• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Maut Bergaduh Pasal Motor

Dua Maut Bergaduh Pasal Motor

January 28, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

539
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUA lelaki maut gara-gara sebuah motosikal dalam insiden pergaduhan di depan stesen minyak di Batu 31, Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Machang, semalam.

Dua beradik, termasuk seorang anggota tentera antara lapan suspek yang ditahan pihak polis bagi membantu siasatan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, semua suspek berusia antara 23 hingga 39 tahun dan ditahan sekitar Machang.

BACA >>> Awas Taktik Baru Perompak Bermotosikal! Tunjuk, Henti dan Samun

Kes Gaduh Kelantan (2)
Kes Gaduh Kelantan (1)

“Semua direman hingga 2 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Pada masa sama, polis masih mengesan dua lagi saksi bagi membantu siasatan,” katanya.

Berdasarkan siasatan awal, pergaduhan itu melibatkan dua kumpulan terdiri daripada antara 10 hingga 12 individu kerana tidak berpuas hati disebabkan satu kumpulan merampas sebuah motosikal kumpulan lain dan berlaku sedikit khianat terhadap kenderaan berkenaan.

Hasanuddin berkata, dua kumpulan itu bergaduh pada jam 12.30 malam hingga menyebabkan dua lelaki berusia 39 dan 40 tahun maut, manakala seorang lagi berusia 40-an parah dan kini sedang dirawat di Hospital Machang.

gaduh-machang-2
gaduh-machang-3
gaduh-machang-4
gaduh-machang-1

Menurutnya, polis turut merampas senjata seperti pisau lipat, pedang dan batang kayu yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan terbabit.

Selain itu, dua kereta jenis Perodua Myvi turut dirampas kerana dipercayai digunakan untuk melanggar seorang mangsa hingga maut. Justeru, beliau berharap mana-mana pihak yang kebetulan berada di lokasi kejadian supaya tampil memberi maklumat kepada polis bagi menyelesaikan kes berkenaan.

Sebarang maklumat mengenai kes diminta menghubungi Pegawai Turus D9 IPK Kelantan, Deputi Superintendan Basar Salam di talian 019-982-3320 atau mana-mana balai polis berdekatan.

BACA >>> Lelaki Timbus Kereta Makwe dengan Tanah Kerana Geram Cintanya Ditolak

SUMBER: HMetro

Artikel Berkaitan

539
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Hasanuddin Hassan, Gaduh, jenayah, Perodua Myvi, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Kelantan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
    Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
  • #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
    #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
  • Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
    Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
  • Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'
    Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my