Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Vespa Sprint S 150 dan Primavera S Special Edition 150 Lancar di Malaysia
Auto Terkini

Vespa Sprint S 150 dan Primavera S Special Edition 150 Lancar di Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR rasmi jenama Vespa di Malaysia, Didi Resources Sdn Bhd memperkenalkan model Vespa Primavera S Special Edition 150 dan Vespa Sprint S 150. 

Kehadiran dua model baharu Vespa itu disasarkan buat pengguna aktif dan bergaya pelbagai peringkat umur dan jantina yang mahu tampil unik dan berbeza.

VESPA PRIMAVERA S SPECIAL EDITION 150

Edisi Istimewa ini menyerlahkan gaya sporty dan berani serta lincah. Kemasan menyerlah boleh dilihat menerusi stiker sporty kelabu terang/gelap yang berbeza dengan warna badan Orange Tramonto (jingga). Skuter itu kemudian digabungkan dengan pelana hitam bersama jahitan jingga dan pelindung hon dengan warna senada.

Di samping itu, kemasan kelabu boleh dilihat pada rim aloi 12-inci, panel dada serta frem depan dan belakang. Keselesaan tunggangan dalam bandar disokong oleh rim aloi aluminium 12-inci. Bahagian lampu depan dan belakang dipadankan dengan ciri LED bersama lampu siang (DRL) LED.

Skuter ini turut dilengkapi dengan sistem imobiliser dan brek cakera depan bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Seperti mana Primavera S, edisi spesial ini juga menawarkan port USB. Trenkuasa dipacu enjin 150cc iGet berkuasa 12.7hp @ 7,750rpm dan tork 12.8Nm @ 6,500rpm.

Setiap perincian dari ekzos hingga struktur dalaman ruangan transmisi direka untuk memberi perjalanan yang lancar, tenang dan selesa. Enjinnya benar-benar mesra alam, berprestasi serta penggunaan bahan bakar yang sangat rendah. Untuk keselamatan model itu dilengkapi dengan sistem anti-kecurian (Immobilizer) dan brek depan ABS. Turut tersedia slot pengecas USB untuk kemudahan isian bateri telefon pintar pada bila-bila masa.

Harga Vespa Primavera S Special Edition bermula dari RM18,300 dengan 2-pilihan warna menarik Orange Tramonto (Glossy) dan Gray Stile (Matt).

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Motosikal Biasa Guna Minyak Enjin Skuter?

VESPA SPRINT S 150

Vespa Sprint S 150  turut didatangkan dengan trenkuasa sama. Cuma model ini ditawarkan dalam tiga warna iaitu kuning, hitam dan putih dengan aksen merah pada hon dan rim berserta  pelekat sporty pada fairing sisi dan badan. Bahagian pelana juga diperbaharui supaya nampak lebih elegan.

Vespa Sprint S dibangunkan untuk mereka yang ingin tampil menarik menerusi pilihan warna badan Yellow Sole, Black Opaco dan White Innocenza serta warna popular Grey Materia.  Dengan keseluruhan badan yang diperbuat dari keluli, Vespa Sprint S 150 adalah yang pertama dari kelasnya yang dipadankan dengan rim 12-inci dan istimewa buat mereka yang lasak serta sering mengembara.

Vespa Sprint S 150 juga dipacu oleh enjin mesra alam i-Get empat lejang, satu-silinder dengan sensor barometrik untuk memastikan keseronokan, keyakinan dan kehebatan menunggang melalui jalan-jalan bandar yang sesak. Vespa Sprint S 150 hadir dijual pada harga bermula RM16,900.

BACA >>> Vespa Lancar Promosi Eksklusif Lazada untuk Primavera S 150 SE, Sprint S 150!

GALERI
Vespa Sprint S 150
Vespa Primavera S Special Edition 150
autoterkini Didi Resources Didi Resources Sdn Bhd roda2 Vespa Vespa Primavera S Special Edition 150 Vespa Sprint S 150
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Benz GLC Electric L dan CLA 260 L Lebih Panjang Untuk China

    28/04/2026
    Auto Terkini

    Jamal Zaman Kaus Menang Perodua Alza 1.5H Dalam Kempen ‘Belanja dan Menang’ PLUS

    28/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z Tampil Di China, Lebih 1,000 ps, 0-100 km/j Tak Sampai 2 Saat!

    28/04/2026
    Auto Terkini

    Hyundai Ioniq V Tampil Gaya Sporty, Jarak Lebih 600 km (CLTC)!

    27/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.