Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota GR Supra Jarama Racetrack Edition – 90 Unit untuk Eropah Sahaja, RM313k!
Roda4

Toyota GR Supra Jarama Racetrack Edition – 90 Unit untuk Eropah Sahaja, RM313k!

Abang HirataBy Abang Hirata01/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA kini ada tiga model sport dan prestasi di pasaran, iaitu Supra, GR Yaris dan GR86 yang masing-masing dalam segmen berbeza.

Supra lebih kepada segmen premium, GR Yaris pula model rali yang dibina sebagai jentera jalanan, manakala GR86 sesuai untuk pemanduan harian.

BACA >>> Toyota Supra Dipandu Paul Walker dalam Fast & Furious Dilelong RM2.3 Juta!
BACA >>> Toyota GR Supra (2020) yang Lebih Berkuasa Kini di Malaysia, Harga RM590k

Kepada peminat Supra, ada edisi baharu ditawarkan, iaitu GR Supra Jarama Racetrack Edition. Berikut fakta menarik mengenai model edisi khas itu:

  • Dinamakan sempena litar lumba Jarama di Sepanyol, iaitu lokasi pertama sesi pandu uji untuk media diadakan.
  • Dijana enjin 3.0L turbo berkuasa 335hp dan tork 500Nm @ 1,600-4,500rpm. Kuasa kuda edisi ini lebih rendah berbanding 382 hp pada GR Supra Amerika Syarikat dan Supra RZ di Jepun.
  • Dari segi prestasi, pecutan 0- 100kmj hanya memerlukan 4.3 saat dalam tetapan sistem kawalan luncur (car launch control), manakala kelajuan maksimum dihadkan kepada 250kmj.

  • Antara perbezaan model edisi khas ini dan GR Supra lain adalah warna khas, Horizon Blue (biru) yang dikontraskan rim 19 inci aloi tempa hitam kusam dan kaliper brek merah.
  • Skema warna tersebut sama seperti GR Supra Horizon Blue yang dipasarkan 100 unit untuk pasaran Jepun.
  • Ruang dalaman diserlahkan dengan balutan Alcantara, trim gentian karbon dengan nombor siri pada papan pemuka, dan lakaran litar Jarama serta logo GR Supra.
  • Kerusi ada fungsi pemanas dan boleh laras automatik berserta tetapan memori.
  • Dari segi pengendalian, GR Supra dibangunkan dengan casis seimbang dan nisbah ideal (golden ratio) antara jarak titik roda lebar (kiri-kanan/track) dan jarak roda (wheelbase) pendek.
  • Pusat graviti rendah (CoG), badan ringan dan kuat serta gaya aerodinamik menyumbang kepada karakter kereta yang stabil dan tangkas.
  • Enjin 6-silinder sebaris GR Supra dipadan dengan transmisi sport automatik 8-kelajuan dengan anjakan pantas.

  • Dilengkapkan ciri khas uang memudahkan pemandu dan penumpang, iaitu navigasi satelit dengan pemetaan 3D, integrasi telefon pintar, Apple CarPlay dan Android Auto, dan Supra Connect.
  • Tersedia unit infotainment skrin sentuh TFT 8.8 inci dengan fungsi pengecaman suaran, dan dipadukan sistem audio 10 pembesar suara.
  • Dari segi keselamatan, Supra Safety+ Package dilengkapi pelbagai ciri keselamatan aktif seperti:
    • Sistem Pra-Pelanggaran (PCS) dengan fungsi pengesan pejalan kaki dan pengecaman penunggang basikal (siang).
    • Amaran Tukar Lorong (LDW) dengan bantuan stereng.
    • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan fungsi henti-mula.
    • Bantuan Papan Isyarat Jalan.
    • Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHB).
    • Lampu Depan Adaptif dengan arah suluhan mengikut sudut stereng membelok.
  • Mengenai harga, GR Supra Jarama Racetrack Edition ditawarkan bermula £54,365 (RM313,930).
  • Model ini hanya ditawarkan 30 unit buat pelanggan Britain, dan 60 unit untuk pasaran Eropah.
  • Ini bermakna GR Supra Jarama Racetrack Edition tidak ditawarkan di Malaysia, kecuali diimport dari Britain atau membawa masuk versi JDM GR Supra Horizon Blue Edition.

BACA >>> Toyota GAZOO Racing (TGR) Hasilkan Semula Alat Ganti Land Cruiser 40 Series
BACA >>> Teringin Pakai Toyota? Berapakah Agaknya Servis Kena Tanggung?

Roda4 Toyota Toyota GR Supra Toyota GR Supra Jarama Racetrack Edition Toyota Supra Toyota UK
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    Protected: EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    04/05/2026
    HEV

    GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka untuk Tempahan, Debut di Penang Autoshow 2026

    02/05/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    02/05/2026
    Auto Terkini

    Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

    01/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.