• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Toyota Predator Prius (2021) - Kereta Hibrid yang Dibikin untuk Pemburu Binatang

Toyota Predator Prius (2021) - Kereta Hibrid yang Dibikin untuk Pemburu Binatang

April 26, 2021 By Shawkath Leave a Comment

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENGKEL kustom dari Texas, Amerika Syarikat (AS) mencipta kejutan dengan mengubah suai kereta hibrid Toyota Prius menjadi kenderaan khas buat golongan pemburu haiwan.

Starwood Customs yang berpangkalan di bandar Dallas, Texas menamakan jentera pemburu hibrid itu sebagai 'Predator Prius' dengan misi ‘mencipta kejutan’. Kereta hibrid seperti Prius ini pastinya sesuai untuk kerja memburu kerana memiliki enjin senyap yang sesuai dengan karakter seorang pemburu.

Modifikasi utama dilakukan adalah memotong bahagian belakang dan but bagi menjalankan kerja-kerja binaan platform pemburuan. Ini termasuk membina frem baharu dengan kerusi dan tapak bagi menempatkan senjata berburu.

Rupa depan Prius menerima beberapa pengubahsuaian seperti platform datar dan bar pelindung besar di depan gril, serta ditambah alatan win (winch) untuk kegunaan menunda. Bampar depan turut ditanggalkan dan dipasangkan plat pelindung besar untuk mengelakkan kerosakan bawah enjin ketika melalui permukaan jalan off-road.

 

Bumbung Prius dipasangkan rak simpanan tayar ganti, dan turut dilengkapkan lampu LED bagi meningkatkan tahap pencahayaan untuk kerja-kerja memburu di kawasan gelap dan kurang cahaya dalam hutan.

Tayar jenis dadu tebal dan rim baharu buatan Method Race Wheels dipasangkan pada Predator Prius ini untuk meningkatkan daya traksi ketika meredah laluan berpasir atau rumput basah ketika memburu. Kereta hibrid urban ini menggunakan warna Sarge Green Starwood Signature (hijau lumut).

Tiada maklumat dikongsikan mengenai trenkuasa hibrid asal kereta tersebut yang mungkin ditala semula untuk disesuaikan dengan persekitaran lebih mencabar.

BACA >>> #BikinKereta: Tuner Jepun Perkenal Pakej Kit Badan Ferrari FF untuk Toyota Prius
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Kereta Hibrid yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Kajian: Toyota Prius Jadi Jenama Kereta Paling Banyak Kemalangan di UK

SUMBER : TheDrive | Facebook

Artikel Berkaitan

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: Starwood Customs, Toyota Predator Prius, Toyota Prius Texas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my