Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Quartararo: Semua Motor Honda Laju Belaka
Auto Terkini

Quartararo: Semua Motor Honda Laju Belaka

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JUARA dunia MotoGP 2021, Fabio Quartararo mendakwa pasukan Repsol Honda nampaknya sudah melakukan perubahan besar sepanjang musim sejuk lalu dengan berkata;

Kalau korang semak balik semua pelumba Honda, kelajuan diorang cukup luar biasa!”

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Format Saringan Masa MotoGP yang Perlu Anda Tahu

Bagaimanapun, persekitaran kotor dengan permukaan trek rosak di Litar Mandalika ketika ujian pra-musim MotoGP berlangsung belum dapat memberikan gambaran jelas sepenuhnya mengenai kelebihan setiap pasukan menjelang aski pembuka musim di GP Qatar tidak lama lagi.

Namun, berdasarkan pemerhatian Quartararo, beliau mengakui Honda adalah antara pasukan pengilang yang mengambil pendekatan drastik dari segi prestasi.

BACA >>> Pasukan Rossi Tayang Pelumba, Jentera Ducati GP21 untuk Aksi MotoGP 2022

Buktinya, jentera RC213V dilihat menggungguli senarai catatan masa di Mandalika, terutama pelumbanya, Pol Espargaro yang merekodkan prestasi lebih pantas berbanding purata kelajuan sebelum ini.

Pelumba pasukan satelit LCR, Takaaki Nakagami dan Alex Marquez juga menunjukkan kepantasan memberangsangkanpada simulasi akhir perlumbaan. Bagaimanapun, bukan semua pelumba menggunakan jenis tayar yang sama pada hari perlumbaan tersebut.

Korang tengok Pol, untuk aku dia nampak paling laju. Marc (Marquez) pun melampau laju juga dan Taka (Nakagami) menunjukkan simulas terbaik perlumbaan.

“Jadi, keempat-empat motor Honda memang laju. Dan korang boleh tengok sendiri motor diorang berlumba dalam cara berbeza. Tentang pelumba pula, dari luaran mereka agak baik.”

Dengan mengambil kira faktor kelajuan yang memberi manfaat kepada pelumba Honda berbanding jentera Yamaha, Quartararo berkata;

Aku tak tunggang motor tu, tapi apa yang pasti, trail membrek nampaknya sangat baik. Aku nampak daya membrek Marc cukup kuat di selekoh. Bagi aku, karakter enjin motor nampaknya dah berubah.

“Ketika slide, kelajuan motor kami bukan diperlahankan untuk  berhenti dan tidak membelok. Motor diorang masa slide pula memang boleh belok. Itu bukan apa yang kami tak ada, tapi itulah karakter motor diorang (Honda).”

Pada akhir ujian di Indonesia, Ducati sekali lagi mengungguli kelajuan terpantas. Espargaro sebelum ini memberikan bayangan Honda merancang menambah dos kuasa untuk aksi GP Qatar. Bagi  Quartararo pula, kelajuan terpantas memang sudah lama diperlukan Yamaha tetapi tidak meletakkan harapan tinggi.

Quartararo berkata;

Secara jujur, tidak. Ini kerana sejak tiga bulan berlalu, kami tidak menerima sesuatu yang spesial. Dalam tempoh dua minggu akan datang, aku tak harapkan sesuatu kejutan akan berlaku.”

Namun, Quartararo masih sempat mempamerkan prestasi kelajuan memberangsangkan di Mandalika dan hampir menyaingi jentera Honda pada aksi simulasi lumba.

“Kalau guna tayar terpakai, aku memang boleh ride lebih laju. Dengan 28 lap untuk (roda) depan dan 20 membabitkan (roda) belakang, aku dapat masa 32.4, 32.5. Jadi, aku rasa yakin dan (bersedia) 100 peratus.”

BACA >>> Yamaha Aerox 155 MotoGP Edisi Terhad Habis Jual di India
BACA >>> Quartararo Dapat Yamaha M1 Spec Baharu MotoGP 2022, Sedia Cabar Ducati?
BACA >>> Polis Siasat Mat Rempit Superbike Buat Wheelie, Tunggang Lebih 285kmj

SUMBER: Crash

Alex Marquez Auto Terkini Fabio Quartararo Honda HRC Honda RC213V Monster Energy Yamaha MotoGP MotoGP 2022 Pol Espargaro Repsol Honda Takaaki Nakagami
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    29/05/2026
    Auto Terkini

    BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.