Antara produk utama ditawarkan di Malaysia ialah General Tire Grabber HT6, Grabber AT6 dan Altimax GS6 yang direka untuk memenuhi keperluan segmen pengguna berbeza.

Model berkenaan turut menjalani penilaian pengamal media dan pakar automotif tempatan dengan hasil ujian menunjukkan tahap cengkaman, pengendalian, keselesaan dan prestasi membrek meyakinkan di jalan raya Malaysia.

Continental Peluas Portfolio Tayar

Logo Continental

Pengenalan General Tire di pasaran tempatan juga sebahagian strategi Continental untuk mempeluas portfolio produk merentasi pelbagai kategori pengguna.

Continental kekal menumpukan segmen premium yang menekankan teknologi, keselamatan dan keselesaan, manakala General Tire menawarkan alternatif yang lebih menitikberatkan ketahanan, fleksibiliti dan nilai pemilikan jangka panjang.

Pelanggan Nikmati Perlindungan Tambahan

Kedua-dua jenama turut disokong oleh pelbagai manfaat selepas jualan termasuk program Total Confidence Plan (TCP) dan Jaminan Pengilangan Tayar Sepanjang Hayat.

Inisiatif tersebut memberikan ketenangan fikiran tambahan kepada pelanggan menerusi perlindungan terhadap kecacatan pembuatan dan sokongan selepas jualan lebih menyeluruh.

Lebih Banyak Produk Baharu Dijangka Tiba

Dengan pengukuhan kapasiti pengeluaran di Thailand, Continental Tyre Malaysia dijangka terus memperkenalkan lebih banyak pilihan tayar baharu yang disesuaikan keperluan pemandu tempatan.

Produk General Tire kini boleh didapati di rangkaian pengedar sah Continental seluruh negara selain saluran rasmi dalam talian seperti platform e-dagang utama di Malaysia.

GT Driving Experience
Kilang tayar Continental di Rayong, Thailand
GT Grabber AT6
General Tyre AT6 Grabber 4
General Tyre AT6 Grabber 4
General Tyre AT6 Grabber 4
General Tyre AT6 Grabber 4
General Tyre AT6 Grabber 4
GT Grabber HT6
General Tire Grabber HT6
General Tyre Grabber HT6
General Tire Grabber HT6
General Tire Grabber HT6
aksesori Altimax GS6 Continental Continental Tyre Malaysia General Tire Grabber AT6 Grabber HT6 Jalan Raya Asia Pasifik Portfolio Tayar Tayar
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.