Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ciri Honda Civic Type R (2023) Didedahkan, Gaya Matang dengan Esktra Kuasa!
Roda4

Ciri Honda Civic Type R (2023) Didedahkan, Gaya Matang dengan Esktra Kuasa!

Abang HirataBy Abang Hirata21/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS berteka-teki dengan berkongsi foto acah, Honda Civic Type R (2023) baharu akhirnya diperkenalkan kepada umum.

Pengenalan itu dihebahkan di tiga pasaran utama, iaitu Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

BACA >>> Siapa Cakap Gadai Kereta Sebab Kalah Judi? Pemilik Civic Type R Jawab Tuduhan Netizen
BACA >>> Civic Type R Hilang di Genting Sudah Jumpa!

Civic Type R (2023) hadir ketika dunia dalam peralihan kepada teknologi elektrifikasi dan Honda nampaknya kekal dengan resepi sebelum ini. Trenkuas kompak prestasi itu dijana enjin 2.0L VTEC Turbo, tanpa bateri hibrid mahupun hibrid ringan (MHEV).

Honda turut mengesahkan Civic Type R (2023) bakal memasuki Eropah pada awal tahun depan. Bagaimanapun, negara Eropah mana satu yang akan menerima model itu tidak didedahkan.

Cuma, semua model Honda di Britain kini terdiri daripada model elektrifikasi (hibrid dan elektrik), dan pasti menarik jika Civic Type R (2023) turut dijual di sana.

Secara tradisi, Eropah ialah pasaran penting yang mana Civic Type R Euro dibangunkan. Malah, model terdahulu dikeluarkan di Britain untuk eksport global, termasuk Jepun. Bagaimanapun, operasi pengeluaran di Swindon sudahpun ditamatkan Honda, dan Civic Type R baharu akan dikeluarkan di Jepun.

Berbanding Eropah atau Britain, pelanggan AS pula menerima Civic Type R buat kali pertama pada 2017. Model terbaharu itu adalah kali kedua ditawarkan secara rasmi Honda di sana dengan mengumpul kumpulan pengikut besar di negara itu.

Apa menarik tentang Civic Type R (2023)? Berikut disenaraikan:

1. Trenkuasa

  • Kekal dengan enjin 2.0L VTEC Turbo dan transmisi manual 6-kelajuan.
  • Kuasa belum didedahkan, tetapi dimaklumkan akan tampil lebih berkuasa.
  • Model terdahulu berkuasa 316hp dan tork 400Nm.
  • Pengecas turbo dengan perumah lebih kompak bagi mempertingkat kecekapan keseluruhan.
  • Turbin dengan jumlah dan bentuk bilah dioptimum untuk melonjakkan kuasa dan meningkatkan aliran udara melalui turbo.

  • Sistem ekzsos ditambah baik bagi mempertingkat daya tork, nisbah kuasa kepada berat dan kelajuan maksimum selain memberikan sensasi pemanduan.
  • Transmisi 6-kelajuan turut dioptimum.
  • Sistem padanan rev enjin (rev match) dengan blip automatik sebagai indikator anjakan gear sempurna dan membantu mengimbangkan badan kereta ketika membelok.
  • Tuil gear kukuh dan corak paten gear dioptimum untuk anjakan gear kemas dan berketepatan tinggi.
  • Radiator dipertingkat untuk kawalan suhu lebih baik.
2. Rekabentuk
  • Rekabentuk lebih kemas dan matang seperti mana gaya Civic generasi ke-11.
  • Bampar depan ringkas, kecuali bukaan gril bawah besar bagi memaksimumkan aliran udara kepada enjin.
  • Lebih rendah dan lebar.
  • Gerbang roda atau fender mengembang, tetapi tidak keterlaluan dan nampak natural dengan badan.
  • Komponen aerodinamik lain seperti ambilan udara di tepi roda depan dan difuser belakang lebih besar disatukan dengan lantai penutup bawah.
  • Spoiler belakang dengan palang aluminium dengan posisi lebih rendah dan lebar.
  • Rim 19 inci, lebih kecil berbanding rim 20 inci terdahulu.
  • Tayar Michelin Pilot Sport 4S 265/30 berbanding 245/30 sebelum ini.
  • Pilihan warna Championship White Rallye Red (merah), Crystal Black (hitam) dan Sonic Grey Pearls (kelabu).
3. Dalaman

  • Kembali dengan karpet merah!
  • Posisi pemandu lebih rendah berbanding model lama.
  • Sudut pandang lebih baik kerana bonet lebih rendah, titik buta dikurangkan dan elemen pantulan atau silau dikurangkan.
  • Pilihan mod pemanduan baharu, Individual untuk tetapan peribadi, juga tambahan kepada mod Comfort, Sport dan +R.
  • Penyimpan data Honda LogR dengan kemas kini baharu, termasuk data prestasi yang dicerap sensor dalaman dengan aplikasi telefon pintar untuk pemandu memantau dan merekod pelbagai maklumat masa nyata.
  • Antara ciri utama ialah jam randik (stopwatch) untuk merakam masa lap, paparan pergerakan kenderaan tiga dimensi (3D), fungsi pemarkahan dan sebagainya.
4. Pembrekan

  • Sistem brek Brembo dipertingkat, dan kekal dengan cakera dua keping (two-piece) daripada model terdahulu.

Mengenai pasaran Malaysia, jika mengimbau sejarah, Honda Malaysia setakat ini tidak pernah gagal memasarkan Civic Type R sejak generasi ketiga (FD2) lagi.

BACA >>> Syarikat Baharu Sony Honda Mobility Ditubuhkan, Bakal Jual EV pada 2025!
BACA >>> Honda Dedah Lakaran SUV Elektrik Prologue (2024), Kerjasama dengan GM

Honda Civic Type R (dari media Jepun)
Honda Civic Type R (dari media Eropah)
Honda Civic Type R (dari media AS)
Honda Honda Civic Honda Civic Type R Honda Civic Type R 2022 Honda Civic Type R 2023 Roda4 Type-R
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Roda4

    Bentley Torcal Didedah Sebagai SUV Elektrik Baharu, Debut 23 September Ini

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.