• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Risiko Jika Sengaja Lambatkan Tukar Minyak Enjin Motor?

#TahukahAnda: Apakah Risiko Jika Sengaja Lambatkan Tukar Minyak Enjin Motor?

May 21, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

5.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTOSIKAL ialah antara medium pengangkutan yang sering jadi pilihan pengguna bandar untuk bergerak ke tempat kerja. Selain menjimatkan kos petrol bulanan, motosikal juga lebih pantas kerana dapat mengelak kesesakan trafik.

Namun, jangan pula ambil mudah urusan penyelenggaraan atau servis. Paling penting ialah menggantikan minyak enjin setiap kali sampai perbatuan 1,500-4,000km.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Fakta Minyak 2T dan Motosikal 2-Lejang yang Perlu Anda Tahu

APA JADI KALAU LAMBAT GANTI MINYAK?

tukar-minyak-enjin-motosikal-1
tukar-minyak-enjin-motosikal-2

Setiap pengeluar mencadangkan tempoh selamat atau ideal menggantikan minyak enjin ialah apabila mencapai jarak perbatuan 1,500-4,000km. Seandainya melebihi had maksimum daripada tempoh masa ditetapkan sebenarnya masih boleh dimaafkan tetapi jangan kerap diamalkan dengan jarak toleransi sekitar 500-1,000km sahaja.

Jika melebihi jarak itu, motosikal anda perlu segera ditukarkan minyak enjin baharu. Disebabkan sudah melebihi had dicadangkan, anda perlu buat servis khusus, termasuklah pemeriksaan seluruh komponen enjin.

Jika diabaikan, banyak kesan buruk yang akan terjadi, seperti:

  1. Kerosakan komponen dalaman yang lebih teruk. Malah boleh menyebabkan anda perlu 'menurunkan' enjin untuk dibaik pulih @ overhaul, dan ini melibatkan kos jauh lebih mahal.
  2. Minyak enjin yang mengalami degradasi akan membuatkan prestasi enjin merosot seperti kuasa yang semakin berkurangan dan daya kilas yang lemah.
  3. Penggunaan petrol yang kuat dan ini sudah tentu merugikan, tidak setara prestasi motor yang optimum.
  4. Enjin mudah panas dan berisiko menyebabkan situasi piston bengkok yang menyebabkan motosikal perlu di-overhaul.

BACA >>> Jangan Tahu Tuang Sahaja, Ketahui Fakta Penting Minyak Pelincir Motosikal Anda

Jika mengambil kira segala risiko yang perlu anda lalui akibat terlambat menukar minyak enjin, ia memang sangat merugikan. Jadi tiada pilihan lain melainkan tukar saja minyak enjin motosikal anda mengikut selang servis sepatutnya. Jangan lupa gunakan minyak enjin berkualiti tinggi, sama ada mengikut gred ditetapkan atau direkomen pengeluar.

Hati-hati dengan minyak enjin tiruan di pasaran.

SUMBER: Suzuki.co.id

Artikel Berkaitan

5.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, minyak enjin, Minyak Enjin Motosikal, minyak hitam, roda2, servis, Servis Motosikal, TahukahAnda, tukar minyak hitam

Comments

  1. Null says

    November 14, 2021 at 2:49 PM

    Kalau saya servis motor baru saya pada 1200km boleh ke?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my