Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: Toyota Tacozilla Tacoma Camper Sempena Tribut Kamper 70-80-an!
Bikin Auto

#BikinKereta: Toyota Tacozilla Tacoma Camper Sempena Tribut Kamper 70-80-an!

Abang HirataBy Abang Hirata08/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUNIA kenderaan kamper memang meriah. Di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, ada ramai peminat kenderaan jenis itu, didorong budaya dan aktiviti kembara selain memiliki kawasan dalam negara yang luas untuk dijelajah.

Menyemarakkan lagi budaya dan industri itu, beberapa pengeluar automotif tampil menawarkan model asas yang diubah suai menjadi versi kamper.

Terbaharu, Toyota memperkenalkan Tacozilla Tacoma Camper sempena pameran Persatuan Pasarang Barangan Khas (SEMA) 2021 di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).

Model kamper one-off itu diubahsuai daripada pikap Tacoma TRD Sport dan dihasilkan sebagai tribut kepada model kamper Toyota era 70-80-an. Tacoma Camper direka dan dibina Pengarah Urusan Pusat Teknikal Toyota, Marty Schwerter dan kakitangannya di Toyota Motorsports Garage, Texas, AS.

Seperti boleh dilihat, projek tersebut adalah 100 peratus ubah suai dengan mendapat hasil cukup menyerlah dan menggiurkan untuk dicuba. Projek berkenaan dimulakan dengan ruang kargo dibuka bagi mengenal pasti komponen yang perlu dialih dan dipindah untuk mendapatkan ekstra ruang.

Proses kedua adalah memastikan individu dengan ketinggian lebih enam kaki dapat bergerak selain ada ruang mencukupi untuk menempatkan pelbagai barangan. Antara aspek penting dalam kerja mengubah suai adalah frem kamper.

Justeru kakitangan Toyota Motorsports Garage membina frem asas kamper bagi menguji pemasangan awal dan dimensi. Dari situ frem tersebut diperkemas dan diperkuat.

Menarik tentang bentuk kamper itu, bahagian atas dan bawah dibuat mengecil atau tirus supaya lebih mudah dipandu selain dapat mengelak pokok dan pelbagai halangan lain. Bentuk tirus itu bukan mudah dan cukup mencabar, terutama membina pintu belakang. Bayangkan pintu yang perlu dibuat dalam bentuk tirus!

Pintu boleh dibuat rata, tetapi nampak janggal dalam bentuk kamper. Bagi merealisasikannya, kakitangan pembina menghabiskan lebih 100 jam untuk merekabentuk bahagian pintu sahaja!

Satu lagi cabaran besar adalah menghasilkan bahagian struktur supaya ada laluan antara kabin Tacoma dan kamper belakang. Itu bukan cabaran biasa-biasa kerana kamper dan badan perlu kekal kuat dan tidak berbahaya. Ini kerana bahagian dalam kamper ibarat rumah mikro seperti dibayangkan dan dirancang.

Kemudahan disediakan ialah bilik mandi dengan air panas, dapur berserta sinki, meja makan yang dibuat menggunakan cetakan 3D dan ruang tidur. Juga dipasangkan bumbung pop-up Lexan untuk mendapatkan enstra cahaya, aliran udara dan tambahan ruang kepala.

Fender flare asal Tacoma diguna semula dengan kelegaan suspensi standard Tacoma TRD Sport bertambah 2 inci. Lagi kerja kustom ialah pengisi minyak berasingan untuk mengelakkan bau bahan api menembus masuk kabin.

Bateri juga ditambah pada ruang enjin untuk membekalkan tenaga tanpa mengambil ruang yang terhad pada kamper. Bagi mendapatkan cengkaman ketika memandu, kamper berkenaan dipasangkan tayar General Tire Grabber X3 saiz 285/70/17.

Kerja mengecat dibuat Complete Customs di McKinney, Texas dengan corak vintaj kuning, jingga dan tembaga. Di Malaysia, pasaran kenderaan kamper juga semakin berkembang dengan mengumpul kelompok peminat tersendiri. Malah, kita juga ada bengkel dan individu yang mahir dengan kerja mengubah suai kamper. Ada juga syarikat yang mengimport unit kamper dari luar.

BACA >>> TGR Hasilkan Semula Alat Ganti Toyota Levin AE86!
BACA >>> Toyota GR86 (2022) Mula Jual di Jepun Hari Ini, Harga Mula RM102k sahaja!
BACA >>> Toyota GR Supra Jarama Racetrack Edition – 90 Unit untuk Eropah Sahaja, RM313k!

Roda4 Toyota Toyota Tacoma Toyota Tacozilla Tacoma Camper
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Roda4

    Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

    14/05/2026
    Auto Terkini

    Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

    13/05/2026
    Toyota Corolla 60th Edition 2026
    Roda4

    Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.