Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kembar Tak Serupa N-BOX, Honda N-WGN Custom (2022) Lancar di Jepun September Ini
Auto Terkini

Kembar Tak Serupa N-BOX, Honda N-WGN Custom (2022) Lancar di Jepun September Ini

Abang HirataBy Abang Hirata18/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI PASARAN tempatan, model kereta mini (keicar) N-Box sudah banyak dibawa masuk Honda, termasuk beberapa siri N lain seperti N-WGN dan N-One dalam gaya berbeza.

Nama ‘N’ sebenarnya diambil daripada model N Honda yang popular pada era 1960-an dan 70-an. Dari segi sejarah, N-WGN generasi pertama mula dijual di Jepun pada November 2013, iaitu dua tahun selepas N-Box. Generasi kedua N-WGN yang berada di pasaran sekarang diperkenal pada 2019.

BACA >>> Honda N-ONE – Kei Car Terbaik Jepun 2021/22!
BACA >>> Honda Tayang StepWGN (2022) Serba Baharu yang Masih Gaya Kotak!

N-WGN tampil dengan rekabentuk berbeza daripada N-Box yang lebih kepada gaya sporty. Dimensi N-WGN dan N-Box sama saja dengan jarak roda 2,520mm, lebar 1,475mm dan panjang 3,395mm. Perbezaan dua model itu terletak pada ketinggian, yang mana N-WGN berukuran 1,675mm, manakala N-Box (1,790mm).

N-WGN Custom yang bakal dilancar musim luruh ini (mula September) ialah model perubahan kecil (MMC) dan Honda terlebih dahulu memperkenalkan keicar itu di laman web. Tetapi, tidak banyak yang dikongsikan kecuali maklumat kecil dan foto luaran.

Sebagai model MMC, perubahan dibuat adalah rupa depan menerusi gril sarang lebah (honeycomb) krom gelap bagi menggantikan rekaan horizontal pada model terdahulu. Bilah gril bawah juga direka berbeza.

Walaupun kecil, perubahan kecil itu menjadikan rupa depan N-WGN Custom lebih fokus. Turut dikongsi ialah rim 15 inci yang berbeza daripada model lama. Dari segi keselamatan, semua varian N-WGN dilengkapi teknologi bantuan pemandu Honda SENSING.

Mengenai trenkuasa pula, Honda belum memaklumkan sebarang perubahan yang mana N-WGN sedia ada dijana dua pilihan varian enjin aspirasi natural (NA) 658cc dan 658cc Turbo dengan transmisi automatik CVT.

Turut dimaklumkan, Honda akan memperkenalkan model istimewa N STYLE+ yang terlebih dahulu diperkenalkan untuk N-BOX sempena ulang tahun siri N yang ke-10.

BACA >>> Baru Enam Bulan, Honda Malaysia Jual Lebih 39k Unit Kenderaan, City Kekal Paling Laris
BACA >>> Ciri Honda Civic Type R (2023) Didedahkan, Gaya Matang dengan Esktra Kuasa!

Honda N-WGN Custom (2022)
Honda N-WGN Custom (2019)
Honda Honda N-WGN Honda N-WGN Custom Honda N-WGN Custom 2022 Keicar Kereta Mini Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ferrari HC25 – Roadster One-Off Dibuat Khusus Untuk Seorang Pelanggan

    16/05/2026
    Auto Terkini

    MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    15/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    15/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.