• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Teringin Pakai Toyota? Berapakah Agaknya Servis Kena Tanggung?

Teringin Pakai Toyota? Berapakah Agaknya Servis Kena Tanggung?

June 18, 2021 By Shawkath 2 Comments

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARI ini semakin banyak model baharu Toyota Vios dan Yaris yang dapat kita lihat atas jalan, terutama di bandar dan lebuh raya. Sebahagian besar pemandu ialah golongan muda urban, termasuk wanita, sekali gus memberikan tafsiran jelas, Toyota bukan lagi kereta pakcik.

Ada banyak sebab mencetuskan lambakan Vios dan Yaris atas jalan raya Malaysia. Pertama, rekabentuk segar dan ciri praktikal yang menepati selera anak muda. Kedua, lanjutan skim pengecualian cukai jualan yang membolehkan ramai pembeli berpeluang memiliki model popular itu.

BACA >>> Toyota Service Savers: Pakej Terbaik untuk Pembeli Baharu, Pemilik Sedia Ada

Jadual servis mengikut jarak perbatuan (km) atau tempoh bulan untuk model Vios dan Yaris.

Sebenarnya, ada satu lagi poin penting yang membuatkan Vios dan Yaris lebih menarik dimiliki. Jawapannya, kos servis tidak membebankan. Betul ke?

Kami memilih dua model segmen-B popular UMW Toyota, iaitu Vios (kod: NCP150) dan Yaris (kod: NSP151) untuk membandingkan kos servis paling mahal dan harga paling rendah. Tetapi sebelum itu, tahukah anda kos servis Vios dan Yaris adalah sama?

Mari kami perincikan di bawah:

Vios
Yaris
1,000km

Perlu tukar minyak enjin 4 liter, cecair pencuci cermin depan, nyah kuman (disinfeksi), penapis minyak dan gasket palam salir (drain plug gasket).

Jumlah kos perlu bayar (ikut minyak enjin pilihan)
  • RM286 (minyak enjin sintetik penuh 5W 40)
  • RM136 (minyak enjin mineral premium)
5,000km

Perlu tukar minyak enjin 4 liter, cecair pencuci cermin depan, nyah kuman (disinfeksi) dan gasket palam salir.

Jumlah kos perlu bayar
  • RM256 (minyak enjin sintetik penuh 5W 40)
  • RM106 (minyak enjin mineral premium)
10,000km

Perlu tukar minyak enjin 4 liter, cecair pencuci cermin depan, nyah kuman (disinfeksi), penapis minyak dan gasket palam salir.
Caj buruh (RM117) dan cukai perkhidmatan 6 peratus (RM7.02) dikenakan. Kos ini juga sama untuk selang servis 20,000km, 30,000km, 50,000km, 60,000km, 70,000km, 90,000km, 100,000km dan 110,000km.

Jumlah kos perlu bayar
  • RM416 (minyak enjin sintetik penuh 5W 40)
  • RM226 (minyak enjin mineral premium)
15,000km

Perlu tukar komponen sama seperti servis 5,000km iaitu minyak enjin 4 liter, cecair pencuci cermin depan, nyah kuman (disinfektan) dan gasket palam salir.
Kos ini juga sama untuk selang servis 25,000km, 35,000km, 45,000km, 55,000km, 65,000km, 75,000km, 85,000km dan 95,000km.

Jumlah kos perlu bayar
  • RM306 (minyak enjin sintetik penuh 5W 40)
  • RM156 (minyak enjin mineral premium)

BACA >>> Tentang Falsafah ‘Toyota Synergised Mobility’ yang Perlu Anda Tahu

40,000km

Perlu tukar minyak enjin 4 liter, minyak brek, cecair pencuci cermin depan, nyah kuman (disinfektan), penapis minyak, penapis udara dan gasket palam salir. Kos ini juga sama untuk selang servis 120,000km dan 200,000km.

Jumlah kos perlu bayar
  • RM586 (minyak enjin sintetik penuh 5W 40)
  • RM436 (minyak enjin mineral premium)

80,000km

Komponen ditukar sama seperti 40,000km, tetapi ada tambahan pakej dan komponen servis kotak gear CVT berharga RM290. Ini termasuk minyak transmisi, gasket pam salir, gasket palam filler, caj buruh (RM65) dan cukai perkhidmatan 6 peratus (RM3.90). Pakej servis CVT disyorkan setiap 80,000km perjalanan.

Jumlah kos perlu bayar
  • RM876 (minyak enjin sintetik penuh 5W 40)
  • RM726 (minyak enjin mineral premium)
100,000km

Perlu tukar minyak enjin 4 liter, cecair pencuci cermin depan, nyah kuman (disinfektan), penapis minyak dan gasket palam salir.
Anda juga perlu tukar palam pencucuh kepada jenis Iridium bagi setiap 100,000km perjalanan. Satu set berharga RM350 mengandungi empat unit palam pencucuh.

Jumlah kos perlu bayar
  • RM766 (minyak enjin sintetik penuh 5W 40)
  • RM616 (minyak enjin mineral premium)

BACA >>> 5 Perkara Menarik Toyota Corolla Cross yang Mungkin Anda Tidak Tahu

160,000km

Ini bayaran servis berkala paling mahal dan komponen ditukar sama seperti pakej servis 80,000km. Ada tambahan, iaitu penukaran pertama cecair penyejuk (Super Long Life Coolant) 3.785 liter berharga RM106.50. Penukaran cecair seterusnya dibuat secara berkala bagi setiap jarak perjalanan 80,000km.

Jumlah kos perlu bayar
  • RM982.50 (minyak enjin sintetik penuh 5W 40)
  • RM832.50 (minyak enjin mineral premium)

KESIMPULAN

Jika diteliti, kos pemilikan sebenar Vios dan Yaris termasuk servis selepas jualan, bukan beban besar untuk ramai golongan muda masa kini, khususnya eksekutif muda. Tambahan lagi jenama kereta dari Jepun sememangny lebih diyakini dan berkualiti.

UMW Toyota turut menawarkan tiga pakej pilihan: Advance, Advance Plus dan Basic yang boleh dipilih pemilik berdasarkan bajet masing-masing. Juga disediakan pakej Toyota Service Savers buat mereka yang mahukan ekstra penjimatan.

Anda boleh rujuk jadual servis untuk pelbagai varian berbeza Vios atau Yaris dengan pilihan minyak enjin lain melalui dua pautan ini:

  • Toyota Vios
  • Toyota Yaris 

BACA >>> "Hilux Hilux is the Way", Tunku Azizah Teruja Trak Pikap Toyota Selamat Redah Banjir
BACA >>> Teknologi Toyota Safety Sense (TSS) Terbukti Kurangkan Kadar Kemalangan
BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Kemasan Krom dan Cat Kereta yang Perlu Anda Tahu

JADUAL LENGKAP VIOS VS YARIS

Artikel Berkaitan

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Kos Servis Kereta Toyota, Kos Servis Toyota Vios, Kos Servis Toyota Yaris, Maintenance Cost, Roda4, Toyota Vios, Toyota Yaris, UMW Toyota, UMW Toyota Malaysia

Comments

  1. Hetty says

    November 9, 2021 at 6:56 PM

    Saya baru seminggu pakai yaris 1.5e, pergerakan baru 290 km. Tetapi minggu depan saya perlu ke perak untuk beberapa hari..perlu ke saya complete 1000km untuk 1st serivice @ balik dari perak baru 1st service itu?? Boleh bagi pandangan..

    Reply
  2. AO says

    July 24, 2022 at 1:54 PM

    Tungu saja sampai mileage. Tak ada masalah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Mitsubishi Triton Lite - Raja Trak Pikap
    Mitsubishi Triton Lite - Raja Trak Pikap
  • Senarai Tempoh Menunggu Model Perodua 2023, Alza Paling Lama, Lebih Setahun!
    Senarai Tempoh Menunggu Model Perodua 2023, Alza Paling Lama, Lebih Setahun!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my