Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem Penyejukan Air dalam Kereta Bekerja?
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem Penyejukan Air dalam Kereta Bekerja?

TalibBy Talib16/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA mendapat tenaga untuk bergerak menggunakan bahan api seperti petrol dan diesel. Pembakaran bahan api itu menghasilkan tenaga yang sangat panas dan kalau dipegang memang boleh melecur.

Kalau mahu uji tahap kepanasan, cuba buka bonet kereta anda selepas memandu lebih kurang setengah jam dan pegang penutup radiator. Ingat, itu baru penutup!

Mekanik profesional pun perlu memakai sut sesuai seperti sarung tangan dan penebat haba di tangan ketika mengendalikan enjin kereta. Kalau panas begitu sekali, maksudnya enjin perlu sentiasa disejukkan untuk mengelakkan kerosakan. Keadaan panas melampau boleh menyebabkan enjin retak, pecah atau berlubang (bocor).

BACA >>> #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena ‘Overhaul’

Kita sedia maklum penurunan suhu memainkan peranan penting dalam menjaga kondisi enjin kereta. Asas kepada penurunan suhu datang dari sumber air atau udara (angin). Sama seperti manusia juga, memang seronok kalau dapat mandi atau duduk bawah kipas angin, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.

Berdasarkan konsep sama, asas sistem penyejukan enjin bergantung kepada kitaran cecair dalam enjin. Cecair yang menjadi kebiasaan pada permulaan industri kereta adalah air (water). Seiring peningkatan teknologi, cecair penyejuk (coolant), yang ditambah bahan aditif, dihasilkan bagi menggantikan air biasa untuk penyejukan lebih baik.

Cecair akan dialirkan menerusi paip tahan panas dalam enjin yang memiliki laluan tersendiri. Berbeza kereta lama yang menggunakan air biasa untuk menyejukkan enjin, sebaliknya kereta moden hari ini menggunakan coolant kerana mampu menahan suhu enjin lebih tinggi.

Gambar di bawah menunjukkan kitaran coolant dalam enjin. Ada juga enjin menggunakan udara sejuk yang bertiup sekitar sirip luar enjin. Artikel ini akan menghuraikan serba sedikit mengenai sistem penyejukan air.

SISTEM PENYEJUKAN GUNA COOLANT ATAU AIR

Blok (block) dan kepala (head) silinder dengan sistem penyejukan air mempunyai saluran penyejuk bersambung. Seperti gambar di atas, terdapat saluran penyejuk dalam blok enjin. Atas kepala silinder, semua saluran itu akan bertemu di satu pusat keluar.

Saluran itu pula akan bersambung dengan radiator bahagian atas, manakala saluran bawah radiator akan bersambung dengan pusat kemasukan bawah bongkah enjin. Jadi, coolant akan berpusing dalam blok enjin, kemudian masuk ke radiator dan kembali semula ke blok enjin. Proses berkenaan dilakukan menggunakan pam air (water pump) yang akan membawa coolant panas keluar dari enjin ke radiator.

Contoh kedudukan pam air Vios.

Pam air pula digerakkan sistem penarik dan tali pemasaan daripada aci engkol (crankshaft). Radiator berfungsi sebagai penukar haba atau proses penyejukan cecair. Cecair panas akan berubah menjadi cecair sejuk untuk disalirkan semula ke dalam bongkah enjin.

Haba panas dalam enjin akan berpindah masuk ke dalam coolant sebelum dipindahkan keluar ketika dalam radiator. Inilah proses asas sistem penyejukan enjin menggunakan coolant atau air. Kebiasaannya aliran cecair akan ke atas sambil dibantu pam air.

Apakah komponen utama dalam sistem penyejukan berasaskan air?

1. HOS GETAH PENYAMBUNG

Sistem penyejukan ini memiliki dua hos getah di bawah dan atas yang menyambungkan radiator dan enjin. Hos getah itu mempunyai teras disaluti tiub halus bagi meningkatkan ketahanan struktur.

Struktur hos getah juga perlu fleksibel bagi menahan getaran enjin dan tekanan dari dalam yang mampu mencapai 20psi. Kepelbagaian coolant di pasaran memerlukan material hos getah yang mampu menahan suhu serendah di bawah 0ºC hingga 121ºC.

2. RADIATOR

Radiator ialah komponen penting bagi menukarkan cecair panas kepada sejuk. Ia memiliki satu saluran teras yang dikelilingi tiub kecil yang bersambung dengan kepingan besi halus. Rekabentuk biasanya berbentuk jeriji sarang lebah (honeycomb) kerana bentuk itu kukuh dah memudahkan aliran udara melepasinya.

Jarak tiub teras dan proses penyejukan dalam radiator akan memindahkan haba dari cecair ke radiator. Haba panas juga akan hilang kerana terdapat udara sejuk yang melalui hos itu.

Udara sejuk boleh datang dari angin kipas radiator atau angin yang masuk dari depan. Asas rekabentuk radiator adalah menegak. Kini, saliran bersilang antara tiub dalam radiator dari sisi ke sisi digunakan. Rekabentuk itu mengelakkan peningkatan tekanan dalam sistem enjin dan mengelakkan gangguan ke atas takat didih cecair.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Servis Radiator?

3. PENUTUP RADIATOR
Penutup radiator bersama injap tekanan.

Tekanan yang berlebihan turut dikawal penutup radiator. Penutup memiliki injap tekanan, yang juga berfungsi sebagai injap penyelamat kepada sistem enjin. Apabila ada tekanan tinggi dalam radiator, injap iniakan terbuka dan menghantar cecair penyejuk keluar melalui salur limpahan.

Penutup radiator juga memiliki sistem keselamatan lain yang digunakan bagi menyelamatkan pemandu. Jika mahu memeriksa kondisi coolant ketika kenderaan baru berhenti, pastikan tidak terus membuka penutup radiator.

Ada dua punca enjin terlampau panas. Satu, coolant tiada. Dua, kipas radiator gagal berfungsi. Kalau terus buka penutup radiator ketika suhu enjin terlampau panas, coolant boleh memancut kerana tekanan tinggi dalam sistem radiator dan berbahaya.

4. CECAIR PENYEJUK @ COOLANT

Coolant boleh berkurangan , dan ia mungkin perlu ditambah sedikit ketika servis. Jangan tambah air untuk menggantikan coolant. Kereta sekarang wajib guna coolant kerana penyambung hos getah mudah berkarat. Kereta lama pun boleh karat, cuma tidak secepat kereta sekarang.

Kalau sudah berkarat, satu bongkah enjin boleh berkarat dan lama kelamaan akan rosak disebabkan kakisan. Pastikan sentiasa guna coolant. Kalau coolant berkurangan mendadak, bawa kereta anda ke Pusat Servis atau bengkel. Kemungkinan besar ada kebocoran dalam sistem saluran coolant atau radiator.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Cecair Penyejuk @ Coolant Ada Macam-Macam Warna?

5. KIPAS RADIATOR

Radiator memerlukan aliran udara berterusan kepada teras bagi menyempurnakan sistem penyejukan. Tiada masalah berlaku jika kereta sentiasa bergerak. Namun, kipas radiator diperlukan ketika kereta tidak bergerak, terutama ketika kesesakan trafik, atau berhenti di lampu isyarat supaya udara dapat disalurkan berterusan ke radiator.

Ada dua jenis sistem yang menggerakkan kipas radiator. Pertama, kipas diaktifkan setiap kali enjin dihidupkan. Namun, berlaku pembaziran tenaga kerana kipas tetap berpusing ketika kereta bergerak sedangkan udara dari kipas tidak diperlukan.

Kedua, kipas elektrik yang dikawal menggunakan sensor suhu. Sensor akan menghantar isyarat kepada termostat yang mengawal kipas radiator. Injap pada termostat akan digunakan bagi mempercepatkan pemanasan enjin ketika kereta baru dihidupkan. Apabila kereta berhenti di lampu isyarat atau ketika lalu lintas sesak, kipas akan diaktifkan apabila termostat mengesan suhu enjin panas.

Kesimpulannya, kipas radiator berfungsi apabila kereta tidak bergerak bagi memastikan teras radiator sentiasa menyejukkan coolant.

autotainment Radiator Sistem Penyejukan Air Sistem Penyejukan Enjin Sistem Penyejukan Udara tahukah anda
Talib

    Artikel Berkaitan

    Aveta DY115 harga RM750,000
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

    21/04/2026
    Helmet | Pelekat SIRIM
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

    22/04/2026
    Autotainment

    #Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

    16/04/2026
    Tersalah tekan pedal minyak
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

    13/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.