Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Amarok (2023) Diperkenal dengan Lima Enjin Turbo Diesel, dan Petrol!
Auto Terkini

Volkswagen Amarok (2023) Diperkenal dengan Lima Enjin Turbo Diesel, dan Petrol!

Abang HirataBy Abang Hirata04/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS berkongsi beberapa foto acah Volkswagen Commercial Vehicles (VCV) akhirnya memperkenalkan Amarok (2023) generasi kedua.

Amarok generasi pertama dikeluarkan pada 2010 dengan mencatatkan jualan lebih 830,000 unit. Dengan jumlah itu, mungkin ada tertanya kenapa tidak dibawa masuk ke negara kita ataupun Thailand yang menjadi hab pikap saiz-sederhana dunia.

BACA >>> Volkswagen Kongsi Foto Terbaharu Amarok (2023), Sahkan Enjin Petrol, Diesel Ditawarkan
BACA >>> Volkswagen Dedah Foto Awal Amarok Baharu, Kongsi Platform Ford Ranger!

Ini kerana Amarok generasi pertama dipasarkan di Eropah, Australia, New Zealand, Afrika, Asia Utara, Amerika Selatan dan Tengah. Model baharu ini pula direka dan dibangunkan di Jerman dan Australia, serta dikeluarkan di Afrika Selatan.

Amarok (2023) baharu masih mengekalkan konsep model terdahulu dengan rekabentuk berkotak, tetapi direka baharu dan canggih dengan dilengkapi lebih 20 sistem bantuan pemanduan baharu. Model ini juga hasil usahasama Volkswagen dan Ford yang ada kaitan dengan Ranger.

Berikut ciri Amarok (2023):

1. Rekabentuk Lebih Panjang, Sasa
  • 5,350mm atau 96mm lebih panjang dengan jarak roda 3,270mm atau 173mm lebar berbanding Amarok generasi pertama.
  • Lebih ruang, terutama penumpang belakang.
  • Jarak roda lebih panjang dan anjur depan (overhang) lebih pendek yang menampakkan bentuk keseluruhan padat selain keupayaan mendaki lebih baik.
  • Gerbang roda depan dan belakang lebar menampakkan Amarok sebagai trak pikap maskular.
  • Bahagian atas gerbang roda dibuat melintang yang menjadi identiti Amarok sejak generasi pertama.
2. Lima Enjin Turbo, Termasuk Petrol
  • Bergantung pasaran, ada lima enjin diesel turbo (TDI) dan satu enjin petrol turbo (TSI).
  • Pasaran Eropah menerima pacuan semua roda (AWD) 4MOTION sebagai ciri standard.
  • Tiga enjin diesel turbo bersesaran 2.0L dan satu 3.0L diesel turbo V6.
2.0L TDI 150 PS
  • Enjin 2.0 TDI berkuasa 148hp dan tork 350Nm dibangunkan khas untuk pasaran Afrika.
  • Dipadankan transmisi manual 5-kelajuan dan pacuan roda belakang (RWD).
2.0L TDI 170 PS
  • Enjin 2.0L TDI berkuasa 168hp dan tork 405Nm, pacuan semua roda boleh pilih (selectable) 4MOTION dan transmisi manual 6-kelajuan.
  • Turut ditawarkan bersama RWD dan transmisi automatik 6-kelajuan.
2.0L TDI Bi-Turbo 202 dan 207hp
  • Enjin 4-silinder TDI paling berkuasa; 2.0L Bi-Turbo dengan 202hp dan tork 500Nm.
  • Pacuan semua roda 4MOTION dan transmisi automatik 6-kelajuan atau 10-kelajuan.
  • Enjin Bi-Turbo 202hp juga boleh dipesan dengan transmisi baharu automatik 10-kelajuan e-shifter.
  • Enjin Bi-Turbo 207hp dengan pacuan semua roda boleh pilih 4MOTION dan transmisi automatik 10-kelajuan.
3.0L TDI V6
  • Model Eropah berkuasa 239hp dan sesetengah pasaran berkuasa 248hp bergantung peraturan emisi. Tork 600Nm.
  • Transmisi standard automatik 10-kelajuan.
  • Pacuan semua roda tetap 4MOTION.
2.3L Turbo Petrol
  • 2.3L dengan kuasa 30hp dan tork 452Nm.
  • Transmisi automatik 10-kelajuan dan pacuan semua roda tetap 4MOTION.

Semua varian Amarok mempunyai kapasiti tangki minyak 80 liter.

3. Lima Varian Utama
  • AMAROK: Varian aras mula, dilengkapi sistem canggih seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Paparan Isyarat Jalan Raya Dinamik, Bantuan Halaju Pintar (SSA), Bantuan Lorong, kamera undur pandangan belakang, sistem pengawasan sekeliling bantuan depan dan Kawalan Jarak Parkir (PDC).
  • LIFE: Rim 17 inci, stereng kulit, tingkap depan gelap, sensor hujan, 6 pembesar suara, PDC depan.
  • STYLE: Lampu utama IQ.LIGHT – LED, kluster instrumen 12 inci, unit infotainmen skrin sentuh 12 inci, kerusi ArtVelours, kerusi depan dengan fungsi pemanas, kerusi elektrik boleh laras 10 tetapan, rim aloi 18 inci, Pengesan Titik Buta (BSD).
  • PANAMERICANA: Fungsi navigasi, sistem bunyi Harman Kardon dengan 8 pembesar suara, lampu ambien, lampu dalam kotak kargo, ACC+ dengan SSA, Bantuan Parkir, kamera 360º Area View, rim 18 inci, pacuan semua roda kekal 4MOTION dengan kunci diferensial mekanikal.
  • AVENTURA: Varian teratas seperti PANAMERICANA. Rim 20 inci, cermin sisi dan hendal pintu krom, kerusi dan pelapik pintu kulit Savona, Bantuan Lorong dengan fungsi kekal lorong (lane centring).
4. Enam Mod Pemanduan
  • Bergantung spesifikasi hingga enam mod pemanduan, iaitu: Normal, Eco, Slippery, Snow/Sand, Mud/Rut dan Tow/Haul.

Amarok (2023) bakal memasuki pasaran terpilih penghujung tahun ini sebelum menyusul negara lain.

BACA >>> #TahukahAnda: Volkswagen Sudah Bikin Kereta Elektrik Sejak 1972!
BACA >>> SUV Prestasi Tinggi, Volkswagen T-Roc R (2022) Lancar di Eropah, Harga RM222k

VOLKSWAGEN AMAROK AVENTURA:
Volkswagen Amarok 2023
VOLKSWAGEN AMAROK PANAMERICANA:

 

Roda4 Trak pikap Trak Pikap Mid-Size Trak Pikap Saiz Sederhana Volkswagen Volkswagen Amarok Volkswagen Amarok 2023 vw VW Amarok
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.