Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»TGR Festival 3.0: Shawn Lee, Tengku Djan Mula Petak Pertama untuk Aksi Final Hari Ini!
Auto Terkini

TGR Festival 3.0: Shawn Lee, Tengku Djan Mula Petak Pertama untuk Aksi Final Hari Ini!

Han OthmanBy Han Othman10/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BANDAR Malaysia buat kali pertama menganjurkan aksi perlumbaan jalanan terpantas dalam siri perlumbaan Toyota GAZOO Racing Festival dan Toyota Vios Challenge dan pasti memberikan cabaran sukar buat mereka yang takutkan kelajuan.

Jarak 1.96km menjadikan trek Bandar Malaysia sebagai terpantas dan terpanjang pernah dibina untuk siri perlumbaan ini, terdiri daripada 20 selekoh dan dua laluan panjang hingga 600 meter. Kelajuan tinggi itu bagaimanapun meningkatkan risiko kemalangan apabila ramai kalangan pelumba terpaksa berundur awal kerana menghentam pengadang konkrit.

TGR Festival 3.0: Syafiq Kyle, Ain Edruce Dapat Lampu Hijau untuk Vios Challenge!

KELAS PROMOTIONAL

Kategori paling popular ini melibatkan kalangan pelumba selebriti yang mana pemuzik beat boxer, Shawn Lee berjaya merebut kedudukan petak pertama selepas mendahulu 20 pusingan perlumbaan, disusuli aktor Shukri Yahaya dan Nabil Ahmad.

Ketiga-tga pelumba atasan itu berada dalam kelas tersendiri apabila menjarakkan diri jauh dari kelompok pelumba belakang.

“Saya sangat sukakan trek ini. Ia betul-betul laju,” kata Shawn yang menamatkan saingan 2.2 saat di depan Shukri.

Selebriti yang menamatkan pusingan kelayakan di tempat keempat ialah Diana Danielle, diikuti Khai Bahar, kelima. Aktor Syafiq Kyle pula terbabit dalam kemalangan di lap ke-10 apabila jentera dipandunya merempuh tembok konkrit.

Pertembungan keenam dan ketujuh berlangsung sengit antara Wany Hasrita (atas kiri) dan Nabila Razali

“Hari ini sangat sukar buat saya, tapi syukur saya dapat atasi cabaran. Saya suka trek ini tetapi saya mesti akui ia sangat rumit,” kata Nabila.

Model, Ain Edruce pula menamatkan aksi di kedudukan kelapan, tetapi akan bermula di grid ke-10 pada final hari ini kerana terbabit kemalangan.

Berikut keputusan 5 terbaik kelas Promotional

PROMOTIONAL
  1. Shawn Lee
  2. Shukri Yahaya
  3. Nabil Ahmad
  4. Diana Danielle
  5. Khai Bahar

KELAS SPORTING

Kelas Sporting melibatkan pelumba amatur yang mana Tom Goh (S&D Tama Motorsports) meraih petak pertama musim ini, mendahului lawannya Adam Khalid (Crestmax Motorsports) di tempat kedua dan Hayden Haikal (S&D Motorsports), ketiga yang baru berusia 15 tahun!

Berikut keputusan 5 terbaik kelas Sporting:

SPORTING
  1. Tom Goh (S&D Tama Motorsports)
  2. Adam Khalid (Crestmax Motorsports)
  3. Hayden Haikal (S&D Motorsports)
  4. Bradley Benedict (Dream Chaser)
  5. Vincent Ng (Team Fokus Tetap)

KELAS SUPER SPORTING

Kelas perlumbaan ini pula melibatkan pelumba profesional dan sudah tentu perhatian banyak bertumpu kepada pelumba selebriti, Tengku Djan Ley (foto atas tengah) daripada pasukan 23 Motors yang melengkapkan 20 pusingan sejak bermula dari petak pertama hingga garis penamat.

Di belakang Tengku Djan ialah Mark Darwin (Laser Motor Racing) dengan jarak cuma 2 saat, manakala ketiga Freddie Ang (Telegamas Toyota).

Kereta saya rasa bguas sepanjang perlumbaan dan saya dapat kekalkan kelajuan konsisten. Saya cuma kekal fokus untuk dapatkan jarak selesa hingga tamat. Trek Bandar Malaysia ini lebar dan ini membolehkan pelumba ambil banyak garis berbeza untuk menyerang di selekoh dan mengekor rapat pelumba lawan,” kata Tengku Djan.

Berikut keputusan 5 terbaik kelas Super Sporting:

SUPER SPORTING
  1. Tengku Djan (Ley 23 Motors)
  2. Mark Darwin (Laser Motor Racing)
  3. Freddie Ang (Telagamas Toyota)
  4. William Ho (Toyotsu Racing)
  5. Brendon Lim (Tedco Racing)

RACE 2 AKA FINALE BERMULA HARI INI

Race 2 bermula harI ini dengan enam pelumba teratas akan memenuhi petak utama berdasarkan keputusan kelayakan Race 1, semalam.

Pengunjung yang datang ke TGR GAZOO Festival dan Toyota Vios Challenge bukan saja dapat menyaksikan perlumbaan serba mendebarkan, tetapi juga berkesempatan menikmati banyak aktiviti dan acara menarik di Bandar Malaysia. Antaranya pameran kenderaan Toyota, sesi pandu uji, persembangan drift daripada pelumba profesional Jepun, konsert, acara Beyblade untuk kanak-kanak, cabaran simulator perlumbaan, dan jualan barangan dan aksesori menarik.

Pengunjung juga berpeluang melihat sendiri model sport terbaharu Toyota GR Supra secara langsung!

Masuk adalah PERCUMA, bermula jam 9 pagi hingga 6 petang ini. Siapa yang dekat tu boleh cepat-cepat pergi! Ayuhhh!!!

GALERI
Auto Terkini sukan permotoran Toyota Toyota Gazoo Racing Festival Toyota Vios Challenge Trek Bandar Malaysia z
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
Auto Terkini

BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

14/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.