• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / GRMN Yaris (2022) Lancar dengan Ekstra Kuasa, Lebih Eksklusif Berbanding GR Yaris!

GRMN Yaris (2022) Lancar dengan Ekstra Kuasa, Lebih Eksklusif Berbanding GR Yaris!

January 20, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

390
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA memperkenalkan GRMN GR Yaris yang lebih berkuasa dan hanya ditawarkan 500 unit sahaja di Jepun. Bukan setakat eksklusif, tidak semua orang mampu memiliki model edisi terhad itu kerana Toyota menjual secara undian rawak.

Sejak dilancarkan pada September 2020, GR Yaris digunakan dalam banyak acara permotoran seperti Siri Super Taikyu Jepun yang mana Presiden Toyota, Akio Toyoda sendiri memandu bersama pasukan ROOKIE Racing.

BACA >>> Toyota Tayang GR Yaris Guna Hidrogen!

Toyoda memang meminati dunia permotoran dengan menggunakan nama samaran Morizo.

GR Yaris turut digunakan di dalam Kejuaraan Rali Jepun dengan kejayaan menjulang trofi musim 2021. Pembangunan GRMN Yaris dimulakan apabila Morizo mahu menawarkan pelanggan satu produk yang boleh diubah pantas dan dibuat mengikut individu seperti dalam sukan permotoran.

Hasilnya ialah Yaris versi GRMN seperti berikut:

  • Berkuasa 270hp @ 6,500 rpm, dan tork 390Nm @ 3,200-4,000rpm, lebih tinggi daripada GR Yaris RZ High Performance (370Nm @ 3,000rpm-4,600rpm).
  • Kekuatan badan dipertingkat dan berat diturunkan sekitar 20kg berbanding GR Yaris.
  • Jumlah kimpalan bintik (spot weld) ditambah kepada 545 titik, manakala kekuatan badan dipertingkat melalui penggunaan perekat struktur 12 meter lebih panjang.
  • Menggunakan komponen CFRP sulaman silang (twill weave) pada bonet, bumbung, dan spoiler.
  • Kerusi belakang boleh tanggal.
  • Menggunakan diferensial gelincir terhad (LSD) mekanikal berbanding Tosren, dengan kotak gear nisbah rapat dan set gear akhir rendah.
  • Menggunakan bahan jenis SNCM (besi aloi kelas tinggi) yang mana proses 'tembakan' digunakan pada gear 1, 3, 4, 5 dan gear akhir untuk meningkatkan ketahanan dalam perlumbaan lasak dan setara.
  • Gegaran daya kilas dan kekuatan lesu (fatigue strength) diperbaiki.

Selain itu, Toyota turut menawarkan dua pakej khas dengan bayaran, dipanggil Update Program dengan kerja naik taraf dibuat di GR Garage terpilih.

Personalization Program pula melibatkan analsis data lokasi seperti litar lumba dan pemasangan komponen di GR Garage.

Selain gred asas, Toyota juga menawarkan pakej litar, Circuit Package dengan input daripada perlumbaan Super Taikyu dan ditawarkan dalam warna khas: Matte Steel dengan jumlah pengeluaran 50 unit sahaja.

Satu lagi tawaran ialah pakej rali (Rally Package) yang boleh dipasang di pengedar khas dan dibuat berdasarkan pengalaman dalam perlumbaan Rali Seluruh Jepun (All Japan Rally).

Jika berkenan, pengeluar GRMN Yaris memang terhad dan tidak mampu dimiliki semua orang. Satu cara adalah menunggu pengedar bebas membawa  masuk ke pasaran tempatan. Itupun perlu tunggu pemilik asal di Jepun menjualnya!

BACA >>> Siri Kenderaan Elektrik bZ, Inilah Masa Depan Toyota!
BACA >>> TGR Hasilkan Semula Alat Ganti Toyota Levin AE86!

Berikut harga GRMN Yaris berserta pakej ditawarkan:

Kerusi RECARO dengan beg udara sisi
Meter GRMN
Pendakap pengukuhan
Penyerap hentak Bilstein® dengan larasan daya redaman
Roda 18 inci BBS GRMN
Spoiler belakang karbon - CFRP sulaman bersilang
KomponenHarga
(Yen/RM)
GRMN Yaris7,317,000/

267,646

Circuit Package

(Pengeluar)

  • Roda 18 inci BBS GRMN
  • Brek 18 inci
  • Penyerap hentak Bilstein® dengan larasan daya redaman
  • Spoiler belakang karbon (CFRP sulaman bersilang)
  • Skirt sisi
  • Lip spoiler
8,467,000/

309,712

Rally Package

(Pengedar)

  • Penyerap hentak dan set penyambung penstabil pendek (short stabilizer link) GR
  • Set pelindung bawah GR
  • Palang oleng GR (dengan palang sisi)
 

 

8,378,76/

30,648

 

GRMN Yaris Circuit Package - Matte Steel / Platinum White Pearl Mica
GRMN Yaris Circuit package - Matte Steel.01
GRMN Yaris Circuit package - Matte Steel.02
GRMN Yaris Circuit package - Matte Steel.03
GRMN Yaris Circuit package - Matte Steel.04
GRMN Yaris Circuit package - Matte Steel.05
GRMN Yaris Circuit package - Matte Steel.06
GRMN Yaris Circuit package - Matte Steel.07
GRMN Yaris Circuit package - Platinum White Pearl Mica
GRMN Yaris Rally Package (Emotional Red):
GRMN Yaris Rally package Emotional Red.01
GRMN Yaris Rally package Emotional Red.02
GRMN Yaris Rally package Emotional Red.03
GRMN Yaris Rally package Emotional Red.04
GRMN Yaris Rally package Emotional Red.05
GRMN Yaris Rally package Emotional Red.06
Komponen Khas

Related

390
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Akio Toyoda, Auto Terkini, GRMN Yaris, GRMN Yaris (2022), ROOKIE Racing, Toyota, Toyota GR Yaris

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev