• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Vespa Lancar Promosi Eksklusif Lazada untuk Primavera S 150 SE, Sprint S 150!

Vespa Lancar Promosi Eksklusif Lazada untuk Primavera S 150 SE, Sprint S 150!

May 14, 2020 By AI Leave a Comment

39
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DIDI Resources melancarkan promosi eksklusif untuk dua model Vespa edisi 2020, iaitu Sprint S 150 dan Primavera S 150 Special Edition.

Tawaran eksklusif ditawarkan itu adalah pratempahan model Vespa baharu serendah RM60 menerusi portal beli-belah atas talian Lazada. Pelanggan yang membuat tempahan layak menerima kemeja-T rasmi Vespa dan percuma aksesori Vespa bernilai RM700 percuma, terdiri daripada pelapik lantai, rak lantai, belakang dan depan.

Tawaran promosi tersebut sah hingga 31 Mei ini dan boleh ditebus menjelang 30 Jun.

red-orange-vespa
Vespa Primavera S 150 Special Edition_4
vespa-primavera-s150-special-edition-1
Vespa Primavera S 150 Special Edition_2
Vespa Primavera S 150 Special Edition_1

Vespa Primavera S 150 Special Edition ditawarkan dalam warna jingga dan kelabu. Kemasan kelabu gelap dapat dilihat pada rim, panel dada, frem depan dan belakang. Bahagian roda dilengkapi dengan rim aluminium 12-inci. Bahagian lampu depan dan belakang dipadankan dengan ciri LED bersama lampu siang (DRL) LED.

Skuter ini turut dilengkapkan sistem imobiliser dan brek cakera depan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Seperti mana Primavera S, edisi spesial ini juga disediakan port USB. Trenkuasa dipacu enjin 150cc iGet berkuasa 12.7hp @ 7,750rpm dan tork 12.8Nm @ 6,500rpm.

BACA >>> #BikinMotor: Vespa Primavera Gaya American Muscle untuk Ekstra Garang!

Vespa Sprint S_5
vespa-sprint-s-150-1
vespa-sprint-s-150-2
Vespa Sprint S_1
Vespa Sprint S_2

Vespa Sprint S 150 pula turut didatangkan dengan trenkuasa sama. Cuma model ini ditawarkan dalam tiga warna menyerlah, iaitu kuning, hitam dan putih dengan aksen merah pada hon dan rim berserta  pelekat sporty pada fairing sisi dan badan. Bahagian pelana juga diperbaharui supaya nampak lebih elegan.

Seiring karakter remaja, skuter ini didatangkan dengan lampu depan bentuk petak dengan rim aluminium 12 inci dan sistem lampu LED.

BACA >>> Didi Resources Ambil Alih Operasi Vespa di Malaysia
BACA >>> Suzuki Bakal Perkenal Skuter Elektrik Mampu Milik, Gambarajah Paten Didedahkan

39
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, Didi Resources, Lazada, skuter, skuter Vespa, Vespa, Vespa Primavera S 150 Special Edition, Vespa Sprint S 150

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my