
BOUSTEAD Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) mengumumkan 27 pemenang bertuah bagi peraduan ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’, sekali gus menutup tirai kempen yang berlangsung dari 1 Februari hingga 31 Mac 2026 di stesen-stesen BHPetrol seluruh Semenanjung Malaysia.
Majlis penyampaian hadiah berlangsung di Menara Surian, Petaling Jaya, dengan keseluruhan hadiah bernilai RM300,000 berjaya diagihkan kepada para pemenang yang layak.
Sepanjang tempoh peraduan, pelanggan yang menggunakan BHPetrol eCard dan melakukan pembelian minimum RM20 dalam satu transaksi, sama ada untuk bahan api atau barangan runcit, secara automatik layak menyertai cabutan peraduan tersebut.
Proton Saga, Yamaha Ego Avantiz, iPhone 17 Pro Jadi Hadiah Utama
Antara hadiah menarik yang ditawarkan menerusi kempen ini adalah:
- Hadiah utama: Proton Saga Executive + 200,000 ePoints untuk 4 pemenang
- Hadiah kedua: Yamaha Ego Avantiz + 100,000 ePoints untuk 4 pemenang
- Hadiah ketiga: iPhone 17 Pro + 50,000 ePoints untuk 3 pemenang
- Hadiah mingguan: Wang tunai RM2,500 untuk 16 pemenang
BHPetrol turut memaklumkan pemenang hadiah mingguan sudah diumumkan lebih awal menerusi laman web rasmi dan platform media sosial syarikat.
Hargai Kesetiaan Pelanggan
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Fardzi Shah Razali berkata, peraduan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha syarikat untuk menghargai pelanggan setia sambil memperkukuhkan pengalaman pelanggan di seluruh rangkaian stesen BHPetrol.
Menurut beliau, BHPetrol sentiasa komited menawarkan produk berkualiti, perkhidmatan cemerlang dan pengalaman pelanggan yang lebih selesa serta memuaskan.
Katanya lagi, program seperti ini bukan sahaja memberi ganjaran kepada pelanggan, malah menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia memilih BHPetrol sebagai stesen pilihan dalam urusan harian mereka.
Peranan Pengusaha Stesen Turut Dihargai
Dalam majlis sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengusaha stesen BHPetrol dan rakan strategik yang memainkan peranan penting dalam menjayakan kempen berkenaan.
BHPetrol menegaskan peraduan ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ merupakan antara inisiatif nilai tambah yang diperkenalkan bagi mengukuhkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan di seluruh negara.










