Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tahukah Anda»#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam09/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler

APABILA ambulans menghampiri dari jauh, bunyi siren kedengaran semakin nyaring, tetapi sebaik saja melepasi kita, nada (pitch) tiba-tiba berubah menjadi lebih rendah dan semakin perlahan sebelum senyap.

Tahukah anda fenomena iti bukan sekadar ilusi pendengaran, sebaliknya dikenali sebagai Efek Doppler (Doppler Effect), iaitu prinsip fizik yang berlaku apabila sumber bunyi bergerak relatif terhadap pendengar.

Ambulans Malaysia

Ramai menganggap perubahan bunyi tersebut disebabkan pemandu ambulans menukar mod siren, sedangkan dalam kebanyakan situasi, perubahan nada itu berlaku secara natural akibat pergerakan kenderaan.

Walaupun siren menghasilkan frekuensi sama, tetapi telinga manusia menerima bunyi berbeza bergantung sama ada ambulans sedang menghampiri atau menjauhi.

Apakah Efek Doppler?

Bunyi dan Efek Doppler (Doppler Effect)
Ahli Fizik Austria, Christian Doppler

Kesan Doppler adalah perubahan frekuensi atau panjang gelombang sesuatu bunyi, disebabkan pergerakan antara sumber bunyi dan pemerhati.

Fenomena itu kali pertama kali dijelaskan ahli fizik Austria, Christian Doppler pada 1842 yang kini digunakan dalam pelbagai bidang seperti meteorologi, astronomi dan perubatan.

Efek Doppler (Doppler Effect)

Penjelasannya, apabila ambulans bergerak menghampiri, gelombang bunyi di depan jadi semakin rapat, dan menghasilkan frekuensi lebih tinggi, yang menyebabkan siren kedengaran lebih nyaring.

Sebaliknya, apabila ambulans bergerak menjauhi, gelombang bunyi jadi semakin renggang, dan menghasilkan frekuensi lebih rendah yang menyebabkan bunyi siren kedengaran lebih garau.

Kenapa Pitch Siren Berubah Secara Mendadak?

Perubahan paling ketara berlaku ketika ambulans berada tepat di depan atau melepasi kedudukan pendengar.

Dalam beberapa saat saja, arah pergerakan sumber bunyi berubah dari menghampiri kepada menjauhi, yang menyebabkan frekuensi diterima telinga turut berubah pantas.

Sebab itulah kita sering mendengar bunyi siren yang mulanya berbunyi “niiii-yaaah” sebelum bertukar kepada “waaah” selepas ambulans melintas.

Perubahan itu bukan kerana siren rosak atau bertukar kelajuan, tetapi semata-mata akibat perubahan frekuensi diterima telinga manusia.

Kenapa Ambulans Guna Siren Pitch Berbeza?

Efek Doppler (Doppler Effect)

Selain Efek Doppler, kebanyakan ambulans moden turut dilengkapi beberapa corak siren seperti wail, yelp, hi-lo dan phaser.

Setiap mod mempunyai frekuensi dan kadar perubahan bunyi berbeza bagi memastikan pengguna jalan raya dapat mengesan kehadiran ambulans dalam pelbagai situasi.

Sebagai contoh, mod wail menghasilkan bunyi lebih panjang yang sesuai digunakan di lebuh raya kerana boleh didengari dari jarak jauh.

Mod yelp pula ada perubahan nada lebih pantas yang biasanya digunakan di kawasan bandar sesak, manakala mod hi-lo membantu menarik perhatian pemandu di persimpangan atau kawasan trafik padat.

Adakah Semua Kenderaan Alami Fenomena Sama?

Kereta lumba di trek

Ya, Efek Doppler berlaku kepada semua sumber bunyi bergerak, sama ada motosikal, kereta lumba, trak, kereta api, kapal terbang atau kenderaan polis dan bomba.

Inilah sebab bunyi enjin kereta lumba di litar juga kedengaran lebih tinggi ketika menghampiri penonton dan bertukar lebih rendah selepas melepasi mereka.

Fenomena sama turut berlaku kepada gelombang elektromagnet seperti cahaya. Dalam bidang astronomi, saintis menggunakan Prinsip Doppler untuk menentukan sama ada sesebuah bintang atau galaksi sedang bergerak menghampiri atau menjauhi Bumi melalui perubahan spektrum cahaya yang dikenali sebagai syif biru (blue shift) dan syif merah (red shift).

Antara Rekabentuk, Fizik

Bunyi dan Efek Doppler (Doppler Effect)

Perubahan pitch siren ambulans sebenarnya adalah gabungan antara rekabentuk siren moden dan fenomena fizik dipanggil Efek Doppler.

Walaupun siren menghasilkan bunyi dalam frekuensi tertentu, pergerakan ambulans menyebabkan frekuensi diterima telinga berubah mengikut arah pergerakan kenderaan.

Jadi, kali pertama mendengar bunyi siren ambulans yang bertukar nyaring kepada garau selepas melintas, ketahuilah itu bukan sekadar bunyi biasa.

Sebaliknya, anda sedang mengalami salah satu fenomena fizik paling mudah diperhatikan dalam kehidupan seharian, sekali gus membantu kita memahami bagaimana gelombang bunyi bergerak di sekeliling.

Bunyi Siren Ambulans Christian Doppler Doppler Effect Kenapa Bunyi AMbulans Nyaring apabila Dekat Kesan Doppler Pitch Siren prinsip fizik Siren Siren Ambulans
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.