• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / TGR Festival 2019: Syafiq Kyle, Ain Edruce Dapat Lampu Hijau untuk Vios Challenge!

TGR Festival 2019: Syafiq Kyle, Ain Edruce Dapat Lampu Hijau untuk Vios Challenge!

September 4, 2019 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS sebulan melakukan latihan intensif, aktor Syafiq Kyle dan aktres Ain Edruce diberikan lampu hijau untuk berentap dalam siri perlumbaan jalanan premier Malaysia, Toyota Vios Challenge yang menjadi acara utama Toyota GAZOO Racing (TGR) Festival musim ketiga.

Dua selebriti muda itu akan melakukan debut untuk kelas Promotional dalam pusingan pertama Toyota Vios Challenge yang dijadualkan berlangsung di Kuala Terengganu pada 6-7 September ini.

BACA >>> TGR Festival Musim ke-3 Panaskan Trek Kuala Terengganu 6 September Ini!

Aksi pusingan pertama itu akan berlangsung di trek jalanan binaan khas sepanjang 1.65km  di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, terdiri daripada kalangan pelumba selebriti, amatur dan profesional yang mewakili tiga kategori berbeza, Promotional, Sporting dan Super Sporting.

Ada 10 selebriti tempatan disahkan berlumba dalam kategori Promotional, seperti aktres Diana Danielle, juga sebagai juara bertahan dan pelumba senior yang sudah berlumba untuk tiga musim berturut-turut.

Selebriti lain yang turut serta ialah aktor Shukri Yahaya, pemuzik Shawn Lee, aktres Janna Nick, pelawak Nabil Ahmad, dan penyanyi Khai Bahar, Nabila Razali, dan Wany Hasrita.

BACA >>> Ramai Tak Sangka Lelaki Ini Jadi Pelumba Toyota untuk Berentap di Nürburgring

Toyota GAZOO Racing (TGR) Festival dan Toyota Vios Challenge akan bermula pada Jumaat, 6 September jam 9 pagi hingga Sabtu,  7 September, dan masuk adalah PERCUMA!

tgr-festival-2019-vios-challenge-1
tgr-festival-2019-vios-challenge-2
tgr-festival-2019-vios-challenge-3
tgr-festival-2019-vios-challenge-4
tgr-festival-2019-vios-challenge-5

“Ia pengalaman yang hebat dan saya banyak belajar sepanjang sesi latihan, daripada memahami garis perlumbaan (racing line) yang betul, kenal pasti titik membrek (braking point), gunakan gear betul ketika membelok, bagaimana hendak pertahankan garis perlumbaan hingga bagaimana untuk kekal tenang dan fokus ketika memandu di bawah tekanan," kata Ain, 28.

Sementara itu Syafiq Kyle, 27, berkata, walaupun cukup bersedia untuk berdepan cabaran akan datang, tetapi dia percaya aspek paling mencabar dalam perlumbaan nanti akan mula dirasai pada saingan pertama di litar jalanan.

"Ada sesuatu yang saya perlu hati-hati dengan mengambil kira semua latihan di litar lumba yang mana banyak kesilapan masih boleh dimaafkan. Di litar, tiada ruang untuk kesilapan. Sekali terlanggar dinding konkrit dan kita akan terus tersingkir daripada perlumbaan," katanya.

BACA >>> TGR Batu Kawan Penuh Aksi Dramatik, Diana Danielle Juara Kategori Promotional

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ain Edruce, Auto Terkini, sukan permotoran, Syafiq Kyle, TGR Festival, TGR Malaysia, Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival, Toyota Vios, Toyota Vios Challenge, Vios Challenge

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my