Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!
Aksesori

YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

SyafieBy Syafie21/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Helmet YOHE lancar di Malaysia

HODAKA Motoworld Sdn Bhd rasmi memperkenalkan jenama helmet motosikal YOHE ke pasaran Malaysia pada acara ‘YOHE + RS TAICHI Media Launch‘.

Walaupun baru memasuki pasaran tempatan, YOHE sebenarnya antara pengeluar helmet terbesar dunia dengan kapasiti pengeluaran jutaan unit setahun.

Setiap produk dibina menggunakan bahan berkualiti tinggi dan mematuhi pelbagai piawaian keselamatan antarabangsa seperti ECE R22.06, DOT, JIS, NBR dan CCC.

Pengarah Urusan Hodaka Motoworld, James Lim berkata, pelancaran ini selari misi syarikat untuk menawarkan perlindungan terbaik kepada penunggang pada harga mampu milik.

Empat Model Rasmi Lancar di Malaysia

1. YOHE 868-2

YOHE 868-2

Helmet jet atau muka terbuka generasi baharu itu menggabungkan praktikaliti dan perlindungan pada harga:

  • RM319 (tanpa grafik)
  • RM339 (dengan grafik)

Antara ciri utama helmet YOHE 868-2 adalah:

  • Visor besar 2.2mm untuk perlindungan seluruh muka
  • Visor matahari dalaman
  • Cengkerang ABS (XS – XXXL)
  • EPS ketumpatan pelbagai
  • Rating ECE R22.06
  • Dalaman boleh tanggal dan boleh basuh
  • Double D-ring dan sokongan interkom

2. YOHE 886

YOHE 886

Helmet muka terbuka gaya sport untuk kegunaan bandar dan touring prestasi tinggi pada harga berikut:

  • RM339 (solid)
  • RM379 (grafik)

Antara ciri utama YOHE 886 adalah:

  • Rekabentuk aerodinamik stabil kelajuan tinggi
  • Visor besar ditambah visor matahari terbina dalam
  • Direka khas mengikut bentuk kepala penunggang Asia
  • EPS pelbagai ketumpatan
  • Rating ECE R22.06 (homologasi E1 Jerman)
  • Dalaman hipoalergenik boleh tanggal
  • Double D-ring dan ruang interkom

3. YOHE P4

YOHE P4

Helmet modular (flip-up) dengan gabungan keselamatan dan keselesaan pada harga:

  • RM439 (tanpa grafik)
  • RM479 (dengan grafik)

Antara ciri utama YOHE P4 adalah:

  • Pensijilan P/J (full-face and jet)
  • bar dagu (chinbar) boleh dikunci terbuka
  • Sistem ventilasi termaju
  • Visor optik tahan calar ditambah visor matahari
  • EPS pelbagai ketumpatan
  • Rating ECE R22.06 (E1 Jerman)
  • Dalaman boleh tanggal dan sokongan interkom

4. YOHE FG102SV

YOHE FG102SV

Helmet modular advencer premium dengan binaan karbon pada harga RM1,199 (karbon penuh)

Antara ciri utama YOHE FG102SV adalah:

  • Cangkerang komposit gentian karbon 6K
  • Struktur pelbagai lapisan serap hentakan
  • Chinbar boleh dikunci
  • ECE R22.06
  • Dalaman ergonomik dan boleh basuh
  • Bukaan visor luas untuk penglihatan maksimum

Di mana Helmet YOHE Dijual?

Helmet YOHE buat masa ini boleh didapati di beberapa pengedar sah sekitar Lembah Klang seperti:

  • Mecinda Racing
  • NKS Motorsport Sdn Bhd
  • Rika Bike Shop
  • Vamanz Motowear
  • Soon Heng Bikers Sdn Bhd
  • Hodaka Motoworld Sdn Bhd

Hodaka Motoworld akan meluaskan rangkain jualan ke seluruh negara dalam masa terdekat.

Fokus Keselamatan, Harga Mampu Milik

Helmet YOHE lancar di Malaysia

Pelancaran itu menandakan komitmen Hodaka Motoworld Sdn Bhd dalam menawarkan helmet berkualiti tinggi pada harga lebih kompetitif.

Dengan pelbagai pilihan model, pengguna kini mempunyai alternatif baharu yang memenuhi standard keselamatan global tanpa perlu berbelanja tinggi.

Helmet YOHE lancar di Malaysia
aksesori Auto Terkini helmet Helmet Yohe Hodaka Motoworld Sdn Bhd topi keledar YOHE
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.