Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam17/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda CBR150R Stealth Edition 2026

PENGEDAR rasmi motosikal  Honda di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) mengukuhkan barisan sportbike jenama itu dengan memperkenalkan varian baharu Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026 dalam warna Black (hitam).

Selepas kemunculan edisi khas CyberRoar tahun lalu, varian kali ini menampilkan imej lebih gelap, garang dan matang.

Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026

Jika sebelum ini CBR150R sinonim dengan liveri Trico, varian Stealth Black nampak lebih minimalis, tetapi masih ada aura sportbike yang kuat.

Rekaan Lebih Gelap, Lebih Agresif

Honda CBR150R Stealth Edition 2026

Apa yang terus mencuri perhatian ialah kemasan hitam kusam yang memberikan karakter lebih taktikal dan premium. Tanpa kemasan berkilat, garisan fairing aerodinamik dan bentuk agresif CBR150R 2026 kini nampak lebih menyerlah.

Gaya tersebut sesuai buat penunggang yang mahukan gaya lebih stealth, dan masih mahukan motosikal yang nampak sporty atas jalan.

Enjin 150cc Berkuasa 16.1hp, 13.7Nm

Honda CBR150R Stealth Edition 2026

Di sebalik rupa baharu, spesifikasi mekanikal Honda CBR150R Stealth Edition 2026 kekal sama dan masih antara yang kukuh dalam kelas 150cc dengan spesifikasi berikut:

  • Enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 149.2cc DOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api elektronik PGM-FI
  • Output kuasa 12.0kW (16.1hp) @ 9,000rpm, dan tork 13.7Nm @ 7,000rppm
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan jenis multiplat basah
  • Dilengkapi ciri bantuan klac antigelincir Assist & Slipper Clutch (ASC) untuk pertukaran gear lebih lancar, dan mengurangkan loncatan roda belakang ketika menurunkann gear agresif
  • Tinggi pelana 788mm
  • Berat kerb 137kg

Suspensi USD, Tangki 12 Liter

Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026

Dari segi casis, Honda CBR150R Stealh Edition 2026 masih mengekalkan fork terbalik (USD) dalam kemasan emas di depan, dan monoshock Pro-Link (belakang).

Setup itu bukan saja nampak premium, tetapi turut membantu kestabilan bahagian depan dan memberi raspons lebih baik ketika melayan selekoh.

Tayar jenis tiubles 100/80 – 17 M/C (52P) di depan, dan 130/70 – 17 M/C (62P) di belakang, serta dilengkapi sistem brek cakera tunggal depan dan belakang yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Kapasiti tangki bahan api 12 liter, direka untuk ergonomik tunggangan yang lebih selesa sambil mengekalkan kecekapan aerodinamik.

Ciri Keselamatan Lengkap

Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026

Seperti biasa, Honda juga mengekalkan aspek keselamatan seperti:

  • ABS dwi-saluran (kedua-dua roda)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Sistem lampu LED penuh
  • Panel meter digital penuh

Ciri itu turut menyumbang kepada rating 5-bintang diberikan Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP), yang cukup penting untuk pembeli muda dan penunggang harian.

Harga Honda CBR150R Stealth Black 2026 Malaysia

Honda CBR150R Stealh Edition 2026 bersama pilihan Tricolor Black dan Silver, ditawarkan pada harga RM13,399, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Sportbike aras mula itu akan mula berada di semua pengedar sah Honda Impian X seluruh negara bermula 16 April 2026.

BsH turut menawarkan waranti pengilang dua tahun [2] atau 20,000km, mana satu tiba dahulu.

Secara keseluruhan, edisi Stealth Black memang nampak lebih segar dan antara pilihan paling menarik kepada penunggang yang mahukan CBR150R dalam imej lebih matang dan lebih ganas atas jalan.

Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Boon Siew Honda Boon Siew Honda (BSH) Honda CBR 150 R Black Stealth Honda CBR 150R Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP) roda2 Sportbika 150cc sportbike Sportbike 150 warna baru cbr 150r
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    03/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4
    Sukan Permotoran

    Qabil Irfan Raih 13 Mata di Barcelona, Azam Lebih Agresif di Portugal

    26/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.