Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»VinFast – Kereta Nasional Vietnam, dan Siapa di Sebalik Pengeluar Automotif Itu?
Roda4

VinFast – Kereta Nasional Vietnam, dan Siapa di Sebalik Pengeluar Automotif Itu?

Abang HirataBy Abang Hirata04/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA tentang sebuah syarikat mahu mengeluarkan kereta sendiri di Vietnam memang mengagumkan. Seperti biasa, ada yang kritis tentang projek itu, terutama sekali jika ia dari Asia Tenggara (Asean). Walaupun VinFast berjenama Vietnam, hakikatnya ia dimiliki firma swasta yang sudah lama terlibat dalam pelbagai perniagaan di negara itu.

Membuktikan kecekalan dan menidakkan komen pengkritik, VinFast tampil gah pada Pameran Motor Paris 2018 yang membuka tirai minggu ini. Mujurlah Proton pernah mempamerkan kenderaan di sana suatu masa lalu. Jika tidak, pasti VinFast menjadi pengeluar Asean pertama hadir ke sana.

Dua model dipamerkan VinFast ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sedan yang begitu pantas disiapkan. Siapakah sebenarnya di sebalik pengeluar baharu ini? Pasti bukan calang-calang.

Sekarang mari kami dedahkan tentang individu penting di sebalik pengeluar kereta nasional pertama Vietnam itu:

PENGENALAN

VinFast ialah subsidiari kepada Vingroup, iaitu syarikat milik persendirian terbesar Vietnam. Vingroup beroperasi sejak 25 tahun lalu dengan terlibat dalam pelbagai industri daripada hartanah hingga perniagaan konsumer. VinFast berhasrat mahu menjadi syarikat kelas dunia dan kini ialah jenama pertama dalam mencapai sasaran tersebut.

Kenderaan VinFast akan dikeluarkan di kompleks pengilangan seluas 335 hektar di Cat Hai, Hai Phong, utara Vietnam.

MODEL PERTAMA

VinFast memulakan langkah pertama dengan debut dua model: sedan dan SUV. Menariknya, kedua-dua model itu berada dalam segmen premium. Model sedan dikenali sebagai VinFast Lux A2.0, manakala SUV pula, Lux A S2.0. Menurut laporan Autocar  diasaskan daripada platform dan enjin BMW 5 series dan X5 generasi terdahulu yang dilesenkan.

VinFast turut bekerjasama dengan pelbagai lagi vendor antarabangsa lain seperti Magna Steyr, Bosch dan Siemens. Seperkara menarik mengenai kedua-dua model itu ialah ia direka Pininfarina berdasarkan undian rakyat Vietnam.

INDIVIDU PENTING DI SEBALIK VINFAST

  • Le Thi Thu Thuy – Pengerusi VinFast dan Naib Pengerusi Vingroup dengan lebih 22 tahun pengalaman dalam bidang kewangan dan industri hartanah.
  • James DeLuca – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) VinFast Trading and Production. Pernah berkhidmat 37 tahun dengan General Motors (GM) dan bertanggungjawab untuk 171 fasiliti pengeluaran di 31 negara.
  • Lê Thanh Hải – Naib Presiden Jualan. Berkhidmat hampir 20 tahun dalam industri automotf dan bekas Pengarah Jualan dan Jenama GM Vietnam.
  • David Lyon – Pengarah Rekabentuk. Mempunyai 28 tahun pengalaman dalam rekabentuk automotif di GM dengan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Rekabentuk Asia Pasifik.
  • Shaun Calvert – Naib Presiden Pengeluaran. Bekas Pengarah Sistem Pengilangan dan Sokongan GM di Jerman.
  • Kevin Fisher – Naib Presiden Kejuruteraan. Pernah menyandang jawatan kanan dalam bidang teknikal dan inovasi di GM, Tata Technologies dan Magna Steyr.
  • Roy Flecknell – Naib Presiden Perancangan dan Pengurusan Program. Mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dengan GM di Britain, Jerman, Rusia dan Asia.
  • David Beckham – Jika isterinya terlibat dalam pembangunan Range Rover Evoque, legenda bola sepak England dan Manchester United itu pula hadir ke pentas VinFast di Paris bagi mendedahkan model tersebut kepada umum. Strategi itu nyata berjaya dan jadi antara kempen pemasaran berkesan. Siapa yang tidak kenal Beckham?

RANCANGAN MASA DEPAN

Model pertama VinFast akan mula dihantar kepada pelanggan bermula September 2019. Selepas SUV dan sedan premium, VinFast akan melancarkan pula kereta bandar segmen A yang dilesenkan daripada GM. VinFast juga berhasrat mengeluarkan pelbagai jenis kederaan elektrik (EV) seperti kereta, bas dan skuter.

Auto Terkini Kereta Nasional Vietnam Pameran Motor Paris 2018 Pininfarina Roda4 Vietnam VinFast VinFast LUX A2.0 Sedan VinFast LUX SA2.0 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.