Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mercedes-Benz GLC Electric L dan CLA 260 L Lebih Panjang Untuk China
Auto Terkini

Mercedes-Benz GLC Electric L dan CLA 260 L Lebih Panjang Untuk China

Abang HirataBy Abang Hirata28/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MERCEDES-Benz hadir di Auto China 2026 dengan memperkenalkan beberapa produk utama di antaranya penampilan sulung GLC Electric dalam dua konfigurasi eksklusif untuk pasaran China iaitu sebagai model lima tempat duduk dan enam tempat duduk.

Selain itu, Mercedes-Benz S-Class baharu serta Mercedes-Maybach S-Class turut membuat penampilan pertama di pameran motor di China, manakala model elektrik sepenuhnya CLA 260 L dilancar di secara rasmi.

Mercedes-Benz GLC Electric L – Jarak Roda Panjang

Mercedes-Benz memperkenalkan GLC Electric dalam varian jarak roda panjang (LWB) khusus untuk pasaran China.

Sebagai varian elektrik pertama untuk model GLC SUV, model ini dilengkapi teknologi dan ciri model jarak roda standard dengan tambahan rekaan lebih panjang yang disesuaikan untuk pelanggan di China.

Model ini mempunyai ukuran panjang 4,933 mm, lebar 1,902 mm, tinggi 1,710 mm dan jarak roda 3,027 mm, menjadikannya 55 mm lebih panjang berbanding model jarak roda standard.

Satu lagi yang baharu, Mercedes-Benz menawarkan pilihan dua kerusi individu mewah pada baris kedua, dan buat pertama kalinya, pilihan 6 tempat duduk ditawarkan.

Mutu Pemanduan Kelas Atas, AIRMATIC Seperti S-Class

Bagi memastikan mutu pemanduan setaraf dengan model kelas atasan, GLC Electric dilengkapi suspensi udara AIRMATIC seperti yang terdapat pada S-Class. Ia juga didatangkan dengan pembelokan gandar belakang dengan sudut pusingan 4.5 darjah.

Casis GLC Electric dilaras secara spesifik untuk pelanggan di China dan menampilkan hydraulic bushings eksklusif untuk pasaran tersebut, selain dioptimumkan bagi aspek kebisingan, gegaran dan kekasaran (NVH) mengikut kesesuaian pasaran setempat.

Interaksi Bahasa dan Dialek China 

Fungsi pintar khusus untuk pasaran China merangkumi sistem bantuan pemanduan navigasi yang mampu mengecam dan memilih lorong Kutipan Tol Elektronik (ETC) secara automatik bagi memudahkan urusan pembayaran tol di lebuh raya.

Dalam aspek interaksi manusia dan kenderaan, pasukan pembangunan di China telah membangunkan imej pembantu maya LittleBenz berasaskan model besar AI dan teknologi suara anthropomorphic yang menyokong interaksi dalam bahasa Inggeris atau bahasa Mandarin, termasuk dialek Kantonis dan Sichuan.

Ujian Ketahanan

Sebelum pelancaran, model ini telah menjalani lebih daripada 230 ujian pelanggaran kenderaan sebenar merangkumi konfigurasi lima dan enam tempat duduk, dengan sekurang-kurangnya 80 ujian pelanggaran dilakukan di China.

Ujian ketahanan pula meliputi hampir lima juta km pemanduan jalan raya sebenar di seluruh dunia termasuk 1.10 juta km di China.

Mercedes-Benz CLA 260 L Electric

CLA 260 L kini dilancarkan secara rasmi di pasaran China.

Model jarak roda panjang ini mempunyai ukuran panjang 4,763 mm, lebar 1,836 mm, tinggi 1,471 mm dan jarak roda 2,830 mm, menjadikannya 40 mm lebih panjang berbanding model jarak roda standard.

Model ini meneruskan evolusi rangkaian elektrik Mercedes-Benz dan mewarisi teknologi teras daripada kereta konsep VISION EQXX.

Ini termasuk penggunaan transmisi elektrik dua kelajuan yang direka untuk kecekapan maksimum. Dibina di atas seni bina MB.OS, CLA L menyepadukan Pembantu Maya Mercedes-Benz dengan ciri standard seperti bantuan navigasi lebuh raya, parkir pintar, dan track-retrace reverse.

Aspek keselamatan pasif pula diperkukuh dengan 11 beg udara sebagai ciri standard, termasuk beg udara tengah hadapan serta beg udara lutut untuk pemandu dan penumpang hadapan.

Spesifikasi Teknikal GLC Electric dan CLA 260 L

Mercedes-Benz GLC Electric

  • Panjang 4,933 mm, lebar 1,902 mm, tinggi 1,710 mm, jarak roda 3,027 mm (55 mm lebih panjang)
  • Konfigurasi 5 tempat duduk dan 6 tempat duduk
  • Suspensi udara AIRMATIC
  • Stereng gandar belakang 4.5 darjah
  • Hydraulic bushings eksklusif China
  • Pembantu maya LittleBenz (AI)
  • Sokongan tol ETC bersepadu

Mercedes-Benz CLA 260 L

  • Panjang 4,763 mm, lebar 1,836 mm, tinggi 1,471 mm, jarak roda 2,830 mm (40 mm lebih panjang)
  • Penggunaan tenaga 11 kWj setiap 100 km
  • Transmisi elektrik dua kelajuan
  • Sistem operasi MB.OS
  • 11 beg udara keselamatan termasuk beg udara lutut dan tengah
  • Bantuan navigasi lebuh raya dan track-retrace reverse standard

Mercedes-Benz CLA 260 L

Mercedes-Benz GLC L

Mercedes-benz Mercedes-Benz CLA Mercedes-Benz CLA 260 Mercedes-Benz CLA 260 L Mercedes-Benz GLC Mercedes-Benz GLC Electric L Mercedes-Benz GLC L
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.