Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 5 Tanda Minyak Enjin Kereta Anda Kena Tukar Cepat!
Autotainment

#TahukahAnda: 5 Tanda Minyak Enjin Kereta Anda Kena Tukar Cepat!

Han OthmanBy Han Othman22/03/20195 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBAIK saja memegang kunci kereta, tanggungjawab paling penting perlu diingat ialah tukar minyak enjin. Enjin dan minyak memang tidak dapat dipisahkan dalam dunia kenderaan berenjin. Kita sebagai pemandu sepatutnya sudah sedia maklum dengan asas penyenggaraan ini.

Faktanya, bukan hanya minyak enjin yang perlu ditukar. Tetapi, manfaat sebenar di sebalik tanggungjawab menukar minyak enjin ialah sebagai tempoh masa bertenang untuk kita mengetahui dan memantau kondisi semasa kereta. Ini secara tidak langsung membantu memanjangkan jangka hayat kenderaan.

Minyak enjin melakukan tiga fungsi kritikal: membersihkan, melincirkan dan menyejukkan komponen dalaman enjin, sekali gus menghalang kerosakan berlaku. Bagaimanapun, perlindungan diberikan itu mempunyai had masa tertentu dan ia perlu diganti bagi memastikan minyak enjin digunakan kekal bersih, dan berada pada paras kandungan ditetapkan dan mematuhi kelikatan disarankan pengeluar.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Tukar Minyak Enjin Mineral ke Sintetik, atau Sebaliknya?

Ada lima tanda yang menunjukkan minyak enjin kereta anda perlu ditukar:

1. ENJIN MERAGAM, SAMA ADA BISING ATAU GEGAR

Apabila minyak enjin kurang atau kotor, ia tidak dapat melakukan tugas pelinciran dan penyejukan komponen dengan bagus. Ini membuatkan komponen logam bergesel dan berbunyi bising, serta akhirnya menyebabkan kegagalan enjin. Isu panas lampau (overheating) juga boleh berlaku.

Segera menggantikan minyak enjin mungkin dapat membantu menyelesaikan semua masalah itu.

2. TERHIDU BAU TERBAKAR

Jika anda terhidu bau terbakar dalam kabin, itulah tanda amaran yang menunjukkan enjin sedang mengalami masalah panas lampau dan minyak sedang terbakar dalam sistem ekzos. Simptom ini datang bersama asal kelabu atau kebiruan yang keluar dari paip ekzos. Sikap mengabaikan simptom ini boleh menyebabkan kerosakan serius ke atas kereta anda, dan berisiko menyebabkan enjin terbakar.

Jadi, sebaik saja mengesai simptom di atas, sila periksa tanda-tanda kebocoran dan segera gantikan minyak enjin.

3. MINYAK WARNA HITAM BERKILAT

Minyak enjin bersih biasanya berwarna coklat. Selepas lama digunakan ia akan bertukar semakin gelap dan kemudian menjadi hitam sepenuhnya akibat kotoran dan bendasing daripada enjin pembakaran dalaman.

Apabila memeriksa minyak enjin, pastikan tidak hanya perharikan paras minyak, tetapi juga tahap kejernihan. Jika ia cair dan gelap, itu antara tanda minyak enjin perlu ditukar.

BACA >>> Mitos atau Fakta? Isi Minyak ketika Enjin Dihidupkan Tidak Bahaya?

4. LAMPU TEKANAN MINYAK @ ALADDIN MENYALA

Apabila lampu amaran tekanan minyak / oil pressure warning  (juga dipanggil lampu Aladdin) menyala pada panel meter, itu bermakna enjin anda kini bergerak dengan kuantiti minyak enjin yang sedikit. Kadangkala ia muncul bersama lampu enjin @ ‘check engine’), itu juga boleh jadi isyarat kepada masalah enjin secara keseluruhan yang berisiko tinggi menyebabkan kerosakan teruk.

Jadi, sebaik saja nampak lampu ‘Aladdin’ atau lampu enjin, periksa segera paras minyak, tambahkan jika perlu dan bawa kereta ke bengkel untuk diperiksa secepat mungkin.

5. KUAT MAKAN MINYAK

Adakah anda perasan yang anda kerap mengisi minyak kereta kebelakangan ini? Jika ya, itulah tanda minyak enjin anda sudah teruk dan perlu ditukar. Minyak enjin yang cair dan tidak cukup kelikatan boleh menyebabkan stres ke atas enjin. Apabila enjin bekerja keras, maka lebih banyak bahan api perlu dihirup.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Mitos Tentang Minyak Enjin Kini Dibongkar

Pakar menyarankan supaya menukar minyak enjin pada setiap 5,000km atau tiga bulan sekali, yang masa satu tiba dulu. Bagaimanapun, lain pengeluar, lain pula saranan diberikan. Jadi apa perlu dibuat ialah ikut saja apa yang disarankan pengeluar kereta anda, terutama jika kereta masih dalam perlindungan waranti.

autotainment enjin minyak enjin minyak hitam Tanda Minyak Hitam Teruk Tanda Tukar Minyak Enjin tip automobil tip automotif tukar minyak enjin
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
Aksesori

Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

16/03/2026

5 Comments

  1. mohd subian bin muridan on 25/09/2019 13:08

    bulih kah minyak hitam kereta kita gunakan minyak air compresor

    Reply
  2. Shari b Salleh on 18/02/2021 15:04

    Bolehkan ‘topup’ minyak hitam dengan gred atau jenama yang berbeza?

    Reply
    • AO on 24/11/2021 13:15

      Sepatutnya jangan

      Reply
  3. Azieda on 24/06/2022 09:52

    Honda fe memang kerap kene tukar ke?sy pakai baru tiga bulan dh 3 kali kene tukar…problem apa yer sebab kereta baru

    Reply
    • AO on 10/08/2022 20:15

      Ikut recommendation pusat servis atau jenis minyak enjin

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

By Syafie17/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.