• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Bateri Mati? Jangan Risau, Hidupkan Kereta Anda dengan Tali dan Jek

#ApaNakBuat: Bateri Mati? Jangan Risau, Hidupkan Kereta Anda dengan Tali dan Jek

October 16, 2016 By AO 1 Comment

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BATERI kereta mati? Tiada jumper? Badan pula kurang vitamin untuk tolak kereta? Jangan bimbang, anda belum lagi cukup malang. Apa yang diperlukan ialah tali dan jek kereta di belakang but!

Anda mungkin tahu serba serbi tentang kereta, tetapi anda belum tentu tahu apa yang ditunjukkan lelaki bernama Denny dalam video di bawah ini - menghidupkan kereta menggunakan jek dan tali. Ya, jek dan tali!

Kereta diletakkan dalam gear satu dan kunci dalam posisi 'run', sebelah tayar depan Denny dijek dan tali dililit mengelilinginya. Dia kemudian menarik tali yang melilit tayar keretanya ke hadapan. Aksi yang dilakukan tidak ubah seperti menghidupkan enjin mesin rumput atau bot tambang. Hasilnya, kereta dapat dihidupkan.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tanda Minyak Enjin Kereta Anda Kena Tukar Cepat!

PENJELASAN MEKANIKAL

Dari segi mekanikal, apa yang dilakukan Denny ialah tentang simulasi kereta sedang ditolak. Dengan roda pacuan berpusing dalam gear, piston mula bergerak yang menghasilkan cukup mampatan untuk enjin membakar. Apabila kereta mula hidup, alternator boleh mula mengecas semula bateri.

Bagaimanapun, seperti dijelaskan Denny, trik berkenaan cuma berhasil pada kereta manual saja, dan enjin kecil lebih bagus. Ini mungkin mampatan lebih mudah dihasilkan daripada enjin bersesaran kecil. Kereta pula mesti diferensial terbuka bagi memastikan kuasa enjin dihantar kepada roda kurang rintangan ketika satu daripada roda itu sudah dijek. Kereta pula sepatutnya boleh digerakkan ke depan, atau trik itu berkemungkinan besar tidak menjadi.

BACA >>> #TahukahAnda: Tidak Perlu Gelabah Kereta Rosak, Insurans Memang Sediakan Servis Tunda Kenderaan

Apapun, harap pembaca semua tidaklah sampai kepada tahap terdesak begini. Minta saja bantuan orang ramai atau rakan terdekat jika kereta perlu ditolak. Ataupun, telefon saja pihak insurans dan minta mereka hantarkan bateri baharu. Tahu ke tak tahu tu?

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, bateri kereta mati, kereta tidak dapat dihidupkan, tip automobil, tip hidupkan kereta habis bateri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?
    #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my