Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»#KLIMS2026: Perodua QV-E G+ Edition Dipertonton, Model EV Perodua Bakal Ada Bodykit Sendiri?
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Perodua QV-E G+ Edition Dipertonton, Model EV Perodua Bakal Ada Bodykit Sendiri?

SyafieBy Syafie12/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SELAIN memperkenalkan kereta konsep EV baharu C2 di Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026), Perodua turut menarik perhatian pengunjung menerusi penampilan Perodua QV-E G+ Edition, iaitu versi yang diberikan sentuhan lebih sporty dan premium menerusi pakej bodykit khas.

Walaupun Perodua masih belum mendedahkan harga rasmi atau tarikh pelancarannya, penampilan QV-E G+ Edition memberi bayangan bahawa syarikat automotif nasional itu sedang menyiapkan aksesori rasmi untuk barisan kenderaan elektrik (EV) masa depan mereka.

Sarat Komponen Karbon Fiber

Antara tarikan utama QV-E G+ Edition adalah penggunaan pelbagai komponen karbon fiber yang memberikan imej lebih agresif dan eksklusif.

Komponen yang dipadankan termasuk:

  • Bonet karbon fiber
  • Gril hadapan karbon fiber
  • Bampar hadapan karbon fiber
  • Bampar belakang karbon fiber
  • Fender karbon fiber
  • Penutup cermin sisi karbon fiber
  • Skirting sisi karbon fiber dengan logo G+
  • Spoiler belakang karbon fiber

Gabungan komponen tersebut bukan sahaja meningkatkan penampilan sporty, malah memberikan identiti yang lebih premium berbanding model standard.

Sistem Audio Dolby Jadi Tarikan

Selain perubahan luaran, QV-E G+ Edition turut menerima naik taraf pada sistem audio.

Speaker standard digantikan dengan sistem audio berjenama Dolby, yang dijangka menawarkan pengalaman hiburan dalam kabin yang lebih berkualiti dan imersif.

Walaupun spesifikasi lengkap sistem audio itu masih belum didedahkan, kehadiran jenama Dolby menunjukkan Perodua mula memberi perhatian kepada aspek pengalaman pengguna dalam kenderaan elektrik generasi baharu.

Mungkin Jadi Macam Gear-Up untuk Model EV?

Berdasarkan konsep yang dipamerkan, ramai menjangkakan pakej G+ Edition bakal berfungsi seperti aksesori rasmi Gear-Up yang ditawarkan pada model enjin pembakaran dalaman (ICE) Perodua ketika ini.

Jika benar, pelanggan EV Perodua pada masa hadapan mungkin boleh memilih pelbagai aksesori tambahan yang dibangunkan sendiri oleh Perodua untuk meningkatkan penampilan dan personalisasi kenderaan mereka.

Malah, terdapat kemungkinan pakej bodykit G+ ini akan diperluaskan kepada semua model EV Perodua yang bakal diperkenalkan pada masa akan datang.

Bodykit EV Perodua Kenderaan Elektrik (EV) KLIMS2026 Perodua Perodua QV-E G+ Edition
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.