• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Bolehkah Motosikal Biasa Guna Minyak Enjin Skuter?

#TahukahAnda: Bolehkah Motosikal Biasa Guna Minyak Enjin Skuter?

May 28, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA dua jenis minyak enjin motosikal di pasaran, iaitu automatik (seperti skuter) dan manual (selain skuter, seperti sportbike, kapcai). Apakah perbezaan dua jenis minyak enjin tersebut? Adakah kedua-dua motosikal automatik (AT) dan manual (MT) menggunakan jenis minyak enjin yang sama?

Sebagai maklumat, motosikal MT dan AT memiliki sistem transmisi berbeza. Motosikal MT menggunakan sistem klac basah yang mana komponen transmisi sentiasa direndam minyak. Sebaliknya motosikal AT menggunakan sistem klac kering.

BACA >>> CEO Modenas: ZX-25R CKD Belum Muktamad, Supermoped Kena Tunggu 2-3 Tahun!

Sistem Klac Motosikal AT
Sistem Klac Motosikal MT

Soalannya, bolehkah kedua-dua jenis motosikal itu saling menggunakan minyak enjin masing-masing yang berbeza?

1. Guna Minyak Enjin Auto untuk Motosikal MT

Jika motosikal MT menggunakan minyak enjin auto, anda berisiko mengalami simptom klac gelincir (slip clutch). Ini kerana minyak enjin auto diformulasikan untuk mengurangkan geseran komponen enjin seminimum mungkin supaya operasi kerja enjin jadi lebih ringan dan cekap bahan api.

Jawapannya, TIDAK BOLEH.

2. Guna Minyak Enjin Manual untuk Motosikal AT

Kebanyakan motosikal AT pula menggunakan klac kering kerana sistem transmisi daripada jenis CVT. Jadi fungsi utama minyak enjin auto adalah untuk melindungi dalaman enjin. Jadi tiada masalah jika minyak enjin manual digunakan pada motosikal AT.

Jawapannya, DIBOLEHKAN.

BAGAIMANAKAH BEZAKAN MINYAK ENJIN AUTO DAN MANUAL?

Selepas mengetahui adakah minyak enjin manual selamat digunakan untuk motosikal AT, dan sebaliknya, pemilik skuter atau motosikal AT kini pasti tidak bimbang lagi kerana kenderaan anda tidak akan terjejas. Namun bagi pemilik motosikal MT, anda perlu lebih berhati-hati ketika memilih minyak enjin.

Bagaimanakah mengetahui perbezaan dua jenis minyak enjin tersebut?

1. Baca Kod pada Label Botol
Minyak enjin motosikal manual - JASO MA
Minyak enjin skuter - JASO

Cara paling mudah, lihat kod Pertubuhan Standard Automotif Jepun (JASO). Kod ini menunjukkan kandungan molibdenum dalam minyak enjin auto yang digunakan untuk menambah tahap pelinciran. Sebaliknya minyak enjin manual menggunakan kod JASO MA yang mengandungi bahan aditif  untuk klac.

1L_Advance_4T_AX7_10W_40
minyak-enjin-sportbike

Jika motosikal MT menggunakan minyak enjin auto, geseren gear akan jadi kasar kerana tiada bahan aditif tersebut. Namun, minyak enjin motosikal masa kini sudah siap dilabelkan imej jenis motosikal (lihat foto atas). Jadi, pengguna tidak perlu keliru lagi.

2. Lihat Kelikatan Minyak

Kita juga boleh membezakan minyak enjin auto atau manual dengan melihat tahap kelikatan minyak. Minyak enjin manual lebih likat berbanding auto. Ini kerana minyak enjin manual bekerja untuk melindungi dan melincirkan klac, termasuk juga enjin. Sebaliknya, minyak enjin auto lebih cair kerana tujuan utamanya adalah melindungi komponan enjin sahaja.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Risiko Jika Sengaja Lambatkan Tukar Minyak Enjin Motor?
BACA >>> Dua Maut Bergaduh Pasal Motor

SUMBER: Suzuki.co.id

Artikel Berkaitan

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: minyak enjin, Minyak Enjin Motosikal, Minyak Pelincir, Pertubuhan Standard Automotif Jepun (JASO), tahukah anda

Comments

  1. Am says

    November 4, 2020 at 12:02 PM

    Terima kasih atas penerangan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
    Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my