Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jamal Zaman Kaus Menang Perodua Alza 1.5H Dalam Kempen ‘Belanja dan Menang’ PLUS
Auto Terkini

Jamal Zaman Kaus Menang Perodua Alza 1.5H Dalam Kempen ‘Belanja dan Menang’ PLUS

SyafieBy Syafie28/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEORANG pengguna lebuh raya, Jamal Zaman Kaus muncul pemenang bertuah kempen ‘Belanja dan Menang’ apabila berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu Perodua Alza 1.5H bernilai hampir RM70,000.

Kempen ini dianjurkan PLUS Malaysia Berhad dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd bagi menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Galak Bayar Tanpa Tunai di Lebuhraya

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Nik Airina Nik Jaffar, kempen ini menyokong aspirasi negara ke arah ekonomi digital selaras dengan pelan MyDIGITAL menjelang 2030.

Sepanjang tempoh kempen, PLUS merekodkan peningkatan lebih 22 peratus dalam penggunaan pembayaran tanpa tunai menerusi platform seperti MyDebit dan DuitNow QR di kawasan R&R serta hentian sebelah.

Selain itu, hampir 98 peratus lokasi R&R dan hentian sebelah di lebuh raya PLUS kini telah menerima pembayaran tanpa tunai, menunjukkan penerimaan yang semakin meluas dalam kalangan pengguna.

Lebih 30,000 Penyertaan Direkod

Kempen ‘Belanja dan Menang’ berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2025 dan berjaya menarik lebih 30,000 penyertaan.

Peserta hanya perlu berbelanja minimum RM30 dalam satu hari menggunakan MyDebit atau DuitNow QR di mana-mana R&R atau hentian sebelah untuk layak menyertai cabutan bertuah.

Senarai Hadiah Menarik

Secara keseluruhan, kempen ini menawarkan hadiah bernilai lebih RM200,000, termasuk:

  • Hadiah utama: Perodua Alza 1.5H
  • Tempat kedua: Baucar petrol setahun bernilai RM5,000 (10 pemenang)
  • Tempat ketiga: Samsung Galaxy Z Flip 7 (3 pemenang)
  • Saguhati: Samsung Galaxy Tab (10 pemenang)
  • Hadiah bulanan: Baucar petrol RM200 hingga RM300

Komitmen ke Arah Lebuh Raya Pintar

Menurut Ketua Pegawai Komersial PayNet, Azrul Fakhzan Mainor, kerjasama bersama PLUS sejak 2022 telah mempercepatkan pendigitalan peniaga di R&R, termasuk pelaksanaan penuh DuitNow QR pada 2025.

Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan pengguna, malah membantu peniaga beroperasi dengan lebih efisien sambil menyokong peralihan ke arah ekosistem tanpa tunai sepenuhnya.

Auto Terkini Kempen Belanja dan Menang PLUS Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Perodua Alza 1.5H PLUS Malaysia Berhad
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.