• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Dedah Foto Awal Amarok Baharu, Kongsi Platform Ford Ranger!

Volkswagen Dedah Foto Awal Amarok Baharu, Kongsi Platform Ford Ranger!

December 9, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

268
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Januari 2019 kami pernah melaporkan kerjasama Ford dan Volkswagen untuk mengeluarkan trak pikap dan van baharu.

Selepas hampir tiga tahun, kini muncul perkembangan terkini yang dimaklumkan selepas Ford memperkenalkan Ranger baharu pada 24 November lalu.

BACA >>> Ford dan VW Jalin Kerjasama, Bakal Bergabung Keluarkan Trak Pikap dan Van
BACA >>> Volkswagen Tarok Concept - Trak Pikap Serba Sederhana, Praktikal dengan Enjin 1.4L TSI!

Tidak lain tidak bukan adalah berita daripada Volkswagen Commercial Vehicles mengenai ketibaan Amarok baharu yang bakal diperkenalkan pada 2022. Cuma, siaran media tidak menyentuh mengenai kerjasama antara Ford dan Volkswagen kecuali Amarok dibangunkan di Australia dan Eropah.

Melihat foto luaran dikongsi, Amarok menggunakan identiti sendiri yang sinonim dengan kenderaan Volkswagen seperti rekaan lampu dan gril. Bukan setakat luaran, papan pemuka Amarok juga berbeza daripada Ranger.

Volkswagen sendiri memaklumkan Amarok generasi ketiga akan tampil dengan rekaan luaran dan dalaman baharu sepenuhnya. Selain itu, trak pikap itu dilengkapi lebih banyak teknologi bantuan pemanduan selain sistem konektiviti.

BACA >>> Sebab Sayang Sangat, Lelaki Minta Dikuburkan Bersama Trak Pikap

Lebih berani, Volkswagen memaklumkan Amarok akan dilengkapi ciri inovasi yang belum pernah dilihat dalam segmennya. Memang wajar Amarok mempunyai pelbagai ciri canggih kerana pemilik trak pikap sebegini turut menggunakan kenderaan jenis ini untuk meredah hutan konkrit selain saingan kompetitif trak pikap lain.

Mengenai trenkuasa, tiada maklumat diberikan dan menarik untuk diketahui jika Amarok berkongsi enjin dengan Ranger.

Amarok di pasaran sekarang sudah dikeluarkan sejak 2010 dan dikeluarkan di Hannover, Jerman sebelum berpindah ke Pacheco, Argentina. Amarok baharu pula dikeluarkan di Silverton, Afrika Selatan.

Dari segi jualan, Amarok sudah terjual lebih 800,000 unit serata dunia. Memandangkan pengguna Asean turut menggemari trak pikap sebegini, ramai pasti mengharapkan Volkswagen ada perancangan untuk memasarkan Amaron di rantau ini. Satu lagi ingin diketahui, adakah Amarok versi prestasi akan muncul seperti mana Ford menerusi Ranger Raptor?

BACA >>> Ford dan VW Jalin Kerjasama, Bakal Bergabung Keluarkan Trak Pikap dan Van
BACA >>> Volkswagen T-Roc Cabriolet (2022), SUV Unik dengan Bumbung Boleh Buka, Harga RM150k

268
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford, Ford Ranger, Roda4, Trak pikap, Volkswagen, Volkswagen Amarok, Volkswagen Commercial Vehicles, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my