Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Benarkah Coca-Cola dan Kereta Bersahabat Baik?
Autotainment

#TahukahAnda: Benarkah Coca-Cola dan Kereta Bersahabat Baik?

Han OthmanBy Han Othman02/10/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA mungkin sudah biasa dengar tentang kegunaan Coca-Cola sebagai agen pencuci tandas yang murah dan efisien. Tapi tahukah anda, Coca-Cola juga ialah sahabat baik kereta anda yang boleh digunakan untuk melakukan banyak tugasan mencuci seperti:

1. BUANG KARATAN TERMINAL BATERI

coke-terminal-bateri
Karatan terminal bateri adalah berupa serdak atau habuk yang berwarna keputihan. Kadangkala berselaput minyak atau gris akibat pelindung terminal bateri yang digunakan. Cara mencucinya ialah cuma tuang Coca-Cola atas terminal bateri dan biarkan lebih kurang 30 saat hingga 1 minit. Gosok menggunakan berus gigi untuk kesan lebih cepat. Ulangi tuangan beberapa kali hingga dapat hasil diidamkan.

Tapi ingat, jangan sesekali guna semula berus gigi yang digunakan jika tidak mahu keracunan serdak bateri.

2. CUCI CERMIN KERETA

cermin-depan-kotor
Bagi kereta yang lama tidak dicuci dan lebih-lebih lagi kereta tersadai, memang agak sukar menghilang debu yang melekat pada cermin depan. Sudahnya, anda akan pergi cuci kereta dan minta si ané guna chemical yang boleh merosakkan cat. Sebenarnya ada cara lebih murah dan mudah. Beli setin Coca-Cola dan jirus atas cermin depan. Biarkan buih-buih karbonat mencuci kotoran cermin kereta anda. Selepas 30 saat atau seminit, bilaslah dengan air putih bagi mengelak melekit.

Sesuai juga dilakukan pada hari hujan. Jirus Coca-Cola atas cermin di bawah mana-mana teduhan sebelum pandu kereta meredah hujan. Ucapkan terima kasih kepada hujan kerana sudi membilas cermin depan kereta anda dengan percuma.

BACA >>> #TahukahAnda: Senggara Bateri Kereta Cara DIY

3. TANGGALKAN DAKI ENJIN & RIM

cuci-rim-coke
Jangan tak tahu enjin dan rim kereta juga boleh dicuci menggunakan Coca-Cola. Cuma ulang langkah ini; Tuang-Tunggu-Berus-Bilas. Bagi tugasan ini, Coca-Cola bersaiz besar (1.5L) mungkin diperlukan untuk penjimatan lebih ekonomi.

4. KILATKAN KEMASAN KROM

cuci-krom-coke
Kereta hari ini memang banyak kemasan krom seperti gril bampar, cermin sisi, lampu kabus, but belakang dan lain-lain. Ya, Coca-Cola boleh mengilatkan semula semua kemasan krom tersebut. Kenapa perlu membazir beli wax sedangkan ia cukup dilakukan dengan setin Coca-Cola dan digosok menggunakan kerajang aluminium (aluminium foil). Kalau tidak habis digunakan, anda boleh saja tuang air gas itu ke tekak anda. Sesekali biarlah perut anda dicuci pula.

5. LONGGARKAN NAT & SKRU

nat-karat
Hah, nak buka skru tapi ketat sangat? Guna saja Coca-Cola macam penyembur WD40. Hmm, murah dan mudahkan? Boleh saja digunakan untuk melonggarkan seluar yang ketat. Ok, yang last ini gurau saja. Jangan nak serius sangat!

BACA >>> #ApaNakBuat: Bateri Mati? Jangan Risau, Hidupkan Kereta Anda Dengan Tali dan Jek

autotainment Coca-Cola Coke cuci kereta berkesan cuci kereta guna Coca-Cola cuci terminal bateri kegunaan Coca-Cola penyenggaraan kereta tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

19/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.