• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Had Ketelusan Cermin Belakang Kekal

Tiada Had Ketelusan Cermin Belakang Kekal

May 9, 2019 By Abang GYL 1 Comment

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bertegas mengekalkan peraturan baharu cermin gelap yang diumumkan, baru-baru ini walapun menerima pelbagai kritikan dan pandangan.

Anthony Loke dalam satu sidang media menyatakan penetapan peraturan baharu cermin gelap itu juga mengikuti piawaian antarabangsa.

“ Sebelum membat keputusan, kami sudah mengambil kira semua aspek termasuklah menepati peraturan piawaian antarabangsa.

“ Cermin sisi depan masih dihadkan kepada 50 peratus, manakala cermin depan, 70 peratus ketelusan cahaya seperti sebelum ini. Manakala tiada had ditetapkan bagi kadar ketelusan cahaya untuk cermin sisi penumpang belakang, termasuk cermin belakang untuk kenderaan persendirian.

“ Sekarang ini banyak kes kereta ‘recond’ MPV dan SUV dari Jepun tidak lepas pemeriksaan PUSPAKOM akibat cermin gelap di belakang. Jadi, ramai terpaksa membayar RM800 untuk ‘menyewa’ cermin semata-mata mahu melepasi PUSPAKOM.

“ Itu isu yang sering timbul dan kami mahu selesaikan masalah ini. Tetapi kami tidak hanya menetapkan kenderaan MPV dan SUV saja dibenarkan mengguna cermin gelap sebaliknya terbuka untuk semua jenis kenderaan persendirian,” katanya.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Kerajaan Caj RM5k untuk Cermin Gelap Atas Faktor Keselamatan

AMBIL KIRA SEMUA FAKTOR

Berhubung tidak mendapat persetujuan pihak Polis, Anthony Loke yakin apa yang telah ditetapkan sebelum ini sudah mengambil kira semua pihak.

Tambah Anthony, pihaknya menghormati semua pandangan termasuk pihak Polis. Tetapi dengan adanya penetapan undang-undang baharu ini, pihaknya yakin ia dapat mengurangkan kecurian dalam kereta terutamanya bagi MPV dan SUV.

Dalam pada itu, sejak dari 2011 - 2017, sebanyak 17,186 permohonan cermin gelap diluluskan. Dengan adanya peraturan baharu ini, jika semua permohonan ini perlu bayar RM5,000, kerajaan akan menjana pendapatan RM85 juta.

Bagi mereka yang telah mendapat kelulusan pada kerajaan terdahulu, ia perlu memohon semula jika sudah tamat tempoh.

BACA >>> FAQ: Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019 [Edisi Mudah Faham]

BACA >>> Polis Tidak Setuju, Terkilan dengan Peraturan Baharu Cermin Gelap

Artikel Berkaitan

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, bayaran cermin gelap, Caj Cermin Gelap, Cermin Gelap, peraturan cermin gelap, peraturan tinted, permohonan cermin gelap, tinted kereta, undang cermin gelap

Comments

  1. Velpaier says

    May 9, 2019 at 5:57 PM

    Keter recond tu asalnya dari maker, bukan tinted. Bukan semua ada, gred tertentu yg ada, namanya privacy glass.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
  • #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!
    #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my