Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Subaru WRX STI S210, 500 Buah Terhad, Lebih Berkuasa Tinggi, Transmisi SPT
Auto Terkini

Subaru WRX STI S210, 500 Buah Terhad, Lebih Berkuasa Tinggi, Transmisi SPT

Abang HirataBy Abang Hirata12/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BARU saja memperkenalkan WRX STI Sport R-Black Limited pada Disember lalu, Subaru kembali dengan sebuah lagi model berprestasi.

Lebih tepat dari STI iaitu WRX STI S210 dan diperkenalkan dahulu dalam bentuk prototaip. Model ini diasaskan dari WRX S4 STI Sport R EX.

S210 merupakan ‘waris’ kepada model lumba di dalam Nürburgring 24-Hour dan turut memanfaatkan pengetahuan dari acara endurans itu.

Enjin FA24 2.4 liter Boxer turbo menggunakan komponen baharu seperti penapis udara, saluran kemasukan dan saluran awalan turbo untuk sistem ambilan.

Sistem ekzos dirombak semula dengan paip lebih besar dan kebuk bentuk ‘cannonball’ (sfera). Bersama Unit Kawalan Elektronik (ECU) tetapan khas, STI menyasarkan kuasa 300 ps dan lebih tinggi daripada WRX S4 STI Sport R EX.

Respon daya kilas yang linear mengikut pecutan memastikan output karakteristik enjin yang membolehkan pemandu menekan pedal pemecut dengan selamat dan meyakinkan dalam setiap keadaan.

Model ini juga merupakan siri S pertama menggunakan kotak gear CVT berprestasi yang dipanggil Subaru Performance Transmission atau SPT.

Melalui talaan karakteristik tukaran gear bagi menyamai karekeristik output enjin, daya pemanduan dengan kawalan tahap tinggi dapat dicapai.

Hasilnya, keseronokan pemanduan ditingkatkan apabila niat pemandu dapat dihantar kepada kereta dengan tepat.

Lagi ciri istimewa seperti rim STI Flexible Performance Wheels dari BBS dan dipadan bersama tayar Michelin 255/35R19.

Dari segi pengendalian, kereta ini menggunakan penyerap hentak kawalan elektronik dan pegas gegelung talaan khas dan sesendal penstabil belakang baharu.

Kaliper depan Brembo enam pot digabung dengan brek pad khas dan set cakera depan dan belakang berliang. Prestasi brek turut ditingkatkan melalui penggalak elektrik talaan istimewa.

Badan kereta dipasangkan komponen aerodinamik seperti STI Sport Side Garnish dan STI Dry Carbon Rear Spoiler bagi mengatur aliran udara dan untuk pengendalian berprestasi tinggi.

Bahagian dalam menyerlah dengan kerusi Recaro cengkerang karbon dan mempunyai lapan larasan berkuasa. Suasana dalaman yang gelap diriasi tali pinggang keledar dan bahu kerusi warna merah.

Versi pengeluaran WRX STI S210 dihadkan sebanyak 500 unit sahaja.

Ciri-ciri Subaru WRX STI S210:

Rangkaian kuasa

Enjin
・FA24 2.4-liter Boxer turbo
・300 PS @ 5700 rpm, 375 Nm @ 2000-5600 rpm
Transmisi
・Subaru Performance Transmission

Dimensi & Berat
・Panjang keseluruhan x lebar keseluruhan x tinggi keseluruhan (mm): 4690×1845×1465
・Berat kering (kg): 1630

Luaran
・Gril depan (Warna Crystal Black Silica, jalur Cherry Red)
・Cermin sisi (Warna Crystal Black Silica)
・Antenna atap bentuk sirip yu (Warna Crystal Black Silica)
・Spoiler belakang STI Dry Carbon
・Lencana S210, depan dan belakang
・Lencana STI belakang
・Lampu tinggi dan rendah LED penuh (bezel hitam)
・Liner aksesori LED depan
・Spoiler bawah depan STI (Warna Crystal Black Silica)
・Spoiler bawah sisi STI (Warna Crystal Black Silica)
・Spoiler bawah sisi belakang STI (Warna Crystal Black Silica)
・Difuser bawah belakang STI (Warna Crystal Black Silica)
・Garnis sisi STI (jenis lebar dan warna Crystal Black Silica) dengan lencana S210

Dalaman
・Stereng dibalut kulit (Jahitan Merah Gelap, panel dekoratif tona Hitam Piano) dengan lencana STI
・Sarung gear (Kulit + jahitan Merah Gelap)
・Butang push start (Cherrt Red + Logo STI)
・Kerusi depan RECARO® Carbon Backrest (Kulit Nappa) dan kerusi belakang (Hitam, kulit asli dan sintetik)
・Kerusi pemandu dan penumpang depan dengan larasan kuasa 8 arah
・Trim tengah papan pemuka dan trim pintu (balutan luar dan sulaman S210)
・Riasan konsol tengah (Dark Cast metallic, balutan luar hitam dan jahitan Merah Gelap)
・Penutup konsol lantai (Balutan BRIN・NAUB®*dan jahitan hitam)
・Perehat tangan panel pintu (Balutan BRIN・NAUB® dan jahitan Hitam)
・Panel dekoratif papan pemuka (Hitam Piano)
・Panel dekoratif pemegang pintu (Hitam Piano)
・Plak nombor siri S210

Ciri-Ciri Keselamatan
・Tali pinggang 3 sudut ELR depan dengan prategang dan penghad daya (Merah)
・Tali pinggang 3 sudut ELR (Merah untuk kiri dan kanan) untuk semua kerusi belakang

Pengendalian, Suspensi dan brek
・Tayar prestasi tinggi 255/35R19 (Michelin Pilot Sport 4S)
・Rim depan STI Flexible Performance Wheels  (BBS 19′ x 9.0J , warna Mud Black, tanda Depan pada rim)
・Rim belakang STI Flexible Performance Wheels (BBS 19′ x 9.0J, warna Mud Black, tanda Belakang pada rim)
・STI Flexible Draw Tower Bar Front (dengan logo S210)
・STI Flexible Draw Stiffener Front (dengan logo S210)
・STI Flexible Draw Stiffener Rear (dengan logo S210)
・Penyejuk Cecair Subaru Performance Transmission
・Bahan penebat (ruang tayar ganti, ruang but)
・Sesendal penstabil belakang untuk S210
・Brek cakera berlubang ventilasi depan Brembo 18 inci, kaliper monoblok 6-pot Merah dengan logo STI
・Brek cakera berlubang ventilasi belakang 17 inci, kaliper Merah
・Penyerap hentak kawalan elektronik (dibuat oleh ZF) dan gegelung pegas untuk S210
・Kawalan pemilihan mod pemanduan untuk S210
・ECU dan TCU tetapan khas
・Penapis udara dan saluran STI (dengan plak nombor siri STI), dan salur pra-turbo
・Peredam ekzos tekanan rendah dan salur ekzos belakang STI

STI Subaru Subaru WRX STI Subaru WRX STI S210 Prototype
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.