Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#RetroAuto: Senarai 25 Tahun Honda Civic Type R Sejak 1997
Roda4

#RetroAuto: Senarai 25 Tahun Honda Civic Type R Sejak 1997

Abang HirataBy Abang Hirata30/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda? Honda Civic kini sudah berusia 50 tahun selepas dikeluarkan pada 1972. Separuh daripada tahun ini ialah usia model prestasi tinggi Civic Type R!

Dua ulang tahun itu kini diraikan Honda yang mana kedua-dua model tersebut kekal digemari dan menjadi impian ramai peminat empat roda. Tanpa Civic, tiadalah Type R yang kini sudah merentasi enam generasi!

BACA >>> Honda Tidak Tolak Kemungkinan Hasilkan Civic Type R Versi Hibrid
BACA >>> Ciri Honda Civic Type R (2023) Didedahkan, Gaya Matang dengan Esktra Kuasa!

Walaupun bertemakan prestasi, Civic Type R ialah kereta yang boleh dipandu harian dan mampu menjadi ‘besi berharga’ dengan menawarkan nilai tinggi apabila semakin berusia.

Berikut senarai Civic Type R sejak generasi pertama:

1. Honda Civic Type R EK9 (1997 – 2000)

Jika disoroti sejarah, model Type R boleh dicerita berasingan kerana ia bukan milik mutlak Civic. Model Type R boleh dijejaki lebih awal atau tepat dengan NSX Type R (1992).

Civic Type R pula lebih mesra rakyat dan Honda menggunakan falsafah kejuruteraan sama seperti Integra dan NSX untuk keseronokan pemanduan.

EK9 hanya ditawarkan di pasaran Jepun secara rasmi dan digerakkan enjin 1.6L VTEC B16B berkuasa 182hp dan tork 160Nm.

Jangan dibandingkan dengan kuasa kereta sekarang kerana berat EK9 hanya 1050 kg. Antara ciri khas hatchback ini ialah kerangka dengan kimpalan lipit (seam welding) pada posisi strategik bagi meningkatkan kekuatan badan. Lagi ciri lain ialah Diferensial Gelincir Terhad (LSD) jenis helikal, transmisi nisbah pendek, stereng MOMO dan kabin serba merah.

2. Honda Civic Type R EP3 (2001 – 2005)

Susulan sambutan positif generasi pertama, Civic Type R generasi kedua ditawarkan di Eropah. Pada masa ini, Civic mempunyai dua model berbeza iaitu versi Eropah dan global.

EP3 dikeluarkan di Swindon, Britain yang juga menjadi hab pengeluaran Civic pasaran sana. Kali ini Civic Type R menggunakan enjin besar 2.0L DOHC i-VTEC K20A.

Kuasa enjin pasaran Eropah lebih rendah, iaitu 197hp berbanding 212hp untuk pasaran Jepun. Tetapan casis juga berbeza dengan model Jepun lebih rigid dan menjurus kepada pemanduan trek.

Bagi EP3, Honda banyak menggunakan besi kekuatan tinggi dengan ketegaran kilasan statik 80 peratus lebih tinggi berbanding EK9. Selain itu, EP3 menggunakan stereng kuasa elektrik (EPS) dan nisbah gear variabel (VGR) untuk respons stereng lebih baik.

3.  Honda Civic Type R FN2/ FD2 (2007-2011)

FD2 ialah Type R istimewa buat pengguna tempatan kerana ditawarkan Honda Malaysia secara rasmi. Ada dua Civic Type R, iaitu FN2 untuk Eropah dan FD2 untuk pengguna Jepun dan Malaysia.

Model Eropah menggunakan casis hatchback manakala Jepun dan Malaysia pula versi sedan. Perlu diketahui, tangki FN2 berada bawah kerusi depan untuk penggunaan ruang lebih baik.

Seperti sebelum ini, Type R Jepun lebih hardcore dengan enjin K20A berkuasa 222hp dan tork 215Nm berbanding 198hp dan tork 193Nm pada Type R Eropah.

Lagi ciri istimewa FD2 ialah brek Brembo, casis dengan lekatan berbanding kimpalan dan penggunaan aluminium untuk casis dan panel badan. Generasi FD2 juga menyaksikan kelahiran Civic Mugen RR yang kini dijual pada harga cukup tinggi.

4. Honda Civic Type R FK2 (2015-2017)

Tema Eropah diteruskan lagi dengan FK2 memulakan era enjin 2.0L VTEC Turbo K20C1 yang berkuasa 306hp dan tork 400Nm yang dipadankan transmisi manual 6-kelajuan.

Melalui model ini, Honda memperkenalkan suspesi dwipaksi, Dual Axis Strut Suspension dan LSD untuk kawalan tork (torque steer) daripada kuasa tinggi enjin dan pacuan depan.

Pecutan 0-100kmj hanya memerlukan 5.7 saat dan dilengkapi brek cakera besar Brembo 351mm pada roda depan. Dari segi rekabentuk, gaya agresif Type R mula menyerlah.

5. Honda Civic Type R FK8 (2017-2022)

Dua tahun FK2 di pasaran, Honda memperkenalkan FK8 dan kali ini menjadi model global yang dapat dinikmati lebih ramai pengguna termasuk kali pertama di Amerika Syarikat.

Model baharu ini kekal dengan enjin K20C1 dengan kuasa dipertingkat kepada 316hp (Jepun dan Eropah) dan tork 400Nm. Gaya agresif FK2 dipertingkat lagi pada FK8 dengan garis tajam dan aerodinamik serta bahagian bawah kereta rata.

Bagi prestasi pula, model prapengeluaran FK8 mencatatkan masa terpantas 7:43.80 di Nürburgring dengan mencipta rekod baharu bagi kereta pengeluaran pacuan roda depan (FWD). Rekod itu nyata mengangkat reputasi FK8 yang digunakan Honda sebaiknya.

Seperti FD2 dan sebagai model global, FK8 dijual secara rasmi di negara kita.

6. Honda Civic Type R FL5 (2022)

Model terbaharu ini dilihat kembali kepada gaya asal Type R, tampil ringkas bersahaja dan matang. Namun, FL5 hadir pada era elektrifikasi, terutama sekali Eropah. Enjin kekal K20C1 dan setakat ini Honda belum memaklumkan angka kuasa dan beberapa maklumat teknikal lain.

Walaupun rahsia, FL5 sudahpun mencatatkan rekod baharu di Litar Suzuka dan seperti disebut, Type R ini hadir pada era elektrifikasi yang menarik untuk diketahui apa rancangan Honda seterusnya.

Arus semasa dan peraturan juga boleh dilihat pada pelbagai kelengkapan elektronik dan teknologi bantuan pemanduan pada Civic Type R yang dulu tampil ringkas saja.

Civic Type R juga sudah kembali dikeluarkan di Jepun dan tidak lagi di Britain. Sebagai model global, kemungkinan besar hot-hatch ini dijual secara rasmi di pasaran tempatan.

BACA >>> Honda N-BOX, Model Paling Laris Jepun Januari-Jun 2022!
BACA >>> Kembar Tak Serupa N-BOX, Honda N-WGN Custom (2022) Lancar di Jepun September Ini

civic type r Honda Honda Civic Honda Civic Type R Retro Auto Sejarah Honda Civic Type R Type-R
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Roda4

    Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

    14/05/2026
    Auto Terkini

    Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

    13/05/2026
    Toyota Corolla 60th Edition 2026
    Roda4

    Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.