• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Panduan Mengepam Tayar Kereta, Bolehkah Dipam PSI Maksimum?

Panduan Mengepam Tayar Kereta, Bolehkah Dipam PSI Maksimum?

May 16, 2016 By AO 13 Comments

13.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOLEHKAH tayar dipam mengikut PSI (pound per square inch / paun inci persegi) maksimum seperti dinyatakan pada dinding sisi (sidewall) tayar?

Ini kerana ada juga kenyataan yang mendakwa PSI maksimum bukanlah tekanan tepat yang membolehkan tayar kereta berfungsi paling optimum. Faktanya, tekanan tayar yang tepat amat penting bagi kelancaran, keselamatan dan ketahanan tayar.

APAKAH ITU TEKANAN MAKSIMUM?

tekanan-tayar-sidewall
Jika anda perhatikan tulisan pada dinding sisi tayar, anda pasti perasan perkataan 'Max. Press. 35 PSI'. Nombor itu memberitahu anda tekanan sejuk maksimum yang diperlukan tayar untuk menampung beban maksimum.

Kata 'sejuk' di atas merujuk kepada situasi anda mengepam tayar pada masa ideal, iaitu ketika cuaca sejuk seperti pada waktu pagi atau selepas kereta dibiarkan beberapa jam di kawasan teduh. Itulah masa terbaik mengepam tayar. Kebiasaannya, tekanan tayar maksimum berada dalam julat 30 dan 32 PSI.

BACA >>> Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

APA BERLAKU JIKA TAYAR DIPAM MAKSIMUM PSI?

1. KARAKTER PENGENDALIAN BERUBAH

tayar-slide
Tayar yang dipam maksimum tidak mempunyai ruang anjalan pada dinding sisi. Tahap membelok akan bertambah baik, tetapi anda berdepan risiko ketika pembrekan jajap (threshold braking). Sekali anda membelok pantas atau mengejut, belakang kereta boleh terseret.

2. JANGKA HAYAT TAYAR MEROSOT

tayar-haus-pam-lebih
Apabila tayar dipam terlalu banyak, getah pada bunga tayar atas akan jadi lebih menonjol dan membuatkan bahagian tengah tayar cepat haus. Malah, kawalan traksi juga berkurangan dan anda menghadapi risiko tayar meletup.

Jadi, apakah tekanan tayar terbaik?

BACA >>> Adakah Tayar Terpakai Selamat dan Boleh Digunakan?


APAKAH TEKANAN TAYAR OPTIMUM?

tayar-optimum
Anda boleh mengetahui tekanan tayar optimum atau seperti disarankan pengeluar pada pelekat di frem pintu, atau dalam manual pengguna. Sesetengah model menempatkan pelekat pada pintu but, glove box dan lain-lain.

Tekanan disarankan kebiasaannya antara 30 dan 35 PSI. Nombor tersebut menandakan jumlah minimum tekanan udara yang diperlukan untuk menyokong kapasiti maksimum bawa-beban kenderaan anda. Jika berkurangan, anda akan dapati penggunaan bahan api dan tahap pengendalian akan terjejas, termasuk mengalami masalah haus disebabkan beban lebih dan getah tayar terlalu menganjal.

Sebaliknya, apabila tayar anda dipam mengikut tekanan PSI disarankan, anda pasti menikmati prestasi dan jangka hayat tayar yang optimum.

BILAKAH MASA MENGEPAM TAYAR TERBAIK?

Bilakah masa terbaik memeriksa tekanan tayar? Sebaiknya, ikutilah 3 syarat asas ini:
i. Setiap kali mengisi minyak.
ii. Setiap kali suhu berubah 10º.
iii. Sekali bagi setiap 30 hari.

Jika anda mahu tayar anda dipam mengikut tekanan tepat sebelum memandu, apa kata dapatkan tolok tekanan di mana-mana kedai aksesori kereta terdekat. Cara ini lebih memudahkan anda.


*** TIP PANTAS

30-hari
Bagaimanakah mahu mengingat jumlah tekanan angin yang tepat? Anda mungkin tidak mahu sentiasa melihat pelekat pengingat setiap kali mahu mengisi angin.

Begini, anda cuma perlu ingat jumlah hari dalam sebulan, iaitu antara 30-31 hari. Ya, itulah jumlah tekanan angin yang perlu diisi untuk kereta. Ia mungkin tidak setepat yang disarankan pengeluar, tetapi ia masih berada dalam julat toleran atau 'selamat' yang boleh anda praktikkan. Jadi, tidaklah perlu risau jika terkurang atau terlebih mengepam angin tayar jika mengikuti tip ingat ini.

Malah, tip ini boleh membantu anda mengingat jumlah sebenar tekanan tayar kereta anda. Anda cuma perlu ingatkan jumlah hari dalam sebulan, dan daripada jumlah itu anda mungkin dapat mengingati semula tekanan tayar sebenar kereta anda.

BACA >>> Tayar Sotong, Tiada Brek Punca Nahas Honda CBR150R, Nyaris Tercampak Masuk Gaung

Artikel Berkaitan

13.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, isi angin tayar, jumlah tekanan angin, psi, tip automobil, tolok tayar

Comments

  1. Pangeran Raff says

    April 25, 2017 at 8:09 AM

    Info yang sangat membantu.. Terima Kasih..

    Reply
  2. Mekanik motorsikal says

    May 27, 2017 at 5:23 PM

    Salam admin,

    Saya pun tak pernah ambil kisah tentan max.load pada tayar tu.Hari ini baru setelah sekian lama repair motor

    Terima kasih.

    Reply
  3. dolsarip says

    September 2, 2017 at 11:57 PM

    kalau ketebalan tayar macam mana pula… kene perpandu kan side wall tayar atau di dinding pintu… cth 190x60x15 adakah sama tekanan utk tayar yg dinaik taraf ke 220x40x18…

    Reply
  4. Zamri Nasir bin Mohamed Sazali says

    November 5, 2018 at 10:57 AM

    Ye le….

    Reply
  5. Sharipudin says

    August 30, 2019 at 2:52 PM

    Kalau guna tayar saiz 215/55/17
    Utk suv Reanult captur,berapa tekanan yg perlu utk roda depan dan belakang

    Reply
  6. Imran says

    September 8, 2019 at 3:33 PM

    Di pintu Perodua Myvi 2018 tertulis 250KPA untuk semua tayar. Bersamaan dengan 36 PSI. Tinggi dari kebiasaan PSI yang dinyatakan dalam artikel ni

    Reply
    • AO says

      September 10, 2019 at 7:39 AM

      Ikut rekomen pengeluar

      Reply
    • Faris says

      September 13, 2019 at 8:48 PM

      Thats max kpa around.neither at 51psi or 350kpa as the tyre pic shown above

      Reply
  7. Faris says

    September 13, 2019 at 8:45 PM

    Artikelni kata pam mak dia 35 psi , tpi dalam pic tu tayar terpampang 350kpa/51psi .35psi berapa kpa?rasanya pam 220kpa pun dah ok..

    Reply
  8. Rahim says

    July 26, 2020 at 7:51 AM

    Assalamualaikum
    Tayar 195/55/15 – rem 15
    Mau tau tanya berapa PSI angin IDEAL terbaik.

    Tqvm.

    Reply
  9. Rahim says

    August 1, 2020 at 10:15 PM

    Salam.
    Tayar 235/40/18
    Hendak tanya berapa PSI angin yg IDEAL
    Tk.

    Reply
  10. Mohd najib says

    September 4, 2020 at 10:01 AM

    Salam
    Tayar 215/50 R17 91V
    Hendak tanya berapa psi angin yg betul

    Reply
  11. Danie says

    September 23, 2020 at 4:07 AM

    215 -220

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
    Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!
    #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!
  • #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'
    #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my