Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam28/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Suzuki meterai MoU FLUX |

JENAMA Suzuki Cars Malaysia menerusi Naza Eastern Motors hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama platform langganan kenderaan FLUX bagi mempeluas akses kepada model Suzuki menerusi konsep langganan kenderaan di Malaysia.

Kerjasama strategik itu menjadikan Suzuki Fronx dan Suzuki Jimny AllGrip Plus sebagai dua model pertama ditawarkan di platform FLUX, sekali gus memberikan pilihan lebih fleksibel kepada pengguna selain kaedah pembelian atau pinjaman konvensional.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 dan pelancaran kerjasama tersebut, FLUX turut menawarkan diskaun sehingga 69 peratus untuk bulan pertama dan bulan terakhir langganan terpilih.

Suzuki Mahu Peluas Akses Pemilikan, FLUX Permudah Mobiliti

Suzuki meterai MoU FLUX |

Kerjasama itu dimeterai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Naza Automotive Group, Mohd Rizal Jailan (dua dari kiri), Ketua Pegawai Operasi (COO) Suzuki Cars Malaysia, Sivakumar Krishnan, Pengasas dan CEO FLUX, Aziz Ayman (dua dari kanan), dan Pengarah Komersial FLUX, Christine A.

Mohd Rizal berkata, pemilikan kenderaan masih menjadi pilihan utama ramai rakyat Malaysia, tetapi permintaan terhadap penyelesaian mobiliti yang lebih fleksibel semakin meningkat.

Menurutnya, melalui kerjasama itu, pelanggan yang belum bersedia membeli kenderaan secara terus masih ada pilihan menikmati pengalaman memiliki Suzuki melalui langganan bulanan.

Malah perkhidmatan FLUX juga akan diperkenalkan di bilik pameran Suzuki bagi membantu pelanggan memahami konsep langganan sebelum buat keputusan.

Langganan Bulanan Tanpa Deposit, Insurans dan Kos Servis

Suzuki meterai MoU FLUX | Suzuki Jimny
Suzuki meterai MoU FLUX | Suzuki Fronx

FLUX menjelaska,n model langganan kenderaan semakin mendapat perhatian pengguna, dengan kajian pasaran menunjukkan lebih 60 peratus pembeli kereta di Malaysia kini terbuka kepada alternatif langganan berbanding pembiayaan pinjaman.

Melalui pelan itu, pelanggan tidak perlu menyediakan wang pendahuluan, membayar premium insurans tahunan atau menanggung kos penyelenggaraan tidak dijangka. Semua kos tersebut digabungkan dalam satu bayaran bulanan tetap, selain pelanggan turut menerima kenderaan ganti (courtesy car) percuma jika diperlukan.

FLUX akan menguruskan aspek seperti cukai jalan, insurans, penyelenggaraan dan susut nilai,  sekali gus membolehkan pelanggan hanya menikmati pengalaman pemanduan.

Diskaun 69 Peratus Sempena Hari Kebangsaan

Bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-69, FLUX menawarkan promosi khas berupa diskaun 69 peratus untuk bulan pertama dan bulan terakhir bagi pelan langganan terpilih selama 24 – 36 bulan, sah sehingga 6 September 2026.

Di bawah promosi itu, Suzuki Fronx 1.5 Hybrid 2025 yang lazim berharga RM2,225 sebulan kini boleh dilanggan pada kadar promosi RM690 untuk bulan pertama dan terakhir, dengan penjimatan keseluruhan sebanyak RM3,070.

Logo FLUX

Sementara itu, Suzuki Jimny AllGrip Plus 2026 dengan yuran langganan biasa RM3,278 sebulan ditawarkan pada kadar RM1,016, sekali gus memberikan penjimatan hingga RM4,524.

Pelanggan berminat boleh membuat tempahan terus melalui laman web FLUX atau mendapatkan maklumat lanjut di semua bilik pameran rasmi Suzuki Cars Malaysia seluruh negara.

Suzuki meterai MoU FLUX |
Suzuki meterai MoU FLUX |
Suzuki meterai MoU FLUX |
Suzuki meterai MoU FLUX |
Suzuki meterai MoU FLUX |
Suzuki meterai MoU FLUX |
Suzuki meterai MoU FLUX |
Suzuki meterai MoU FLUX |
Suzuki meterai MoU FLUX | Suzuki Fronx
Suzuki meterai MoU FLUX |
Suzuki meterai MoU FLUX | Suzuki Jimny
Suzuki meterai MoU FLUX |
Suzuki meterai MoU FLUX |
Suzuki meterai MoU FLUX |
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini Diskaun FLUX Flux Langganan kereta NAZA Automotive Group Suzuki Cars Malaysia Suzuki Fronx Suzuki Jimny AllGrip Plus
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.