Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiada Lagi ‘Tinted’ Cikai, Kena Ada Logo SIRIM Bermula 1 Julai 2020
Auto Terkini

Tiada Lagi ‘Tinted’ Cikai, Kena Ada Logo SIRIM Bermula 1 Julai 2020

Han OthmanBy Han Othman21/06/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INI berita baik buat pengguna, dan mungkin berita buruk buat sesetengah tauke kedai filem gelap aka tinted kereta. Kerajaan bakal menguatkuasakan Garis Panduan Pematuhan Standard Filem Penghadang Haba Kenderaan bermula 1 Julai tahun depan, iaitu lebih kurang setahun dari sekarang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta pihak industri supaya mematuhi garis panduan tersebut secara sukarela bermula sekarang sebelum ia dikuatkuasakan sepenuhnya nanti.

Menurut Saifuddin, keputusan penyediaan garis panduan itu dibuat selepas mengambil kira impak positif yang mana pengguna dapat memilih filem penghadang haba kenderaan berkualiti dan memilik logo SIRIM.

BACA >>> FAQ: Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019 [Edisi Mudah Faham]

KREDIT FOTO: Luqman Hakin Zubir, HMETRO

Sementara itu, pensijilan dan pelabelan serta QR kod akan dikuatkuasakan apabila perintah mandatori dikeluarkan melalui punca kuasa perundangan di bawah Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 dalam tempoh setahun iaitu 1 Julai tahun depan.

Kerajaan turut mengesyorkan pihak industri terutama pengimport dan pengedar supaya mendapatkan pensijilan dan pengujian terhadap filem penghadang haba mengikut standard MS2669 sebelum dibekalkan ke pasaran Malaysia.

Walaupun garis panduan belum mandatori, Saifuddin menegaskan yang pihak industri masih tertakluk kepada undang-undang sedia ada mengenai penandaan maklumat berkaitan pada label filem penghadang haba kenderaan yang sedang berkuatkuasa iaitu Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Perlindungan Pengguna 1999 serta Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, mana-mana pengeluar, pengimport atau pembekal yang melekatkan label atau kod QR palsu tidak sah SIRIM boleh dikenakan tindakan. Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM100,000 bagi persendirian atau RM250,000 bagi syarikat atau penjara tidak lebih tiga tahun.

Sebelum terlupa, kuatkuasa 1 Julai 2020 tau, bukan bulan depan!


KOMEN KAMI

Takkanlah benda yang bagus kita tak nak sokong? Dah tentu tinted ada SIRIM ini bagus dan sebagai pengguna, kita mesti kena sokong.

Mungkin ada keliru, macam mana pula kalau kita pasang tinted  yang tak ada cop SIRIM? Penjelasan kami, tak ada masalah pun, cuma kita tak dapatlah jaminan sama ada had ketelusan cahaya kereta kita lepas JPJ atau tidak. Kalau tinted belakang mungkin tak ada masalah (sebab boleh gelap sepenuhnya), tapi kalau tinted depan, kena tanggunglah risiko tak lepas peratusan ditetapkan.

BACA >>> Tiada Had Ketelusan Cermin Belakang Kekal

Lagi satu, lepas ni tak adalah kena tipu lagi kononnya tinted jenama tertentu tu mahal sampai beribu ringgit sebab kualiti bagus dan diimport, padahal ada je tinted murah tapi dapat cop SIRIM juga.

aksesori Auto Terkini Cermin Gelap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail filem gelap Filem Penghadang Habar Garis Panduan Pematuhan Standard Filem Penghadang Haba Kenderaan Solar Tinted tinted
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
Auto Terkini

BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

14/07/2026

1 Comment

  1. Alson on 23/06/2019 19:22

    Komen saya… Baguslah ada logo sirim.. tetapi bagi kebanyakan mereka yang tinted DIY, akan kekal memilih tinting murah tanpa logo sirim.. filem tinting DIY deketahui sangat murah, semurah rm30 untuk saiz 100cm x 600cm.. cukup untuk sebuah kereta…
    Jika tinted murah DIY dipasang dengan betul dan kereta tidak ditinggalkan di bawah cahaya matahari secara terus… Tinted DIY murah juga boleh tahan boleh tahan lama bertahun²

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.