Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ferrari HC25 – Roadster One-Off Dibuat Khusus Untuk Seorang Pelanggan
Auto Terkini

Ferrari HC25 – Roadster One-Off Dibuat Khusus Untuk Seorang Pelanggan

Abang HirataBy Abang Hirata16/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KARYA One-Off Ferrari kembali lagi kali ini melalui HC25, yang diumumkan semasa Ferrari Racing Days di Circuit of the Americas, Austin, Texas.

Direka oleh Ferrari Design Studio di bawah pengarahan Flavio Manzoni, HC25 merupakan model Special Projects dan bernadikan enjin V8 turbo berkedudukan tengah-belakang yang dibangunkan berasaskan F8 Spider, mewarisi susun atur, casis dan sistem penjana kuasa model tersebut.

Sebagai sebahagian daripada segmen paling eksklusif dalam barisan Ferrari, HC25 direka dan dibina mengikut kehendak seorang pelanggan, menjadikannya puncak personalisasi yang ditawarkan oleh jenama dari Itali ini.

Rekaan dan Identiti Visual

Matlamat utama rekaan HC25 ialah mentafsir semula bentuk dan kod estetika spider berenjin tengah-belakang Ferrari dengan perspektif berani yang berorientasikan masa hadapan.

HC25 dibangunkan berasaskan platform F8 Spider, model bumbung terbuka terakhir Ferrari yang menggunakan turbo V8 bukan hibrid di kedudukan tengah-belakang.

Walaupun berkongsi asas yang sama, HC25 tampil dengan identiti tersendiri yang jauh berbeza daripada model asasnya.

HC25 tampil gagah dengan lekukan badan yang jelas di sekitar roda, mengambil ilham daripada reka bentuk F80.

Antara elemen rekaan utama:

  • Bahagian hadapan dan belakang tampak seperti dua badan berasingan, dengan jalur tengah yang tebal dan menonjol mengelilingi keduanya
  • Jalur hitam tersebut turut menempatkan komponen pengurusan haba termasuk pengambilan udara radiator dan saluran pelepasan haba enjin
  • Dari sisi, jalur hitam bergerak dari roda belakang ke hadapan, naik melepasi pintu dan kembali ke belakang
  • Hendal pintu berbentuk bilah panjang daripada aluminium pejal, bukan hendal biasa

Warna dan Kemasan

HC25 disaluti warna Moonlight Grey dengan permukaan kusam untuk memberikan watak ‘solid’ dan ketebalan visual pada bentuk badan kereta.

Jalur hitam berkilat yang membelah badan kereta mewujudkan kontras tegas dan berani, manakala riasan kuning pada logo Ferrari dan kaliper brek turut diulang di dalam kabin menerusi grafik kuning yang menggema bentuk bumerang pada bahagian sisi dan lampu DRL.

Ciri pencahayaan turut mendapat perhatian khusus:

  • Lampu hadapan dibuat khas untuk HC25 menggunakan modul yang belum pernah digunakan pada mana-mana Ferrari sebelum ini, menghasilkan kanta nipis dengan lekukan tengah yang mencerminkan rekaan lampu belakang
  • Lampu DRL menggunakan susunan menegak buat pertama kali, memanfaatkan tepi hadapan fender untuk mewujudkan bentuk bumerang yang tersendiri
  • Roda menampilkan konfigurasi lima jejari dengan rim luar kemasan berlian dan alur berganda yang membesarkan penampilan roda secara visual

Kuasa 3.9L V8 Turbo

HC25 digerakkan oleh enjin 3,902 cc V8 turbo berkedudukan tengah-belakang dengan sistem pam kering yang menghasilkan kuasa maksimum 720 ps pada 7,000 rpm dan tork 770 Nm pada 3,250 rpm.

Enjin ini mampu mencapai rev maksimum 8,000 rpm dengan nisbah mampatan 9.6:1 dan ketumpatan kuasa 185 ps/liter.

Kuasa disalurkan melalui kotak gear dua-klac tujuh kelajuan F1.

  • 0-100 km/j dalam 2.9 saat
  • 0-200 km/j dalam 8.2 saat
  • Kelajuan maksimum 340 km/j

Program Special Projects Ferrari

Program Special Projects Ferrari bertujuan menghasilkan Ferrari unik yang dikenali sebagai One-Off, dengan reka bentuk eksklusif mengikut keperluan pelanggan yang menjadi pemilik tunggal model tersebut.

Setiap projek bermula daripada idea yang dikemukakan pelanggan dan dibangunkan bersama pasukan pereka Ferrari Design Studio.

Proses keseluruhan mengambil masa sekitar dua tahun, dengan pelanggan terlibat secara langsung dalam fasa penilaian reka bentuk dan pengesahan.

Spesifikasi Ferrari HC25

  • Enjin: 3,902 cc, V8 90°, Turbo, pam kering
  • Kuasa maksimum: 720 ps@7,000 rpm
  • Tork maksimum: 770 Nm@3,250 rpm
  • Rev maksimum: 8,000 rpm
  • Nisbah mampatan: 9.6:1
  • Transmisi: Kotak gear dua-klac tujuh kelajuan F1
  • 0-100 km/j: 2.9 saat
  • 0-200 km/j: 8.2 saat
  • Kelajuan maksimum: 340 km/j
  • Panjang: 4,758 mm, Lebar: 2,006 mm, Tinggi: 1,183 mm
  • Jarak roda: 2,650 mm
  • Kapasiti but: 200 liter
  • Kapasiti tangki: 78 liter
  • Tayar depan: 245/35 ZR20
  • Tayar belakang: 305/35 ZR20
  • Brek depan: 398 x 223 x 38 mm
  • Brek belakang: 360 x 233 x 32 mm
Ferrari Ferrari HC25
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    15/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    15/05/2026
    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.