• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'

#TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'

January 2, 2020 By Admin PanduLaju 9 Comments

11.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA disebut 'overhaul' atau 'turun enjin', pemilik kereta pasti akan rasa macam hendak pitam kerana wang yang akan dikeluarkan nanti bukan sedikit. Boleh mencecah empat angka, malah mengambil masa beberapa hari dan minggu untuk disiapkan.

Ada mekanik mencadangkan overhaul dilakukan sekiranya usia kereta sudah mencapai perbatuan 150,000km. Namun, itu cuma saranan dan bukan kewajipan, terpulang kepada pemilik sama ada mahu overhaul atau tidak. Lagipun, bagi kereta yang disenggaran baik dan tidak menunjukkan sebarang masalah, enjin memang mampu bertahan lama dan memang tiada sebab kenapa overhaul perlu dibuat.

Apakah simptom yang menunjukkan kereta anda perlu di-overhaul?

1. EKZOS KELUAR ASAP PUTIH

Apabila melihat keluar asap putih dari ekzos, itu petanda minyak enjin sudah memasuki ruang pembakaran. Ini berlaku kerana gelang piston (piston ring) sudah haus atau piston sudah calar.

BACA >>> #TahukahAnda: 3 Tanda Mudah Kesan Gelang Piston Sudah Haus

2. ENJIN MERAGAM SEBAB PALAM PENCUCUH BERKERAK

Simptom enjin meragam (atau sebu) berlaku apabila anda dapat merasakan prestasi enjin mula merosot, berbunyi pelik, tersengguk ketika memecut dan ligatan enjin turun ketika rev (rpm) tinggi.

Salah satu punca masalah enjin itu disebabkan palam pencucuh yang tidak mampu bekerja optimum hingga menjejaskan prestasi percikan api. Sebabnya, terdapat kerak melekat kerana dicemari minyak enjin yang bocor dan terpercik hingga ke palam pencucuh.

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Tip Bezakan Palam Pencucuh Tulen atau Palsu

3. MINYAK HITAM KURANG

Biasa dipanggil enjin 'makan minyak'. Simptom dapat dikesan dengan memeriksa paras minyak enjin kereta anda. Gunakan batang celup untuk melihat paras sebenar minyak enjin.

BACA >>> #TahukahAnda: 4 Cara Pilih Minyak Pelincir Tulen yang Perlu Anda Tahu

4. SUHU ENJIN SERING PANAS

Selain merosakkan sistem penyaman udara, suhu enjin kerap panas lampau (overheat) juga memberikan petunjuk masalah kebocoran enjin hingga menjejaskan nisbah mampatan.  Ini berpunca daripada gasket kepala silinder rosak yang menyebabkan air radiator berkurangan dan memasuki ruang pembakaran.

Akhirnya suhu enjin jadi panas hingga menyebabkan berlaku situasi panas lampau.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Coolant Enjin Sangat Penting?

SUMBER: Suzuki.co.id

Artikel Berkaitan

11.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Asap Putih, Auto Terkini, Cuci Enjin Kereta, enjin, overhaul, palam pencucuh, TahukahAnda

Comments

  1. karim says

    January 4, 2020 at 11:02 AM

    Lain2 sebab, jika terdapat bunyi mekanikal yg lain drp bunyi injin, yg mungkin disebabkan oleh bearing crankshaft, piston pin,connecting rod bearing yg telah rosak atau haus.

    Reply
  2. Abu says

    February 24, 2020 at 6:15 PM

    Btol la tanda ni lah telah terjadi pd kenderaan van sy,,skrg da masuk bgkel overhoul.

    Reply
  3. Mie82 says

    June 7, 2020 at 5:06 PM

    Betul..saya dah alami,kereta myvi 1.3 model lama. Ada bunyi kadang² datang spt hon kapal laut!rpm tinggi,lambat turun..kalau bhnti kt trafik light,enjin mgerang rpm jd tinggi 2k-3k rpm.
    Solusi akhir..overhaul!kereta tahun 2006.

    Reply
  4. Eza says

    June 30, 2020 at 9:48 PM

    Saya pakai kereta optra charolate.engin kereta saya masuk air.adakah kerata saya kena buat overhaul

    Reply
  5. Aidil says

    November 1, 2020 at 2:22 PM

    Berapa kos overhaul myvi 2006 tu? Myvi sy pun sama umo dgn keta bro.. 🙂

    Reply
  6. jurnales says

    November 20, 2020 at 7:29 AM

    nk tanya klu keret masuk air sb banjir. w/shop suggest tukar engin rather then overhaul

    Reply
  7. Bosssssssmu says

    November 25, 2020 at 11:17 AM

    Overhaul je... Tapi makesure workshop jujur la jangan kena kencing lak hahaha

    Reply
  8. MasriMansor says

    September 13, 2021 at 4:21 PM

    Salam bos sy nak tanya kereta wira sy dekat bahagian enjin ade bunyi tak,,,tak,,,tak dekat ruangan minyak hitam adakah bunyi rod atau adakah termasuk Kene overhaul

    Reply
  9. Jonwil says

    February 3, 2022 at 6:56 AM

    Kereta saya Suzuki Escudo 4WD. Temperature kerap naik. Air cepat habis. Saya paksa juga lepas sejuk dan tambah air. Kali kedua enjin kong...kena tukar enjin baru. Elok kalau da temperature pandai naik hantar workshop untuk check. Kalau tak boleh rugi hinga belas ribu.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
    Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
  • Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
    Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my