Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Tayar Kenderaan Elektrik Lebih Cepat Haus
Auto Terkini

#TahukahAnda: Tayar Kenderaan Elektrik Lebih Cepat Haus

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/03/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KENDERAAN elektrik (EV) semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna Malaysia, didorong dengan ketibaan pelbagai model dan jenama dari China. Tidak lupa juga Tesla yang membantu menambah lagi bilangan EV di jalan raya awam.

Berdasarkan kenyataan Zero Emissions Vehicle Association (ZEVA) bulan lalu, Malaysia mencatat jualan sebanyak 13,257 unit kenderaan EV tahun lalu. Ini menandakan ada sekurang-kurangnya 16,763 unit kenderaan EV di jalan raya tempatan.

Kenderaan EV sememangnya ‘diangkat’ sebagai kenderaan masa hadapan yang membawa lebih banyak manfaat kepada alam sekitar, tidak memerlukan bahan api fosil selain menawarkan kos penyelenggaraan lebih rendah.

Bagaimanapun, ada sebilangan pemilik mula sedar tayar kenderaan EV mereka lebih cepat haus berbanding tayar kenderaan biasa.

Perkara itu sudah diakui Michelin dengan menyatakan tayar kenderaan EV lebih cepat haus iaitu 20 peratus lebih tinggi berbanding tayar kenderaan pembakaran dalaman (ICE).

MENGAPA TAYAR EV CEPAT HAUS

Tayar kenderaan EV direka dengan mengutamakan corak bunga tayar, kompaun getah dan busa serapan bunyi. Ini membantu tayar EV mencapai ‘kecekapan tenaga lebih baik, mengurangkan rintangan dan lebih senyap’.

Bagaimanapun, kenderaan EV juga menawarkan hantaran tork lebih cepat ke roda dan membolehkan pecutan pantas dari titik pegun.

Ini menjadikan pemanduan EV lebih seronok tetapi meningkatkan stress pada tayar pada masa sama meningkatkan geseran atas tar yang mempercepatkan kadar haus tayar.

Kenderaan EV penuh yang didatangkan bersama pek bateri adalah lebih berat berbanding kenderaan ICE. Ada laporan menyatakan purata berat pek bateri sahaja hampir 450 kilogram. Model ‘Long-Range’ atau ‘High-End’ mungkin lebih berat kerana menggunakan pek bateri lebih besar.

SUMBER: News Nation

autoterkini Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 tayar EV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.