Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Ketahui 6 Cara Mudah Bilakah Anda Perlu Tukar Tayar Baharu?
Autotainment

Ketahui 6 Cara Mudah Bilakah Anda Perlu Tukar Tayar Baharu?

Han OthmanBy Han Othman01/09/20182 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA artikel paling mendapat sambutan hangat di PanduLaju ialah tentang tayar. Memang tidak dinafikan tayar boleh disenaraikan dalam komponen kenderaan paling penting yang memerlukan penyenggaraan rapi dan teliti. Ini kerana tayar adalah komponen kenderaan yang sangat berkait rapat dengan keselamatan memandu, sama seperti sistem brek, roda dan lampu.

Tayarlah yang membuatkan kereta anda bergerak dan tayar jugalah yang akan menghentikan kereta anda, terutama ketika berdepan situasi kecemasan. Malangnya, masih ramai pemandu mengambil sikap sambil lewa tentang kepentingan menjaga kesihatan tayar kereta mereka.

BACA >>> Kenapa ‘Tayar Kangkang’? Sekadar Trend atau Ada Fakta Mekanikal?

Ada yang sengaja melengah-lengahkan menukar tayar walaupun menyedari tayar kereta mereka sudah uzur. Ada pula yang sanggup membeli tayar terpakai tanpa menyedari tayar yang dibeli itu sudah uzur atau tamat tempoh. Mereka lebih sayangkan wang berbanding nyawa sendiri dan penumpang yang ada bersama mereka.

Artikel kali ini kita akan menyenaraikan 6 cara mudah mengetahui tanda-tanda anda perlu menukar tayar baharu. Ingat, boleh berjimat, tetapi jangan kedekut!

1. TAYAR HAUS

Tanda ini tidak memerlukan anda menjadi seorang detektif untuk mengenal pasti tayar kereta haus. Sebenarnya, semua tayar sudah siap disertakan indikator bunga-haus (tread-wear indicator) atau TWI, iaitu berbentuk bar yang terletak antara blok bunga yang membolehkan anda mengecam tahap haus tayar minimum (1.6mm atau 2/32″). Jika bar tersebut dilihat separas atau sama rata dengan bunga tayar, itulah masa anda menggantikan tayar baharu.

Asasnya, apabila kedalaman bunga tayar berada pada 1.6mm, kemampuan tayar untuk mengekalkan traksi atas permukaan jalan basah sudah merosot. Justeru, banyak pengeluar kereta dan tayar menyarankan pemandu menukar tayar baharu jika kedalaman bunga menghampiri 3-3.2mm untuk tayar semua musim (all season) / musim panas (summer), dan 4.5mm untuk tayar musim sejuk (salji).

BACA >>> Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat?

Tayar musim sejuk memiliki set kedua indikator untuk menunjukkan jika tayar anda masih ada cengkaman mencukupi sebagai tayar salji. Jika sudah haus, itu bermakna tayar tersebut tidak lagi sesuai digunakan atas permukaan bersalji, tetapi masih boleh digunakan sebagai tayar semua musim. Bagaimanapun, pemandu Malaysia tidak perlu bimbang kerana salji tidak turun di Malaysia. 😀

TIP: Indikator pada tayar kebiasaannya ditanda dengan simbol anak panah, logo atau perkataan ‘TWI’ yang diterap pada dinding tayar (lihat gambar atas).

2. TAYAR MEREKAH

Seperti manusia, getah akan mengeras dan kering seiring usia. Tayar baharu memiliki minyak dan bahan kimia untuk memperlahankan proses ‘penuaan’ tersebut. Tetapi saban masa, tayar tetap cenderung tersejat, bocor dan pecah. Perkara lain seperti pendedahan kepada pancaran ultra-ungu (UV), kekerapan penggunaan, kitaran panas melampau (akibat kurang tekanan angin, atau berlumba atas trek) berisiko mempercepatkan keuzuran tayar.

Cuba lihat tayar anda dari jarak dekat, dan perhatikan rekahan kecil antara bunga tayar. Juga periksa rekahan pada dinding tayar (sidewall) dekat lekuk bunga (bead tire) yang melekap pada rim. Rekahan kosmetik atau minor masih dibenarkan, tetapi dari segi keselamatan, rekahan itu ialah petanda awal bahawa tayar anda perlu diganti. Apatah lagi jika rekahan nampak begitu ketara.

3. TAYAR TUA


Di Kanada dan Amerika Syarikat (AS), termasuk Malaysia, semua tayar yang sah digunakan atas jalan perlu memiliki kod tarikh pengeluaran yang memaparkan minggu dan tahun pada dinding tayar. Kod empat digit itu biasanya turut memaparkan kod siri DOT (kod siri DOT kerap ditulis di kedua-dua dinding tayar), tetapi kod tarikh pengeluaran hanya dipaparkan sebelah sisi sahaja. Kod bertulis 1814 (lihat gambar atas) bermakna tayar kereta anda dibuat pada minggu ke 18 pada tahun 2014. Mudahkan?

Bagaimanapun, jika tanda kehausan dan kerosakan berlaku lebih awal, anda tetap perlu menukar tayar. Sebaliknya, jika tayar masih berbunga tebal, terutama bagi kereta yang kurang bergerak, anda perlu menukar tayar baharu jika sudah melepasi kod minggu dan tahun seperti dimaklumkan di atas. Ada beberapa pakar industri cenderung menyarankan anda menukar tayar baharu pada setiap 6 hingga 10 tahun sekali.

4. TRAKSI KURANG


Anda mungkin fikir isu ini sudah selesai dalam poin mengenai kedalaman bunga tayar di atas. Tayar kenderaan mungkin nampak macam elok dan baik saja dari segi kedalaman bunga, usia, dan kekeringan getah, tetapi kereta anda masih memerlukan kompromi traksi atau bahasa mudahnya, cengkaman tayar. Perkara ini biasa berlaku pada tayar kenderaan penumpang dan trak tugasan-ringan yang memilikiindeks hayat-tayar tinggi.

Apa terjadi ialah kompaun bunga akan menjadi keras akibat kitaran bahang, rekabentuk atau pembuatan tayar ringkas, sekali gus melemahkan cengkaman tayar. Caranya, jika anda perasan tayar anda nampak elok, sebaliknya tidak mampu beraksi baik, terutama ketika membrek, anda sepatutnya bertukar kepada tayar baharu.

5. TAYAR BENGKAK (BELTED TIRE)


Jika anda rasa gegaran atau goyangan ketika memandu, antara tip mudah ialah kereta anda mengalami masalah penjajaran (alignment) dan penyimbangan (balancing). Namun, kadangkala tu bukan punca masalah tersebut. Tahukah anda, tidak semua tayar dihasilkan dengan sempurna. Ada kemungkinan anda terbeli tayar cacat dan rosak sejak dari kilang, ataupun berpunca akibat serpihan objek atas jalan seperti batu, besi dan paku. Mungkin juga disebabkan jalan berlubang dan berbonggol.

Apabila tayar tidak seimbang, kereta akan jadi tidak stabil hingga menyebabkan kehausan dan kelusuahn (wear and tear) ke atas komponen sampingan lain selain tayar. Tetapi jika anda rasakan gegaran ketika memandu, terutama dalam kelajuan rendah, anda sepatutnya bertanya kepada mekanik supaya memeriksa kondisi tayar kerana itu mungkin tayar shifted belt atau dalam istilah tempatan dipanggil, tayar bengkak.

BACA >>> Panduan Mengepam Tayar, Bolehkah Dipam PSI Maksimum?

Goncangan dan, gegaran pada kelajuan rendah boleh jadi tanda kepada tayar bengkak. Jika tidak ditangani dengan betul, anda berisiko mengalami kegagalan tayar, terutama dalam kelajuan tinggi seperti atas lebuh raya. Ini bukan hanya membahayakan kereta, tetapi juga anda dan penumpang kerana anda mungkin hilang kawalan pengendalian. Jika mekanik anda dapat mengesan keadaan tayar bengkak, beli saja tayar baharu.

6. TAYAR ROSAK


Semestinya tayar yang pancit dan tidak mampu diisi angin perlu ditukar, tetapi ada perkara lain yang kurang jelas mengenai kerosakan tayar. Antaranya, kesan lecetan, siatan, hirisan dan lubang pada bunga dan dinding tayar yang tidaklah sampai mengeluarkan angin hingga membuatkan anda beranggapan ia tidak perlu ditukar. Ini termasuk situasi anda memandu secara paksa dalam keadaan tayar kurang angin atau pancit hingga menyebabkan berlaku segala kerosakan yang boleh dilihat secara fizikal ataupun tidak nampak. Kerosakan dalaman yang anda tidak dapat lihat mungkin berlaku dan adalah lebih baik anda menukar tayar baharu sebagai langkah berjaga-jaga.

SUMBER: AutoGuide

autotainment bila perlu tukar tayar baharu Kereta motosikal Roda4 shifted belt tayar bengkak tip automobil tukar tayar baharu
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Proton e.MAS 7 PHEV 2026 rasmi lancar di Malaysia
PHEV

Proton e.MAS 7 PHEV 2026 Rasmi Lancar, Harga Mula RM109,800

05/02/2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Roda4

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

06/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

06/02/2026
GWM Wey G9 Hi4 PHEV
Roda4

GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM269,800!

29/01/2026

2 Comments

  1. MOHD SHAFIEE B MOHD AMIN on 18/09/2021 07:29

    Dear sir i am using Perodua Bezza 1.3 (A) blue ocean colour and. I had been driving this car as Grab Car since Okt 2019 till now the mileage is 50000km i thing the distance travelling is so low. I want to know when should i change to new tyre i saw the tyre still in good condition. Some expert said the tyre life is about 4 to 6 years or depend on the mileage 60000 to 80000km. Please assist me to know the exact period to change to new tyre. Thank you.

    Reply
    • AO on 24/11/2021 13:03

      Ya, like expert said, tire should be change every 4-6 years, or follow driving mileage. Whichever come first.

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Denza D9 2025
Kenderaan Elektrik (EV)

MPV EV Mewah Denza D9 2025 Kini Fasa Akhir Jualan Sebelum Harga Naik

By Han Othman27/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.