Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»CEO Modenas: ZX-25R CKD Belum Muktamad, Supermoped Kena Tunggu 2-3 Tahun!
Auto Terkini

CEO Modenas: ZX-25R CKD Belum Muktamad, Supermoped Kena Tunggu 2-3 Tahun!

Brader ShawnBy Brader Shawn23/02/20202 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS menayangkan model Kawasaki Ninja 250 ABS dengan label Modenas pada fairing kepala, ramai juga tertanya tentang ZX-25R. Adakah sportbike 4-silinder tersebut juga termasuk dalam projek Modenas-Kawasaki?

Mengenai projek CKD untuk model Modenas-Kawasaki, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata, model usahasama dua pengeluar itu akan mula berada di pasaran Malaysia bermula penggal kedua tahun ini, dimulakan dengan Ninja 250 ABS.

“Projek CKD itu akan menggunakan komponen keluaran syarikat tempatan kira-kira 50 peratus,” katanya.

Menurutnya, kerjasama Kawasaki Heavy Indusries (KHI) dan DRB-HICOM bukan hanya melibatkan pegangan saham dalam Modenas sahaja,  tetapi turut membabitkan manfaat yang akan diperoleh pengeluar motosikal nasional itu menerusi pemindahan teknologi, perkongsian ilmu dan kepakaran dari Jepun.

Mengenai ZX-25R pula, Roslan berkata, perkara itu belum dimuktamadkan lagi  dan masih dalam perbincangan kedua-dua pihak. Cuma apa yang dapat disahkan setakat ini ialah debut Ninja 250 ABS di bawah label Modenas.

Modenas Ninja 250 ABS akan menggunakan trenkuasa patuh Euro4, iaitu model lebih maju berbanding Ninja 250 versi Euro3 yang ada di pasaran Malaysia. Malaysia juga khabarnya akan menjadi satu-satunya negara Asena yang mendapat unit spesifikasi Euro4.

Malah menurut Roslan, unit yang ditayangkan sempena majlis pelancaran Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020, Jumaat lalu adalah moden yang dihantar KHI dari Jepun. Sportbike itu tiba di Malaysia Selasa minggu lalu, dan Modenas cuma ada masa dua hari persiapan sebelum dipamerkan kepada umum.

SUPERMOPED BELUM MATI!

Kami juga tidak lupa bertanya mengenai projek supermoped yang sentiasa dinantikan peminat permotoran tempatan sejak sekian lama. Roslan berkata, projek itu memang masih ada dalam perancangan Modenas.

Tumpuan awal perlu diberikan kepada produk Modenas-Kawasaki kerana KHI sudah ada kepentingan dalam Modenas.

Bagaimanapun, itu bukan alasan supermoped dikuburkan. Kami perlukan masa dan supermoped itu akan muncul dalam dua atau tiga tahun lagi.”

– ROSLAN ROSKAN, CEO Modenas

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada supermoped itu akan menerima teknologi Kawasaki, Roslan memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan sama ada membenarkan atau menidakkan. Jadi, segalanya ada kemungkinan.

Auto Terkini Kawasaki Kawasaki Heavy Industries (KHI) kawasaki ninja 250 abs Kawasaki Ninja ZX-25R KHI Modenas Modenas Ninja 250 ABS Roslan Rokan Roslan Roskan super moped modenas Supermoped
Brader Shawn

Artikel Berkaitan

Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Tambah 46,000 Tiket ETS, EMUPlus Sempena Tahun Baru Cina

13/02/2026
Auto Terkini

LEKAS Aktif ‘Smart Lane’ Mula Hari Ini, Tangani Kesesakan Waktu Puncak

13/02/2026

2 Comments

  1. Alson P on 16/03/2020 10:39

    Teruskan usaha Modenas…
    Bangunkan supermoped 250cc single silinder…
    Medenas juga boleh merancang untuk bangunkan hypermoped 350cc / 450cc untuk pasaran akan datang..
    Supermoped EV lebih relevant untuk jangka masa panjang kehadapan…
    Modenas – Kawasaki boleh menguasai pasaran dua roda

    Reply
  2. SENUSI B.OSMAN on 29/04/2020 01:43

    PENUNGGU SEDANG MENUNGGU MOPED 150CC KELUARAN DARIPADA PIHAK MODENAS. MINTA PENCERAHAN

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.