Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Subkompak Yaris Cross GR Sport (2023) untuk Eropah dengan Enjin Hibrid 3-Silinder 1.5L
Roda4

SUV Subkompak Yaris Cross GR Sport (2023) untuk Eropah dengan Enjin Hibrid 3-Silinder 1.5L

Abang HirataBy Abang Hirata05/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL sporty GR nampaknya sama naik dengan model massa Toyota. Sebagai contoh, Toyota baru saja memperkenalkan Yaris Hybrid GR Sport (2023) di Eropah dan kini tiba giliran Yaris Cross GR Sport (2023).

Kenderaan utiliti sukan (SUV) itu terlebih dahulu diperkenalkan di Jepun pada Julai lalu dan pengenalan terbaru di Eropah turut disusuli pasaran Australia. Walaupun berkongsi nama Yaris, rekabentuk luaran kedua-dua SUV dan hatchback itu berbeza kecuali binaan berasaskan platform GA-B dan komponen dalaman.

BACA >>> Toyota Yaris Hybrid GR Sport (2023), Model Sporty 4-Pintu untuk UK, Harga RM128k
BACA >>> GRMN Yaris (2022) Lancar dengan Ekstra Kuasa, Lebih Eksklusif Berbanding GR Yaris!

Yaris Cross dilancarkan di Eropah pada 2021 dengan mendapat sambutan baik. Jualan setengah tahun pertama 2022 sudah melebihi 77,000 unit dengan pegangan pasaran SUV segmen-B sebanyak 7.7 peratus yang mewakili 48 peratus jualan dalam famili Yaris.

Selain SUV itu, Toyota turut menawarkan Corolla dan C-HR GR Sport. Barisan model tersebut tampil lebih mesra pengguna berbanding model GR penuh yang berorientasikan prestasi dan trek. Tidak hanya menjual kosmetik, Yaris Cross GR Sport (2023) hadir dengan pakej pengendalian berbeza berbanding model standard.

Berikut disenaraikan ciri Yaris Cross GR SPORT (2023) versi Eropah:

Trenkuasa
  • Enjin 3-silinder 1.5L Hybrid Dynamic Force, tiada versi enjin pembakaran dalaman tunggal seperti Jepun.
  • Enjin dengan ukuran lejang panjang, pembakaran kelajuan tinggi dan nisbah mampatan tinggi 14:1.
  • Kadar kecekapan termal 40 peratus.
  • Transmisi e-CVT.
Casis dan Pengendalian

  • Dibina berasaskan platform GA-B, sama seperti Yaris hatchback.
  • Pusat graviti rendah (CoG) dan badan ketegaran tinggi.
  • Talaan suspensi untuk respons stereng, olengan dan cengkaman lebih jitu.
Luaran
  • Gril depan baharu dengan aksen perak dan lencana GR.
  • Bampar belakang dengan difuser baharu.
  • Rim aloi baharu saiz 18 inci dengan 10 jejari.
  • Warna signatur Dynamic Grey untuk GR SPORT.
Dalaman

  • Kerusi sport dengan balutan fabrik kelabu dan sulaman benang merah.
  • Kerusi pilihan GR Sport dengan balutan Ultrasuede.
  • Lencana GR pada penyandar kepala, butang penghidup, kluster instrumen dan stereng.
  • Kemasan gunmetal silver GR Sport pada pintu dan kluster instrumen.
  • Kawalan suhu dwi-zon.
  • Kerusi depan dengan ciri pemanas.
  • Cermin belakang privasi.
  • Kerusi belakang boleh lipat 40:20:40.
  • Karpet lantai boleh tanggal untuk ruang but lebih dalam.
  • Kapasiti but 397 liter apabila semua kerusi dinaikkan.
  • Ruang but maksimum 1,097 liter.

Jualan awal Yaris Cross GR Sport (2023) akan bermula suku ketiga 2022. Seperkara menarik, walaupun tidak dijual di pasaran tempatan, tetapi sudah ada pengimport yang membawa masuk model ini. Harga ditawarkan sekitar RM158,000.

BACA >>> 5 Ciri Toyota GR Corolla (2022) yang Lebih Berkuasa daripada GR Yaris!
BACA >>> Toyota GR86 10th Anniversary Edition (2023), Model Edisi Khas untuk Australia!

GAZOO Racing (GR) GR SPORT Roda4 Toyota Toyota Yaris Cross Toyota Yaris Cross GR SPORT Toyota Yaris Cross GR Sport (2023) Toyota Yaris Cross GR SPORT 2022 Toyota Yaris Cross Hybrid (2023)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Roda4

    Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

    14/05/2026
    Auto Terkini

    Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

    13/05/2026
    Toyota Corolla 60th Edition 2026
    Roda4

    Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Roda2

    MODENAS Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.