Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Prius (2023) Debut di Jepun dengan Pilihan Enjin Hibrid 2.0L, Boleh Cas Guna Solar
Roda4

Toyota Prius (2023) Debut di Jepun dengan Pilihan Enjin Hibrid 2.0L, Boleh Cas Guna Solar

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA baru saja mempamerkan Toyota Prius (2023) serba baharu yang didatangkan dalam dua varian: hibrid (HEV) yang bakal dilancarkan musim sejuk tahun ini, dan Plug-in Hybrid (PHEV) menjelang musim bunga 2023.

Secara am, Toyota Prius (2023) serba baharu menjalani proses rekaan semula untuk memperhalusi gaya dan menambah baik prestasi pemanduan berkonsepkan ‘Hybrid Reborn’. Misi Toyota adalah mencipta kereta yang akan terus dipandu dan disukai si pemilik.

BACA >>> Pemandu Toyota Prius Kena Saman Pasang Piring Satelit Atas But Demi WiFi
BACA >>> Toyota Predator Prius (2021) – Kereta Hibrid yang Dibikin untuk Pemburu Binatang

Ini Prius generasi kelima yang dihasilkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) generasi kedua. Turut diwarisi ialah siluet unik monoform daripada model terdahulu.

Toyota kembali semula kepada kertas lakaran sebelum memulakan proses pembangunan Prius serba baharu dengan misi, model baharu itu perlu mampu kekal popular untuk 25 tahun akan datang.

Toyota Prius (2023) serba baharu ditawarkan di Jepun dan akan berada di Amerika Utara, Eropah dan negara lain dalam masa terdekat. Berikut perincian model itu:

WARNA

Ada lapan pilihan warna ditawarkan, termasuk dua warna asas baharu: Ash (kelabu) dan Mustard (kuning) untuk menyerlahkan gaya sporty.

REKABENTUK

  • Meneruskan siluet signatur monoform Toyota Prius.
  • Rekabentuk badan menawan dikatakan mampu mengekalkan populariti Toyota Prius pada masa akan datang.
  • Pusat graviti (CoG) lebih rendah dengan saiz rim 19 inci.
  • Rupa depan mirip yu tanduk untuk mencapai tahap tinggi imbangan antara fungsi dan gaya.
  • Rekabentuk belakang menggabungkan kombinasi lampu belakang horizontal.
  • Prius didatangkan dengan bumbung panoramik boleh buka penuh.
  • Varian Toyota Prius PHEV disediakan sistem pengecas kedua berasaskan solar yang membantu menukar tenaga solar kepada elektrik dan mampu menghasilkan kuasa pemanduan sejauh 1,250km setiap tahun.
  • Badan Toyora Prius lebih tegar kerana menggunakan platform TNGA generasi kedua.
  • Sistem suspensi strut MacPherson dan double wishbone (belakang) untuk kestabilan lebih baik atas laluan lurus dan responsif di selekoh.

KABIN

  • Berkonsep ‘arkitektur pulau’ untuk mengurangkan stres dengan ruang kabin lebih selesa menerusi rekaan kokpit untuk membantu memudahkan fokus pemandu ketika memandu.
  • Ruang kabin hitam dengan aksen kontras pada papan pemuka, sulaman kerusi dan tombol gear.
  • Kluster instrumen buat kali pertama menggunakan sistem amaran bercahaya Toyota, dengan papan pemuka memaparkan amaran kelipan sebelum mengeluarkan amaran bunyi jika mengesan ancaman objek. Ini kerana Toyota mengintegrasikan teknologi Toyota Safety Sense (TSS) bersama papan pemuka.

TRENKUASA

Sistem hibrid generasi baharu Toyota Prius (2023) kini lebih cekap penggunaan tenaga yang terdiri daripada dua jenis, iaitu;

2.0L Hibrid Plug-In (PHEV)

  • Trenkuasa 2.0L pertama Toyota untuk sistem PHEV bagi daya pecutan lebih baik, termasuk menambah baik redaman bunyi bising berbanding model terdahulu.
  • Menawarkan kuasa 164kW (220hp) dengan kecekapan penggunaan tenaga sama seperti model sebelumnya.
  • Pecutan 0-100kmj dalam masa 6.7 saat.
  • Jarak pemanduan menggunakan kuasa elektrik kini 50 peratus lebih tinggi daripada model lama.
  • Ada pilihan mod My Room Mode untuk penumpang menikmati penyaman udara dan sistem audio menggunakan bekalan kuasa luaran dengan menghidupkan butang kuasa ketika proses mengecas bateri.
  • Pek bateri kini diletakkan bawah tempat duduk belakang dan bukan lagi di ruang but, sekali gus membantu menurunkan pusat graviti yang membolehkan lebih banyak barang disimpan.
2.0L dan 1.8L Series Parallel Hybrid

  • Menggunakan enjin Dynamic Force dan varian 2.0L menawarkan output kuasa 144kW (190hp), iaitu 1.6 kali lebih tinggi berbanding varian 1.8L.
  • Sistem terbaharu E-Four menawarkan prestasi mendaki bukit lebih baik, terutama atas permukaan licin dan memberikan kestabilan lebih baik ketika membelok.
  • Toyota tidak berkongsi maklumat mengenai trenkuasa 1.8L.

TOYOTA SAFETY SENSE (TSS)

Pakej TSS kini diberikan standard untuk semua varian Toyota Prius (2023) serba baharu. Malah keupayaan mengesan objek turut dipertingkat untuk keselamatan pengguna.

Toyota Prius (2023) juga dilengkapi ciri Advanced Park (kini dengan fungsi kawalan jauh) yang memudahkan kereta diparkir automatik. Malah kereta ini boleh dikawal masuk atau keluar parkir sendiri walaupun pemandu berada luar kereta dengan akses dibuat menggunakan aplikasi mobil.

Ada kamera monokular depan dan belakang untuk Digital Inner Mirror yang berfungsi sebagai perakam pemanduan. Data dirakam disimpan dalam unit kawalan elektronik (ECU) untuk mengelak insiden data rosak atau masalah lain berkaitan kad SD.

BACA >>> #BikinKereta: Tuner Jepun Perkenal Pakej Kit Badan Ferrari FF untuk Toyota Prius
BACA >>> Toyota Hentikan Pengeluaran Prius C untuk Beri Laluan Kepada Corolla Hybrid
BACA >>> Toyota Prius C Tampil Versi Ranggi Ala Crossover
BACA >>> 10 Kereta Paling Laris di Jepun Setakat Penggal Pertama 2016, Toyota Prius Laku Keras

Abstract empty, modern, wide concrete walls hallway room with indirekt ceiling light and ceter wall – industrial interior background template, 3D illustration
Hybrid Reborn Plug-in Hybrid (PHEV) Prius HEV Roda4 Toyota Prius 2023 Toyota Prius Hybrid Toyota Prius Plug-in Hybrid (PHEV)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    13/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.